Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Selasa, November 03, 2015

PMO ingatkan PBB, kes Anwar kes jenayah, bukan politik

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mahu kumpulan kerja penahanan arbitrari di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghormati proses undang-undang Malaysia.

Ia berikutan kumpulan itu yang membidas hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

"Anwar disabitkan kesalahan jenayah, dan ini adalah kes jenayah dan bukannya politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan," menurut kenyataan yang dikelaurkan lewat petang tadi.

“Kami menyeru semua pihak, termasuk mereka di luar negara supaya menghormati proses undang-undang, penghakiman mahkamah Malaysia dan hak-hak mangsa untuk mendapatkan keadilan."

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri itu, Anwar telah menggunakan semua pilihan undang-undang yang ada sehingga membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, pihak yang terjejas dalam kes berkenaan bukannya kerajaan tetapi adalah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga adalah bekas pembantu Anwar.

[Baca berita penuh]

Khamis, Februari 26, 2015

Anwar dalam proses mohon belas ihsan sebagai pesalah - peguam

Khairul Anwar berkata, dengan memfailkan petisyen pengampunan, ia menunjukkan Ketua Pembangkang (foto) itu menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku. - Foto fail TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 26 Februari:

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses memohon belas ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang pesalah, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Beliau berkata tindakan memfailkan petisyen pengampunan membawa maksud Ketua Pembangkang itu mengaku atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

“Ia menunjukkan Anwar menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku.

“Permohonan pengampunan itu bukannya untuk menafikan hukuman yang telah dijatuhkan. Sekarang adalah proses mohon belas ihsan bagi pesalah yang dijatuhi hukuman,” jelasnya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Pada 24 Februari lalu, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong, yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar, Khairul berkata beliau tidak menyokongnya.

“Segala hujah, perdebatan, keterangan, alibi, bukti dan pengakuan bersumpah telah dibuat di mahkamah. Apabila keputusan telah dibuat, tidak seharusnya dan sewajarnya perdebatan dibuat di luar mahkamah.

“Ia (jika dilakukan) akan menjadi perbincangan umum dengan pelbagai persepsi kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta yang berpaksikan akta dan undang-undang. Elakkan daripada persepsi.

“Saya fikir, biarlah kita bagi ruang kepada pihak-pihak mempertikai ini menerima keputusan yang ditetapkan kerana ia telah diputuskan di peringkat paling tinggi di Malaysia,” katanya.
Khairul Anwar tidak bersetuju debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong diadakan kerana ia boleh disalah erti bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan.

Selain itu, katanya hampir 16 tahun rakyat dikelirukan oleh pelbagai teori serta andaian dan kini tiba masanya untuk rakyat menerima dan menjadikan kes Anwar sebagai iktibar bahawa tiada siapa akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti bersalah.

Peguam Shaharuddin Ali juga tidak menyokong cadangan perdebatan itu kerana berpendapat ia boleh disalah erti oleh pihak luar yang menyangka keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi.

“Pihak-pihak luar boleh menyangkakan seolah-olah keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi, padahal ia tidak boleh (dipersoalkan) kerana keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

“Lapan hakim telah berkata bahawa Anwar bersalah dan hanya satu hakim sahaja iaitu di Mahkamah Tinggi membebaskannya,” katanya.

Menurutnya perbahasan sedemikian juga boleh disalahertikan sebagai menghina keputusan mahkamah.

“Kena ingat bahawa dalam kes ini, Muhammad Shafee adalah wakil peguam negara dan juga timbalan pendakwa raya, jadi dalam undang-undang, beliau adalah penjawat awam.

“Tidak elok bagi mereka yang berstatus penjawat awam untuk berentap sedemikian,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/anwar-dalam-proses-mohon-belas-ihsan-sebagai-pesalah-peguam/#ixzz3SrUoKZ8H

Ahad, Oktober 26, 2014

Bile Anwar kepenjare, pasti berlaku 'bunuh membunuh' di antare pemimpin2 atasan PKR........


Atuk tak nak komen panjang2 tentang pemergian Anwar kepenjare ni. Kerane ianye belum tentuk pasti lagi selagi kite belum mendapat keputusan muktamat dari mahkamah.

Tapi nampak nye ramai pule yang dah meramalkan Anwar tu pasti ke penjare juge. Ramalan ini pule nampak nye telah terkeluar dari mulut Anwar sendiri.

Sepatut nye Anwar sudah pun bersedie dengan pengganti nye jike sekire nye ia benar2 kepenjage jike gagal dalam kes rayuan nye itu.

Sekarang ni dah mule nampak pemimpin2 atasan PKR ni menunjukkan bayang2 mereke berminat untuk menduduki tempat Anwar tu.

Jike sekire nye ini benar2 berlaku, make kecuh semule lah Pakatan Rakyat ni.

Ahad, September 21, 2014

Keadaan politik tanah air semakin aman......... Aaaminnn!!!

Atuk memang nye berase sangat bersyukor ke hadrat Illahi memandangkan keadaan politik pemerintah negare nampak nye telah menjadi semakin bertambah cerak. Apekan tidak nye, kite semue mengtahui bahawe Pakatan Takyat musuh nombor 1 pemerintah dah jadi semakin bertambah parah.

Setiap hari kite melihat dan mendengar bahawe parti2 dalam PR tu dah mule berpecah belah. Mereke ni sudah hilang kepercayaan di antare satu sama lain. Ianye boleh lah di tafsirkan sebagai pergaduhan tige penjuru...... Dah menjadi bertambah jelas bahawe Pakatan Rakyat memang tidak layak diangkat sebagai pemerintah negare.

Atuk peratikan bahawe 'perpecahan' tidak resmi dalam PR ni berpunce dari penyingkiran Menteri Besar Selangor Datuk Khalid oleh Datuk Anwar Ibrahim. Keadaan ini jadi parah apebile Anwar mencadangkan isteri nye sebagai pengganti.

Dalam  hal ni, PAS yang telah menerime padah yang paling buruk. PAS menerime padah ni kerane menentang cadangan Datuk Anwar melantik isteri nye sebagai Menteri Besar Selangor. Bukan sahaje Anwar mengutuk PAS tetapi DAP pun turut same mengutuk PAS.

Keadaan PAS menjadi bertambah parah apebile pemimpin2 dan ahli2 dan penyokong2 nye terbelah due. Ade kumpulan yang menyokong cadangan PAS menolak, dan ade pule kumpulan yang menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Pergelutan yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat ni telah menyedarkan rakyat terutame nye rakyat Selangor betape buruk nye perangai pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat tu.

Isnin, Ogos 25, 2014

Anwar dah mule hilang sokongan.....................

Monday, August 25, 2014

PANAS..!!! Ceramah Burukkan MB Selangor Di Paya Jaras Semalam Juga Gagal.



Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim.

Admin mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir.

Tok perati semenjak due menjak ni nampak nye Anwar Ibrahim dah semakin dipinggirkan oleh penyokong2 nye. Andaian Tok ni cume berdasarkan kepade sambutan yang diberikan setiap kali Anwar Ibrahim berkempen tentang tajuk yang ade kaitan dengan Menteri Besar Datuk Khalid dan isteri nye yang bakal menjadi Menteri Besar.

Pade pandangan Tok, Anwar Ibrahim terlebih dahulu harus mengkaji same ade rakyat Selangor telah bersetuju dengan perbuatan nye 'melucutkan' jawatan Menteri Besar Datuk Khalid dan seterus nye melantik isteri nye sebagai pengganti.

Tok yakin majoriti rakyat Selangor terutame nye yang menyokong PR tidak setuju dengan perbuatan Anwar Ibrahim ni. Perbuatan nye 'membuang' keluar Datuk Khalid dari PKR juge telah mendatangkan kemarahan dari penyokong2 PKR tu sendiri.

Kini  ahli2 dan penyokong2 nye semakin ramai sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti itu. Sebenar nye mereke sudah bosan dan meluat terhadap pemimpin2 nye yang jelas tamak dan gile kuase.  

Rabu, April 16, 2014

Anwar Ibrahim patut di penjare lebih lame..........?

15/04/14
Penjarakan Anwar lebih lama ?


KEADILAN mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan peguam negara mahu memanjangkan hukuman penjara terhadap ketua umum KEADILAN itu adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.

Beliau merujuk tindakan Abdul Gani Patail memfailkan rayuan balas bagi menambah hukuman penjara, selepas Anwar dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.


Memandangkan kesalahan yang telah diadil oleh mahkamah, pade pandangan Tok si Anwar ni sangat patut di penjarekan lebih lame, se kurang2 nye 10 tahun atau lebih. Kesalahan tu memang nye sangat berat. 

Selame ni Tok tak pernah pun buat ape2 ulasan atau komen tentang kes si Anwar Ibrahim ni sehingge lah ianye telah di putuskan oleh mahkamah.

Naib Presiden Keadilan, N Surendran boleh buat rayuan supaye menggugurkan tindakan Abdul Ghani Patail yang mahukan hukuman di tambah lame lagi. Tok yakin peguam negara kite yang bijak dan adil memang ade hujah2 nye yang tersendiri untuk melaku kan tindakan nye itu.

Tok pun hairan juge mengape puak2 penyokong PR ni susah sangat nak terime kenyataan yang mahkamah dah putuskan itu. Ianye nye telah di bicarekan dengan care terbuka, cukup dengan saksi2 dan pehak pendakwaan dan pembelaan nye. Tok anggap perkare ni dah cukup adil.

Khamis, April 10, 2014

Anwar : Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan.........

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.


Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).


Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Sabtu, Februari 08, 2014

PRK DUN Kajang: Anwar Ibrahim hanya boneka DAP............?



Mungkin percaturan PKR kali ini akan memakan diri, namun tidak adil menyalahkan PKR semata-mata apabila ada pihak lain yang sama-sama mahukan semua ini berlaku. Siapa lagi kalau bukan DAP.

Pada awal drama PRK Kajang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kemelut yang berlaku dalam PKR Selangor walau kemudiannya bersetuju dengan strategi PKR meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon di Kajang selepas perkara tersebut dibawa ke dalam mesyuarat tergempar yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Ramai yang menyelar PKR kerana membuat keputusan besar seperti ini dan membelakangkan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat namun DAP hanya berdiam diri tanpa mencetus sebarang provokasi seperti PAS. Lim Guan Eng juga mengelak untuk memberikan sebarang komen dan meminta Anwar sahaja yang memberi penjelasan kepada umum.

Walaupun kelihatan seperti perkara ini dirancang sepenuhnya oleh PKR melalui Rafizi Ramli , Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan juga yang pastinya Azmin, kehadiran Liew Chin Tong, pakar strategi Guan Eng dan juga Lim Kit Siang seperti mengiakan desas desus bahawa Anwar bergerak atas restu Lim Guan Eng dan juga DAP.

Kenyataan yang harus diambil kira adalah Anwar ‘dipuja’ oleh DAP hanya kerana dia Melayu dan sekiranya Anwar Ibrahim adalah calon Menteri Besar Selangor yang baru, nasib Selangor akan sama seperti Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar di sana. Nama saja Menteri Besar Melayu, hakikatnya mereka berada di bawah telunjuk DAP.

DAP tidak dapat melakukan yang sedemikian dengan Khalid Ibrahim kerana Khalid punya pendirian sendiri dan mereka tidak dapat menggunakan pengaruh Anwar ke atas Khalid kerana Khalid adalah ‘orang’ Wan Azizah. Jadi boneka yang paling sesuai untuk Selangor adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Keterdesakan PKR untuk kekal di Kajang seterusnya Selangor juga menyaksikan jeneral perang Anwar, Azmin Ali sanggup untuk berdiri bersama Lim Guan Eng walau ramai yang tahu bahawa mereka berdua tidak sebulu. Inilah yang dinamakan ‘pengorbanan’ yang sanggup dilakukan oleh Azmin demi memastikan kelangsungan hidup PKR di Selangor.

Kenyataannya, sokongan DAP terhadap pencalonan Anwar Ibrahim di Kajang adalah serampang dua mata bagi DAP, kerana dengan Anwar, mereka akan terus mendapat sokongan dari orang Cina dan juga dari orang Melayu yang menyokong PKR. DAP tahu dengan memanipulasi sokongan kuat orang Melayu terhadap PKR akan membolehkan mereka menjadi watak utama dalam Pakatan Rakyat dan orang-orang Melayu ini akan sanggup mengangkat Anwar Ibrahim tanpa mengambil kira siapa ‘tuan’ mereka sebenarnya.

Persoalannya sekarang siapa yang menari dan siapa yang memukul gendang? Adakah Pakatan Rakyat akur dengan kemahuan PKR di Selangor atau sebaliknya?

Rabu, Januari 29, 2014

Pemimpin2 Pakatan Rakyat Selangor cube sorok kan bangkai gajah dengan nyiru...............




Tok tak pun terkejut dengan khabar berite tentang kekecohan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor ni, dah sememang nye dari asal Tok dah menjangke kan perkare ni pasti akan berlaku. Cume mase nye sahaje yang sukar di tentukan. Make sekarang mase itu sudah pun tibe.

Pergolakan Pakatan Rakyat Selangor semakin bertambah parah. Pemimpin2 nye sedang mencari jalan untuk mengembalikan kepimpinan parti itu kelandasan yang betul. Persoalan yang amat rumit untuk di fahami oleh rakyat Selangor terutamenye penyokong2 PR ialah tentang perletakan jawatan oleh ADUN Kajang.

Persoalan seterus nye pule mengape Anwar Ibrahim perlu untuk bertanding mengisi kekosongan jawatan itu. Sebenar nye ketika ini angin sedang bertiup kencang menyatekan Anwar Ibrahim akan mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang di pegang oleh Khalid Ibrahim.

Ketike ini Anwar Ibrahim ber sungguh2 menafikan tentang berite ini. Sekarang kite same2 tunggu perkembangan seterus nye, same ade Anwar Ibrahim ni bercakap benar atau pun awta.

Isnin, September 09, 2013

Anwar nak belot.................?


Pade pendapatan Tok, kalau Datuk Seri ni nak 'belot' ianye adelah satu rahmat yang maha besar kepade umat melayu/islam. Sekarang pun usienya dah mencapay hampir 67 tahun dekat2 sebaye dengan umor Tok. Menjelang PRU 14 kalu umor nye masih lagi panjang make genap lah hampir lebih dari 70 tahun.

Di usie lingkungan inilah keadaan kesihatan selalu terganggu, macam Tok juge selalu mengalami gangguan kesehatan. Ape sangat le yang boleh dilakukan ketike berusie lebih 70 tahun? Mungkin juge pengikut2 dan penyokong2 nye pun dah tambah berkurangan ketike itu.

PRU12 dan PRU13 telah membuktikan bahawe Pakatan Rakyat tidak mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional walaupun dah berusahe se sungguh2 nye sehingge ke tulang hitam. Tok yakin pemimpin2 PR ni dah tahu bahawe menumbangkan BN adelah satu perkare yang mustahil.

Jelas tergambar wajah kekecewean pade due orang pemimpin PR ni selepas PRU13.

Banyak sebab2 mengape PKR ni harus di bersama kerajaan Barsian Nasional, pertamenye disinilah pemimpin2 melayu yang berkaliber boleh mempertahankan keutuhan kedudukan kaum melayu nye. Dengan kekuatan dan keutuhan perpaduan kaum melayu ini juge akan mengurangkan sikap sombong dan kurang ajar bangse kaum pendatang tu.

Dengan kembali nye PKR kepangkuan kerajaan Barisan Nasional, PAS yang sombong dan angkuh tu pasti  akan menerima padah buruk. Ketike inilah PAS akan sedar langit itu tinggi atau rendah. Seterus nye parti haramjadah DAP akan turut same berkubur. Ketike inilah bangse kaum2 pendatang ini tidak akan berani menyalak itu sesuke hati nye.


Sabtu, Jun 29, 2013

Anwar Ibrahim sedar diri nye dah tewas...................

Tok dah banyak kali kate, PKR ni bukan nye parti pilihan rakyat. Kalau nak bilang penyokong2 nye dari kalangan orang melayu ianye boleh di bilang dengan jari aje. Orang2 melayu yang menyokong PKR tu semue nye berasal dari penyokong2 UMNO juge. Ini berlaku di zaman reformasi ketike Anwar Ibrahim di tendang keluar dari UMNO.

Ari ni keadaan nye dah banyak berobah, 'reformasi' Anwar Ibrahim dah boleh di katekan mati tak bekubo. Pengikut2 nye yang berasal dari UMNO tu boleh di katekan hampir semue nye dah meninggalkan perjuangan 'reformasi' dan kembali menyokong UMNO.

PRU 13 telah membukti kan bahawe melayu tidak menyokong PKR, PKR cume memperolehi 30 kerusi Parlimen sahaja berbanding 31 kerusi pade PRU 12. Ia nye tidak bertambah malahan semakin berkurangan. PKR berkempen siang malam ber mati2 an namun hasil nye sangat menyecewekan.

30 kerusi parlimen yang di perolehi oleh PKR tu hanye dengan bantuan kaum cine. PKR hanye berjaye di kawasan2 penduduk kaum cine melebehi  40%, boleh lah di katekan PKR tertewas di semue kawasan majoriti kaum melayu.

Sejurus selepas kekalah teruk pade PRU13 tu, Anwar Ibrahim meneruskan kempen nye dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional dan SPR berlaku tidak adil dan berlaku penipuan serte lain2 lagi. Anwar Ibrahim dan pengikut2 nye turun padang berdemo - "Blackout 505".

Malang nye  Anwar Ibrahim sekali lagi telah di kecewekan kerane "Blackout 505" langsung tidak mendapat sambutan. Rakyat akur dengan keputusan PRU13 yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai peneraju negare.

Akhir nye Anwar Ibrahim juge telah tersedar bahawe diri nye telah tewas - tewas secare total.

Rabu, Jun 26, 2013

Tok dah agak dah..........................

Kan Tok dah kate, si Nuar ni memang bijak orang nye, bijak tentang 'bermain kelentong2'. Sekarang ni beliau dah tahu bahawe rakyat tidak lagi menyebelahi Pakatan Rakyat, make beliau pun dah mule berubah arah. Selepas ni mari lah kite same2 peratikan pule ape kah sandiware kelentong nye yang lain pule.

Make yang nampak jelas sekarang ialah beliau tidak akan meneruskan lagi 'peperangan' nye melawan kerajaan dan SPR. Beliau pun dah kate bahawe deliau akan berhenti buat 'sementare' kalau pehak NGO nak teruskan make sile teruskan lah.

Kesimpulan nye dah jelas dan nyate bahawe selame ni pengikut nye dah pun kene kelentong Nuar! Tok yakin bahawe tidak mustahil disuate hari kelak Anwar akan meletak kan PKR sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional. Jiwe dan semangat nye semase dalam ABIM tu masih lagi kuat tertaman di dalam diri nye.


Isnin, Jun 24, 2013

Akhirnye, dah ngaku tertewas juge....................

Monday, June 24, 2013


Tiada lagi Black 505, buat masa ini






Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka............


Tok sangat bersyukur kerane akhir nye ketue umum PKR ni dah mule tersedar diri, beliau tahu apebile dirinye dah kalah. Mungkin perhimpunan Black 505 pade 22hb Jun tadi telah memberikan kesederan bahawe rakyat Malaysia cintekan keamanan dan kedamaian, bukan nye berdemo dan berhimpun membuang mase, tenage dan wang ringgit.

Pemimpin2 dan penyokong2 PKR harus sedar bahawe parti itu masih lagi belum mendapat sokongan penuh dari kaum melayu. Untuk mendapatkan sokongan dari kaum melayu, PKR haruslah membukti kan parti itu lebih hebat dari mana2 parti terutame nye UMNO. Setakat ni tentang apekah yang boleh di katekan PKR tu hebat sangat?

Bagi pendapatan Tok, tidak ade ape2 langsung yang boleh menyate kan tentang kehebatan PKR jike di perbandingkan dengan UMNO dalam kontek pembelaan bangse melayu, agama Islam dan negare. Pade kace mate kaum melayu, perjuangan PKR masih lagi nampak terlalu samar.

Dah semakin men jadi2 sasau nye ................




Mari kite same2 tontoni keratan klip VDO kat bawah ni, pade pemerhatian Tok, nampak nye orang ni dah semakin men jadi2 sasau nye. Tok terkilan sebab beliau sanggup merendah kan mertabat bangse nye sendiri dengan membandingkan nye dengan kaum kafir pendatang tu.


Mungkin juge beliau dah terlupe tentang kehidupan kaum melayu selepas merdeke dulu. Perbezaan kehidupan dizaman selepas merdeke jike di bandingkan dengan hari ni, ianye sangat berbeze seperti langit dengan bumi.

Di zaman lepas merdeke kehidupan melayu boleh di katekan melarat, nak beli sebuah radio pun tidak ramai yang mampu. Nak jume melayu pakai motot sikal pun sukar jauh sekali kerete mewah. Tapi di zaman tu ramai tokey2 cine yang sudah pun berkerete mewah.

Tok masih ingat pergi kesekolah kayuh basikal 8 batu pergi dan balik, tapi hari ni kite tidak lagi terlihat suahsane begitu. Boleh di katekan hampir semue rakyat hari ni memiliki kenderaan ber motor. Anak2 sekolah tidak ade yang berbasikal atau pun berjalan kaki.

Di sini Tok tak perlu lah bercerite tentang kesenangan dan kemewahan orang2 melayu hari ni. Tok pun pelik juge bile Anwar Ibrahim kate melayu hidup pape kedane dan merempat, pade pendapatan Tok kenyatean tu sangat dangkal dan sukar di terime.

Sebeno nye beliau ni cume memper bodoh2 kan pengikut nye aje. Sejak selepas PRU13 ni nampak nye segale ucapan nye semakin me rapu2 tak tentu hale dan arah, asyik kutut mengutuk aje dengan nade yang di ulang2 beratus kali.


Khamis, April 04, 2013

Belum ape2 dah cabutttt!.................

Anwar isytihar akan bertanding di Perak

PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengisytiharan beliau untuk bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh, dan Perak menjadi pilihannya pada pilihan raya kali ini.

 


“Saya isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN Petaling Jaya petang ini.

Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

“Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana.

“Niat saya untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Permatang Pauh,” katanya.



Ni Tok nak cerite sikit tentang si Anwar Ibrahim ni, setahu Tok si Anwar Berahim ni memang nye amat bijak orang nye, bijak bercakap aje. Die ni memang nye tersangat pintar berpidato, pendek kate di mane2 aje die berceramah memang ramai yang datang mendengo nye.

Die ni boleh di katekan setanding juge dengan si Mat Sabu tu, cakap nye aje yang be dego2 tapi habuk pun tak de, semue nye 'omong kosong' aje. Dalam bahase melayu mudah - temberang lapuk!

Dek kerane terlalu suke bertemberang ke sane sini, si Anwar Berahim ni tak sedo yang die tu dah mengabaikan tanggung jawab nye di Permatang Pauh. Die hanye tibe2 tersedo apebile PRU13 dah dekat sangat nak tibe - bahase mudah nye - 'dah terlambat' nasik dah hangus, kalau jadi bubo tak pe, masih boleh di lantak lagi, tapi ni dah hangus rentung.

Tok yakin sesangat kalu le si Anwar Berahim ni masih lagi mempertahankan P Pauh gerenti tumpo punye. Mati terbongkang le die di P Pauh.

Sebeno nye si Anwar Berahim ni bukan nye saje dah tak laku P Pauh, tetapi di mane2 aje kawasan majoriti kaum melayu/Islam pasti akan menolak die kedalam longkang. Make itulah sebab nye die mahu cabut lari ke kawasan yang selamat iaitu di kawasan majoriti kaum kafir.


Isnin, Mac 25, 2013

Motif Anwar Ibrahim tinggalkan Permatang Pauh.............

Anwar dipelawa tanding di Tambun
8:34 PG Idham Lim
13 Jamadil Awal 1434 H.


Datuk Seri Anwar Ibrahim

BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tingi.


Tok dah banyak kali kate, Pakatan Rakyat ni cume 'indah khabar dari rupe'. Sebena nye rakyat dah boleh bace sejauh mane tentang kebolehan pemimpin2 nye memerintah negare. Pemimpin2 PR ni memang dah tak sebulu di antare DAP, PAS dan PKR, makne nye dalam bahase mudah, DAP lain kemahuan nye, PAS lain kehendak nye dan PKR lain pule tujuan nye.

Satu perkare yang paling di benci oleh orang2 melayu dan islam terhadap Pakatan Rakyat ni ialah tentang isu kalimah Allah yang di sokong nye bagi penggunaan dalam bible versi bahasa melayu. Walaupun ade 'ulamak2' yang memberikan pendapat bahawe itu tidak salah, namun orang2 melayu/islam masih menggangap ianye salah.

Perkare inilah yang menyebabkan pemimpin2 melayu/islam dalam Pakatan Rakyat jadi tersepit. Bukan saje PKR, tetapi PAS juge sendang berade di dalam keadaan tersepit.

Tok yakin dalam PRU 13 ni, pemimpin2 melayu/islam dalam PR akan tumbang tergolek di kawasan2 majoriti kaum melayu/islam. Inilah sebab utame Anwar Ibrahim terpakse keluar dari Permatang Pauh. Jike sekire nye Anwar Ibrahim masih mempertahankan P Pauh pasti PKR akan kehilangan pemimpin besar nye.

Tok cabar si Anwar Ibrahim ni kalau benar2 die keluar dari P Pauh demi perjuangan parti cubelah keluar bertanding di parlimen Pekan untuk menentang PM kite, make di sinilah bertemu nye buku dengan ruas. Kalau setakat keluar tinggal kan P Pauh untuk cari perlindungan di kawasan majoriti kaum bukan melayu, itu lah yang di mane kan pengcut!

Khamis, Mac 21, 2013

Ape niat sebenarnye Anwar Ibrahim mahu tinggalkan Permatang Pauh?


Tok peratikan ramai pemimpin2 Pakatan Rakyat nampaknye dah mule goyah. Mereke tu dah terase kedudukan nye di tempat asal dah tergugat. Ianye tergugat  kerane due sebab. Pertame kerane kekuatan BN ke due kerane sudah kehilangan kepercayaan oleh penduduk2 setempat nye.

Anwar Ibrahim sudah terhidu bau asap dalam kelambu nye yang dah di jilah api, itu sebab die cepat2 cabut keluar. Kalu die tak keluar pasti die akan mati hangus terbakar. Sebenar nye Anwar telah gagal untuk membangunkan Permatang Pauh. Permatang Pauh sudah tidak selamat lagi bagi Anwar Ibrahim.

Penduduk2 Permatang Pauh rugi besar selame di kuasai oleh Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim. Permatang Pauh hanye akan boleh maju seperti di daerah2 lain yang di kuasai oleh BN jike Anwar Ibrahim di tumbangkan dan di gantikan dengan seorang wakil dari Barisan Nasional sahaje.

Tok yakin sangat walau kemane pun Anwar Ibrahim keluar bertanding die pasti akan kecundang. Akan tetapi die hanye mungkin akan terselamat jike bertanding di kawasan majoriti kaum bukan melayu/islam sahaje. Jike di kawasan melayu/islam, pasti die akan tumpoooo!

Make itulah sebab2 nye mengape Anwar Ibrahim terpakse cabut lari keluar dari Permatang Pauh dan cari tempat yang lebih selamat iaitu di kawasan majoriti kaum kafir.

Sabtu, November 24, 2012

Hadi atau Anwar PM Malaysia - yang mana pilihan anda ..............???



 Dewan Ulama menggesa agar Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menjadi perdana menteri ketujuh, Dewan Muslimat PAS juga hari ini dalam sesi muktamar membuat gesaan sama. 

Aiman Atirah, wakil Dewan Muslimat PAS ketika perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini turut menegaskan mahu melihat PAS menjadi tunggak dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Muslimat juga cadang Presiden jadi perdana menteri.

“Kita tidak perlu cabar mencabar atau desak mendesak, kita mahu PAS menjadi tunggak dalam PR ... adakah tuan-tuan setuju?” katanya, dan disambut sahutan “setuju” daripada para perwakilan.


Cadangan berkenaan dilihat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan kepimpinan PR yang sebelum ini telah sepakat akan melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang itu menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum itu, wakil Dewan Ulama PAS semalam, Hairun Nizam Mat Hussain berkata beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Malah, Dewan Ulama PAS hari ini sekali lagi, dalam ucapan penggulungan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR bagi melantik Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Kita hidup dalam sistem demokrasi, maka jika PAS menang banyak dalam pilihan raya akan datang, maka yang akan jadi Perdana Menteri sudah pastilah Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi).


“Jadi selepas ini, jangan ada yang mempromosikan orang lain, kita sebulat suara mahu presiden menjadi Perdana Menteri.

“Kalau setuju berdiri,” katanya, dan semua perwakilan dilihat berdiri menyokong cadangan beliau.

Anwar walaupun dilihat tenang menangani perkara itu, dan menjelaskan geaan-gesaan perwakilan PAS itu bukanlah “satu masalah” bagi PR dan perkara itu menurutnya boleh dibincangkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini berkata secara terbuka bahawa PR mahukan Anwar memegang tampuk pemerintahan negara itu, dan pendapat itu turut dikongsi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Sekarang Tok haraf semua pembaca sama ade yang sokong BN/UMNO atau PAS/PR harus berfikir secara mendalam. Pertama ape kah pendirian PAS tu boleh terlaksane selepas perbincangan? Kalau lah di kate kan perbincangan tu gagal mendapat persetujuan DAP, bagai mane? Kantoi PAS!

Walaupun PAS memiliki kelebihan kerusi dalam PR, ianye tidak akan memberi ape2 makna langsung. Sedangkan semua sudah tahu bahawa DAP hanya merestui Anwar sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tok percaye baru sekarang penyokong2 PAS terase akan kedudukan sebenar PAS. PAS jangan haraf Anwar akan melepas kan peluang nye untuk jadi PM, kerane itu lah cite2 nye yang sebenar untuk bersame Pakatan Rakyat.

Pade pendapat Tok, PAS hanye mampu menjadi batu galasan sahaje di dalam Pakatan Rakyat. Jike sekire nya Pakatan Rakyat mampu ke Puterajaya, jangan lah penjokong2 PAS berharaf Tn Guru Hj Hadi menjadi PM Malaysia.