Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, November 24, 2012

Hadi atau Anwar PM Malaysia - yang mana pilihan anda ..............???



 Dewan Ulama menggesa agar Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menjadi perdana menteri ketujuh, Dewan Muslimat PAS juga hari ini dalam sesi muktamar membuat gesaan sama. 

Aiman Atirah, wakil Dewan Muslimat PAS ketika perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini turut menegaskan mahu melihat PAS menjadi tunggak dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Muslimat juga cadang Presiden jadi perdana menteri.

“Kita tidak perlu cabar mencabar atau desak mendesak, kita mahu PAS menjadi tunggak dalam PR ... adakah tuan-tuan setuju?” katanya, dan disambut sahutan “setuju” daripada para perwakilan.


Cadangan berkenaan dilihat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan kepimpinan PR yang sebelum ini telah sepakat akan melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang itu menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum itu, wakil Dewan Ulama PAS semalam, Hairun Nizam Mat Hussain berkata beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Malah, Dewan Ulama PAS hari ini sekali lagi, dalam ucapan penggulungan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR bagi melantik Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Kita hidup dalam sistem demokrasi, maka jika PAS menang banyak dalam pilihan raya akan datang, maka yang akan jadi Perdana Menteri sudah pastilah Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi).


“Jadi selepas ini, jangan ada yang mempromosikan orang lain, kita sebulat suara mahu presiden menjadi Perdana Menteri.

“Kalau setuju berdiri,” katanya, dan semua perwakilan dilihat berdiri menyokong cadangan beliau.

Anwar walaupun dilihat tenang menangani perkara itu, dan menjelaskan geaan-gesaan perwakilan PAS itu bukanlah “satu masalah” bagi PR dan perkara itu menurutnya boleh dibincangkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini berkata secara terbuka bahawa PR mahukan Anwar memegang tampuk pemerintahan negara itu, dan pendapat itu turut dikongsi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Sekarang Tok haraf semua pembaca sama ade yang sokong BN/UMNO atau PAS/PR harus berfikir secara mendalam. Pertama ape kah pendirian PAS tu boleh terlaksane selepas perbincangan? Kalau lah di kate kan perbincangan tu gagal mendapat persetujuan DAP, bagai mane? Kantoi PAS!

Walaupun PAS memiliki kelebihan kerusi dalam PR, ianye tidak akan memberi ape2 makna langsung. Sedangkan semua sudah tahu bahawa DAP hanya merestui Anwar sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tok percaye baru sekarang penyokong2 PAS terase akan kedudukan sebenar PAS. PAS jangan haraf Anwar akan melepas kan peluang nye untuk jadi PM, kerane itu lah cite2 nye yang sebenar untuk bersame Pakatan Rakyat.

Pade pendapat Tok, PAS hanye mampu menjadi batu galasan sahaje di dalam Pakatan Rakyat. Jike sekire nya Pakatan Rakyat mampu ke Puterajaya, jangan lah penjokong2 PAS berharaf Tn Guru Hj Hadi menjadi PM Malaysia. 

3 ulasan:

  1. 2 2 x dpt jd PM,yg jd PM ialah DS Najib,org pr jgnlah nk perasan rakyat sokong pr,kbykan rakyat sebenarnya sokong UMNO/BN

    BalasPadam
  2. aiik tengok gambar tuu hj hadi dengan anwar. ingat kot dengan saiful saja, dengan hj hadi pun menjadi? nampak benar anwar gian melampau.

    BalasPadam
  3. mhn pautkn blog sy di blog list tok gajah...terima kasih

    BalasPadam

, , , ,