Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Perdana Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perdana Menteri. Papar semua catatan

Isnin, Jun 04, 2018

Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal

Geraldine Tong & Norman Goh
Diterbitkan 4 Jun 2018,


Isteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata esok mungkin hari yang "kritikal".

"Esok adalah hari kritikal," katanya berulang kali semasa temu bual dengan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Tetapi sekarang, setiap hari adalah hari kritikal," tambahnya kemudian.

Namun, beliau tidak menyebut mengapa esok akan menjadi hari kritikal.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadualkan esok seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Antaranya, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pelantikan peguam negara.

Adalah dilaporkan terdapat bantahan daripada istana berhubung cadangan pelantikan peguam veteran Tommy Thomas.

Turut berlangsung esok ialah SPRM akan menyoal-siasat isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor mengenai siasatan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Ini kali pertama Rosmah akan disoal-siasat oleh SPRM. Sebelum ini, Najib juga telah dipanggil bagi merakamkan kenyataannya pada 2015 dan baru-baru ini pada 22 dan 24 Mei tahun ini, beliau sekali lagi dipanggil untuk disoal lanjut.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai kabinet penuh dijadual diumumkan pada minggu ini walaupun beliau tidak pasti mengenai tarikhnya.

Isnin, September 26, 2016

Tak guna had tempoh PM jika salah guna terus berleluasa

Adam Abu Bakar

Ahli akademik berkata rasuah berlaku jika diberikan kuasa sepenuhnya dan baik jika penggal perkhidmatan dihadkan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa.
PETALING JAYA: Mengehadkan tempoh penggal perkhidmatan perdana menteri (PM) akan hanya sia-sia jika penyalahgunaan kuasa terus berlaku dan prinsip demokrasi tidak dipatuhi di negara ini, kata seorang pensyarah.

Dr Ahmad Ghazali Abu Hassan yang juga yang juga ahli Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara berkata perdana menteri masih tidak mengamalkan pengasingan kuasa dan penyalahgunaan kuasa tetap berlaku.

“Harus ingat, rasuah berlaku jika diberikan kuasa sepenuhnya. Jadi, saya setuju jika kita hadkan penggal perkhidmatan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa.

“Namun, mengehadkan penggal itu hanyalah satu perkara kecil saja kerana pengasingan kuasa masih tidak diamalkan sepenuhnya di negara ini,” katanya kepada FMT.

Pada 22 September lalu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan untuk mengehadkan penggal khidmat perdana menteri kepada 2 penggal iaitu tidak lebih 10 tahun seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju.

Mukhriz berkata pelaksanaan cadangan itu perlu bagi mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.

Bagaimanapun, Ghazali itu tidak menafikan ada kebaikan dan keburukan jika tempoh penggal perkhidmatan perdana menteri diperkenalkan di negara ini.

“Daripada segi kebaikannya, demokrasi proses semak dan imbang dapat dilaksanakan. Namun, isu tidak ada kesinambungan aspirasi kepimpinan akan wujud,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berkata kenyataan Mukhriz tidak sesuai dan tidak praktikal kerana secara realitinya pemimpin politik apabila berada di atas, mereka tidak akan mahu turun.

“Mengapa hanya sekarang Mukhriz mahu kemukakan cadangan itu, sedangkan dulu ada tuntutan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad turun jawatan sebagai perdana menteri.

“Bermati-matian penyokong tidak mahu dan menggesa Dr Mahathir berada di kerusinya semula,” katanya.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain pula melihat kenyataan Mukhriz itu boleh direalisasikan jika ia dibawa ke Dewan Rakyat dan pindaan tatacara pelantikan perdana menteri digubal.

“Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti Malaysia tidak pernah dan jarang dilakukan buat benda ini (hadkan penggal).

“Kalau mahu buat juga, kena ubah Perlembagaan Persekutuan kerana dalam perlembagaan kita, perdana menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen,” katanya.

Perlembagaan Persekutuan perkara 40(2) memperuntukkan tatacara pelantikan perdana menteri iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi.

Perkara 43(2)(a) juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik “ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan itu” sebagai perdana menteri.

Perdana menteri yang dilantik mestilah seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya senator di Dewan Negara) dan harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen daripada sejumlah 222 ahli.

Sabtu, Oktober 03, 2015

Jangan timbulkan sengketa - Najib

Rakyat Malaysia digesa berhenti membuat kenyataan politik yang boleh membawa kepada masalah dan salah faham.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya, menegaskan ini bukan waktu untuk bersengketa tetapi waktu untuk berusaha memajukan negara.

"Saya mahu semua pihak di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang boleh menimbulkan sengketa dan salah faham.

"Ini masa untuk kita bersatu pastikan negara kita terus maju, bukan berbalah dan tuduh-menuduh," katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau seperti yang disiarkan Astro Awani.

Semalam, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan memberi amaran kepada orang Cina Malaysia supaya tidak mengadu mengenai kerajaan negara ini kepada pihak luar dengan harapan akan mendapat pembelaan daripada kerajaan asing.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka," Tajuddin dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, di sini hari ini.

Rabu, September 30, 2015

Najib Hanya Saman Jika WSJ Tidak Guna Speech Act

KUALA LUMPUR 30 Sept - Perdana Menteri hanya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sekiranya mereka tidak akan mengguna pakai peruntukan Speech Act 2012.

Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Proses perundangan dibuat Najib pada awal Julai lepas berikutan artikel WSJ mendakwa wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

Sabtu, Ogos 08, 2015

Jangan Biar Cacing Naik Sampai Ke-mate..........

Atuk peratikan nampaknye masih lagi ade petualang bermaharaje lele dalam UMNO. Petualang ni nampaknye semakin berani dan lantang mempertikaikan tugas-tugas yang dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan negare.

Pertukaran pegawai SPRM yang dibuat itu adalah satu perkare biase sahaje. Dulu-dulu semase atuk bertugas sebagai guru selame lebih  30 tahun pun pernah bertukar tempat kerje sebanyak lebih 10 kali. Make atuk rase tindakan Khairy ni mempertikaikan pertukaran pegawai SPRM ni tidak patut same sekali. Sepatutnye beliau menyokong nye.

Pade pendapat atuk orang macam ni tidak patut berade di dalam kabinet Perdana Menteri. Cadangan atuk beliau ni patut segere ditukarkan keluar dengan segere. Selagi beliau berade dalam kabinet, ianye akan merosak kan pentadbiran negare.

Duri Dalam Daging UMNO

Atuk dah lame juge tak buat sebarang posting selepas hari raye ni, bukan nye ade sebab ape-ape pun kecewali atuk cume nak rehat sebentar aje.

Sejak kebelakangan ni nampak nye keadaan politik tanah air semakin menjadi panas........  Ianye berlaku demikian semate-mate kerane ujudnya isu 1MDB. Perkare ni semakin bertambah kecoh apebile timbul pule cerite kunun nye RM2.6 bilion telah termasuk kan kedalam akaun Perdana Menteri.

Setelah disiasan dengan telus dan rafi, akhirnye terbukti RM2.6 bilion tu TIDAK dari 1MDB, ianye adelah dari sumbangan derme dari Timur Tengah. Pade pendapat atuk Perdana Menteri tidak melaku kan sebarang kesalahan dengan menerima sumbangan derme itu.

Sepatutnye Timbalan nye harus menyokong dan memperjelaskan kepade rakyat tentang perkare yang benar. Tetapi malangnye Timbalan ini nampaknye seakan-akan telah memberikan gambaran yang tak sepatutnye tentang perkare ini.

Nampaknye perkare ini semakin berlanjutan apebile jawatan Timbalan telah digugurkan. Ianye boleh lah di ibaratkan 'seperti duri dalam daging'. Sebelum 'duri' ini memudaratkan 'daging' dan akan menyebabkab bernanah, adalah lebih baik dan selamat 'duri' ini segere dicabut kan keluar.

Jumaat, Oktober 10, 2014

Penjawat awam dan pesara kerajaan dapat bonus........


Atuk ucapkan terima kasih kepade kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak setengah bulan gaji kepade semue penjawat awam kerajaan dan sebanyak RM250.00 kepade semue pesare kerajaan.


Khamis, Februari 14, 2013

Maruah bangsa Melayu dan agama Islam.....


Salam kepade semue rakan2 yang sebangse dan seagame. Tok agak dah lame juge tak menjenuk laman2 blog kerane kesebokan dan juge faktor kesehatan. Maklum aje le dah lanjut usie, kesehatan pun selalu tergangu, terlebih kene matahari pun demam, terlebih kene hujan pun boleh demam juge.

Walaupun ade yang bantu kerje2 di ladang, sesekali kene jenguk2 juge, kalu dak deme tu semendang monteng aje. Arini Tok takndak borak panjang, ceme nak sentuh sikit tentang kesah perayaan Tahun Baru Cine di Pulau Pinang yang baru lepas ni.

Tok sangat2 terkilan dan berdukecite tentang ape yang di katekan telah berlaku kepade PM Malaysia yang kite sangat kasihi tu.  Setelah Tok meneliti melalui laman2 blok yang anti kerajaan dan juge blok2 yang pro kerajaan, Tok dapati perkare yang menimbulkan kemuskilan tentang insiden tu.

Sebeno nye telah berlaku sedikit kesilapan oleh penganjur program tersebu. Sepatut nye PSY tu di beritahu terlebih dahulu tentang ade nye program mengaul 'yee sang' ber same PM. Malang nye pehak penganjur terlupe memberi tahu nye terlebih dahulu, make timbul lah satu kekecuhan yang tidak senghaje terjadi.

Tentang laungan PM, 'Are you ready for BN?' tu memang berlaku sabotaj oleh penyokong2 dari Pakatan Rakyat. Mereke ni terdiri dari ahli DAP dan PKR yang anti melayu/Islam. Mereke senghaje datang ber ramai2 se mate2 untuk mengaibkan PM kite.

Pare bloggers yang pro PR sangat teruje dengan insiden buruk ni, mereke memperheboh kan dan mempebesarkan perkare yang sangat kecil ni. Mereke terlupe bahawe yang jadi mangse penghinean tu ialah orang pemimpin utame melayu yang beragama Islam.

Sepatut nye kite yang sebangse dan seagame ini harus berase terguris di hati dan marah kepade bangse kafir yang menghine pemimpin Islam di negare kite ini. Walaupun kite tidak sehaluan dalam berpolitik, tetapi kite seharusnye bersatu jike bangse kite yang se agame di hine oleh kaum kafir.

Tok haraf semue anak2 cucu cicit Tok sedar tentang penting nye mempertahankan bangse, agame dan negare. Marilah kite tolak parti2 yang tidak berhati perut, sanggup menghine bangse nye yang beragame Islam. Tambahan pule yang di hine itu ialah seorang Perdane Menteri di sebuah negare Islam iaitu Malaysia.

Sabtu, November 24, 2012

Hadi atau Anwar PM Malaysia - yang mana pilihan anda ..............???



 Dewan Ulama menggesa agar Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menjadi perdana menteri ketujuh, Dewan Muslimat PAS juga hari ini dalam sesi muktamar membuat gesaan sama. 

Aiman Atirah, wakil Dewan Muslimat PAS ketika perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini turut menegaskan mahu melihat PAS menjadi tunggak dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Muslimat juga cadang Presiden jadi perdana menteri.

“Kita tidak perlu cabar mencabar atau desak mendesak, kita mahu PAS menjadi tunggak dalam PR ... adakah tuan-tuan setuju?” katanya, dan disambut sahutan “setuju” daripada para perwakilan.


Cadangan berkenaan dilihat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan kepimpinan PR yang sebelum ini telah sepakat akan melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang itu menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum itu, wakil Dewan Ulama PAS semalam, Hairun Nizam Mat Hussain berkata beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Malah, Dewan Ulama PAS hari ini sekali lagi, dalam ucapan penggulungan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR bagi melantik Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Kita hidup dalam sistem demokrasi, maka jika PAS menang banyak dalam pilihan raya akan datang, maka yang akan jadi Perdana Menteri sudah pastilah Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi).


“Jadi selepas ini, jangan ada yang mempromosikan orang lain, kita sebulat suara mahu presiden menjadi Perdana Menteri.

“Kalau setuju berdiri,” katanya, dan semua perwakilan dilihat berdiri menyokong cadangan beliau.

Anwar walaupun dilihat tenang menangani perkara itu, dan menjelaskan geaan-gesaan perwakilan PAS itu bukanlah “satu masalah” bagi PR dan perkara itu menurutnya boleh dibincangkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini berkata secara terbuka bahawa PR mahukan Anwar memegang tampuk pemerintahan negara itu, dan pendapat itu turut dikongsi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Sekarang Tok haraf semua pembaca sama ade yang sokong BN/UMNO atau PAS/PR harus berfikir secara mendalam. Pertama ape kah pendirian PAS tu boleh terlaksane selepas perbincangan? Kalau lah di kate kan perbincangan tu gagal mendapat persetujuan DAP, bagai mane? Kantoi PAS!

Walaupun PAS memiliki kelebihan kerusi dalam PR, ianye tidak akan memberi ape2 makna langsung. Sedangkan semua sudah tahu bahawa DAP hanya merestui Anwar sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tok percaye baru sekarang penyokong2 PAS terase akan kedudukan sebenar PAS. PAS jangan haraf Anwar akan melepas kan peluang nye untuk jadi PM, kerane itu lah cite2 nye yang sebenar untuk bersame Pakatan Rakyat.

Pade pendapat Tok, PAS hanye mampu menjadi batu galasan sahaje di dalam Pakatan Rakyat. Jike sekire nya Pakatan Rakyat mampu ke Puterajaya, jangan lah penjokong2 PAS berharaf Tn Guru Hj Hadi menjadi PM Malaysia. 

Isnin, November 19, 2012

"Burung yang terbang jangan dipipiskan lade"


Terlalu kuat nafsu PAS untuk menewaskan UMNO. Disini Tok nak ingatkan PAS bahawa orang2 melayu masih terlalu ramai lagi yang menyokong dan sayangkan UMNO.  Terlalu banyak jasa2 yang telah di taburkan oleh UMNO terhadap kemajuan kaum melayu dan agama Islam. Cume manusia yang se usia dengan Tok sahaja yang dapat menilai dan merasai jasa2 yang dibuat oleh UMNO.

PAS mempunyai anggapan yang salah jika menyatakan UMNO sudah lemah dan tidak lagi di sukai rakyat. UMNO telah menampak kan kekuatan nye pade PRK Manik Urai, Hulu Selangor, Tenang dan Merlimau. UMNO telah memenangai ke semua kawasan DUN ini selepas PRU12. Ini sudah cukup membukti bahawa UMNO masih popular di kalangan kaum melayu.

PAS harus tinjau kembali keputusan PRU12 yang lepas, UMNO mempunyai persen yang tertinggi dikalangan semua parti2 yang bertanding pada PRU12, iaitu sebanyak 29.59%. Sedangkan PAS cume memperolehi 14.05% sahaja. Ini sudah cukup membukti kan tentang kekuatan UMNO. PAS harus sedar kemenangan nye yang memperolehi 14.05%. Jika di tolak bilangan dari sokongan kaum bukan melayu mungkin sokongan melayu terhadap PAS kurang dari 10%.

Di saat2 menjelang nye PRU13 ni Tok nampak sokongan kaum melayu semakin kukuh dan bertambah padu. Semakin ramai kaum melayu dalam PAS sudah keluar secara senyap2. Mereke sudah hilang kepercayaan terhadap PAS kerana bersengkokol dengan DAP. Kepade orang melayu yang berfikiran waras, memang tidak logik DAP boleh bersetuju dengan hukum Hudud dan negara Islam PAS.

Akhir nye Tok sekali lagi berpesan kepade pencacai2 PAS supaye jangan terlalu berharaf ke Petrajaya dan mengangkat Tn Guru Hj Hadi Awang atau pun DSAI sebagai PM Malaysia - "Burung yang terbang jangan dipipiskan lade". 


Untuk makluman pencacai2 UMNO, di bawah ni ialah carta pie yang mempamirkan jumlah peratus undi yang diperolehi oleh parti2 yang bertanding pada PRU12 yang lepas.