Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 02, 2016

Peguam Negara: Jika Amerika beri wang , kami mahu dengar

by ANA GHOIB2016-08-02
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam pendengaran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat, dua minggu lalu.

Ini, katanya tindakan menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB itu membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.

“Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar,” katanya.

“Saya dan pegawai saya akan hadir bagi mengikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya di sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika,” katanya.

Apandi ditemui selepas Ketua Hakim menyerahkan surat pelantikan kepada bekas Timbalan Peguam Cara I Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam Azmi Abdullah sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.

Peguam pemerhati atau ‘watching brief’ adalah istilah undang-undang bagi pihak yang berminat untuk menghadiri perbicaraan sebagai peguam seperti yang diamalkan di Malaysia dan sistem negara-negara Komanwel.

Bagaimanapun, kata Apandi, beliau tidak pasti bagaimana sistem undang-undang di Amerika beroperasi.

“Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa soalan.

“Itulah yang dimaksudkan sebagai pemerhati, dan saya masih mempertimbangkan idea itu selepas berunding dengan pakar (untuk membantu dan menasihatinya mengenai prosedur mahkamah di Amerika),” katanya lapor Malaysiakini.

Oleh kerana kes 1MDB membabitkan sebuah syarikat Malaysia, Apandi berkata kerajaan mempunyai kepentingan dengan pihak berkuasa Amerika menunjukkan niat untuk menghantar pulang wang yang dirampas itu semula ke negara ini.

KLIK BACA: Menteri luar nafi cubaan bawa pulang anak Najib – Malaysiakini

Rabu, September 30, 2015

Najib Hanya Saman Jika WSJ Tidak Guna Speech Act

KUALA LUMPUR 30 Sept - Perdana Menteri hanya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sekiranya mereka tidak akan mengguna pakai peruntukan Speech Act 2012.

Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Proses perundangan dibuat Najib pada awal Julai lepas berikutan artikel WSJ mendakwa wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

Sabtu, Ogos 15, 2015

Kalau jatuhnya parti, jatuhlah semua - Azeez

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kota Bharu di sini hari ini. - Foto TRP/Mohd Zulhairie

KOTA BHARU, 15 Ogos:

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta semua pemimpin parti itu di pelbagai peringkat termasuk akar umbi untuk sama bersatu dalam mempertahankan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada serangan pihak tertentu.

Sambil melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap berdiam diri sesetengah pemimpin parti, Abdul Azeez berkata sehingga kini tidak ada pun usaha untuk membela dan mempertahankan pucuk pimpinan parti dari serangan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya rayu kepada semua pemimpin Umno, marilah kita sama-sama bersatu hati. Kita ceritakan kebaikan 1MDB dan apa yang 1MDB telah bantu kita selama ini.

“Saya minta semua pemimpin akar umbi pertahankan institusi parti Umno bukannya Najib. Kalau jatuhnya parti, jatuhlah semua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kota Bharu di sini hari ini.

Menurut Abdul Azeez, bukan susah untuk mereka menjelaskan kepada rakyat mengenai kebaikan 1MDB seperti membiayai golongan yang tidak berkemampuan menunaikan haji di Mekah selama lima tahun berturut-turut dan membaiki serta membaik pulih ribuan rumah penduduk miskin di seluruh negara.

Malangnya, kata beliau, apabila tercetus isu 1MDB, semua pemimpin diam, seolah-olah tidak ada pengetahuan untuk menangkis segala fitnah itu.

“Yang paling teruk kena serang ialah Perdana Menteri kita. Serangan datang bertubi-tubi, dari tuduhan kehilangan RM42 bilion sehingga isu derma RM2.6 bilion.

“Saya sifatkan serangan ini adalah serangan politik yang datang dari pihak tertentu dalam UMNO sendiri, yang mahu menjatuhkan Najib.

“Tetapi ke mana pemimpin kita ketika Presiden UMNO kena serang? Semuanya diam, sehingga Najib terpaksa bertarung seorang diri,” katanya

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji menjelaskan, disebabkan serangan negatif terhadap 1MDB termasuk dari ahli UMNO sendiri, ramai pelabur luar takut untuk datang membeli tanah atau menanam pelaburan di negara ini kerana mereka tidak mendapat penjelasan tepat mengenai isu itu.

Katanya, Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy sudah memaklumkan akan menyelesaikan kemelut itu dalam tempoh enam bulan dan semua pihak harus memberi peluang itu kepadanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/15/kalau-jatuhnya-parti-jatuhlah-semua-azeez/#ixzz3irkGcE7X

Sabtu, Ogos 08, 2015

Duri Dalam Daging UMNO

Atuk dah lame juge tak buat sebarang posting selepas hari raye ni, bukan nye ade sebab ape-ape pun kecewali atuk cume nak rehat sebentar aje.

Sejak kebelakangan ni nampak nye keadaan politik tanah air semakin menjadi panas........  Ianye berlaku demikian semate-mate kerane ujudnya isu 1MDB. Perkare ni semakin bertambah kecoh apebile timbul pule cerite kunun nye RM2.6 bilion telah termasuk kan kedalam akaun Perdana Menteri.

Setelah disiasan dengan telus dan rafi, akhirnye terbukti RM2.6 bilion tu TIDAK dari 1MDB, ianye adelah dari sumbangan derme dari Timur Tengah. Pade pendapat atuk Perdana Menteri tidak melaku kan sebarang kesalahan dengan menerima sumbangan derme itu.

Sepatutnye Timbalan nye harus menyokong dan memperjelaskan kepade rakyat tentang perkare yang benar. Tetapi malangnye Timbalan ini nampaknye seakan-akan telah memberikan gambaran yang tak sepatutnye tentang perkare ini.

Nampaknye perkare ini semakin berlanjutan apebile jawatan Timbalan telah digugurkan. Ianye boleh lah di ibaratkan 'seperti duri dalam daging'. Sebelum 'duri' ini memudaratkan 'daging' dan akan menyebabkab bernanah, adalah lebih baik dan selamat 'duri' ini segere dicabut kan keluar.