Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Jun 04, 2018

Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal

Geraldine Tong & Norman Goh
Diterbitkan 4 Jun 2018,


Isteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata esok mungkin hari yang "kritikal".

"Esok adalah hari kritikal," katanya berulang kali semasa temu bual dengan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Tetapi sekarang, setiap hari adalah hari kritikal," tambahnya kemudian.

Namun, beliau tidak menyebut mengapa esok akan menjadi hari kritikal.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadualkan esok seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Antaranya, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pelantikan peguam negara.

Adalah dilaporkan terdapat bantahan daripada istana berhubung cadangan pelantikan peguam veteran Tommy Thomas.

Turut berlangsung esok ialah SPRM akan menyoal-siasat isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor mengenai siasatan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Ini kali pertama Rosmah akan disoal-siasat oleh SPRM. Sebelum ini, Najib juga telah dipanggil bagi merakamkan kenyataannya pada 2015 dan baru-baru ini pada 22 dan 24 Mei tahun ini, beliau sekali lagi dipanggil untuk disoal lanjut.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai kabinet penuh dijadual diumumkan pada minggu ini walaupun beliau tidak pasti mengenai tarikhnya.

2 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam

, , , ,