Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Mei 31, 2018

Laporan SST siap sebelum Aidilfitri

Tun Daim Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, sistem SST yang akan diperkenalkan semula itu akan mempunyai sedikit pembaharuan menjadikannya lebih cekap dengan matlamat utama untuk menurunkan harga barangan untuk rakyat.

Daim turut memberi gambaran awal, sistem SST yang akan dinaik taraf itu mampu meraih hasil mencukupi untuk menampung kehilangan hasil kutipan GST yang dimansuhkan.

“Jabatan Kastam buat laporan kepada saya, masih awal, mungkin pendapatan akan kurang daripada RM5.0 bilion, tetapi harga minyak naik.

“Dalam Bajet (harga minyak dijangka) AS$52, sekarang naik AS$70. Minggu lepas AS$80, setiap AS$1 yang naik, kita dapat RM300 juta. Itu hasil untuk menampung kekurangan,” jelasnya.

Mengulas keraguan sama ada harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah selepas pelaksanaan semula SST, katanya faktor nilai mata wang ringgit akan turut memainkan peranan ke atas barangan yang kebanyakannya diimport.

Daim berkata, perkara ini boleh diatasi dengan mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan.

Beliau berkata, ekonomi merupakan subjek yang amat kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja.

Katanya, dengan hasil kerajaan juga, tiada keperluan untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu, mahupun meningkatkan kadar cukai pendapatan atau korporat buat masa ini.

 - Bernama

1 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam

, , , ,