Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Permatang Pauh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permatang Pauh. Papar semua catatan

Khamis, April 02, 2015

Dr Mazlan calon terbaik UMNO rampas Permatang Pauh - Penganalisis politik

Dr Mazlan yang calon UMNO bagi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu mampu meraih sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. -Foto Facebook Kami Sokong Dr. Mazlan Ismail sebagai MP Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 2 April:

Dr. Mazlan Ismail dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk bertanding dalam Pilih Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tidak lama lagi sekiranya UMNO ingin merampas kerusi berkenaan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr.Sivamurugan Pandian berkata, bekas calon UMNO bagi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu mampu meraih sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, Mazlan yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu dilihat boleh meraih sokongan bukan sahaja daripada ahli UMNO malah juga daripada penyokong PAS.

“Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan penyokong parti Islam tersebut kurang senang dan mungkin akan memberikan undi kepada UMNO.

“Ia juga mungkin dilihat sebagai jalan terbaik bagi mengelakkan daripada berulangnya kes meletakkan calon yang tidak sesuai di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini.

Tambah Pensyarah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu lagi, PAS dilihat akan bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam mengharungi PRK tersebut.

Namun begitu jelasnya, sekiranya PAS membuat keputusan untuk keluar daripada PR sewaktu PRK berlangsung, ia akan memberikan impak yang cukup besar kepada PKR.

“PAS mempunyai sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir yang dimenangi sejak 1999 dan merupakan kubu kuat parti berkenaan di Permatang Pauh.

“Oleh itu sekiranya PAS keluar daripada PR dalam tempoh kempen PRK berlangsung mungkin sesuatu di luar jangkaan akan berlaku,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/02/dr-mazlan-calon-terbaik-umno-rampas-permatang-pauh-penganalisis-politik/#ixzz3W6iQhfTj

Khamis, April 04, 2013

Belum ape2 dah cabutttt!.................

Anwar isytihar akan bertanding di Perak

PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengisytiharan beliau untuk bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh, dan Perak menjadi pilihannya pada pilihan raya kali ini.

 


“Saya isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN Petaling Jaya petang ini.

Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

“Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana.

“Niat saya untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Permatang Pauh,” katanya.



Ni Tok nak cerite sikit tentang si Anwar Ibrahim ni, setahu Tok si Anwar Berahim ni memang nye amat bijak orang nye, bijak bercakap aje. Die ni memang nye tersangat pintar berpidato, pendek kate di mane2 aje die berceramah memang ramai yang datang mendengo nye.

Die ni boleh di katekan setanding juge dengan si Mat Sabu tu, cakap nye aje yang be dego2 tapi habuk pun tak de, semue nye 'omong kosong' aje. Dalam bahase melayu mudah - temberang lapuk!

Dek kerane terlalu suke bertemberang ke sane sini, si Anwar Berahim ni tak sedo yang die tu dah mengabaikan tanggung jawab nye di Permatang Pauh. Die hanye tibe2 tersedo apebile PRU13 dah dekat sangat nak tibe - bahase mudah nye - 'dah terlambat' nasik dah hangus, kalau jadi bubo tak pe, masih boleh di lantak lagi, tapi ni dah hangus rentung.

Tok yakin sesangat kalu le si Anwar Berahim ni masih lagi mempertahankan P Pauh gerenti tumpo punye. Mati terbongkang le die di P Pauh.

Sebeno nye si Anwar Berahim ni bukan nye saje dah tak laku P Pauh, tetapi di mane2 aje kawasan majoriti kaum melayu/Islam pasti akan menolak die kedalam longkang. Make itulah sebab nye die mahu cabut lari ke kawasan yang selamat iaitu di kawasan majoriti kaum kafir.


Isnin, Mac 25, 2013

Motif Anwar Ibrahim tinggalkan Permatang Pauh.............

Anwar dipelawa tanding di Tambun
8:34 PG Idham Lim
13 Jamadil Awal 1434 H.


Datuk Seri Anwar Ibrahim

BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tingi.


Tok dah banyak kali kate, Pakatan Rakyat ni cume 'indah khabar dari rupe'. Sebena nye rakyat dah boleh bace sejauh mane tentang kebolehan pemimpin2 nye memerintah negare. Pemimpin2 PR ni memang dah tak sebulu di antare DAP, PAS dan PKR, makne nye dalam bahase mudah, DAP lain kemahuan nye, PAS lain kehendak nye dan PKR lain pule tujuan nye.

Satu perkare yang paling di benci oleh orang2 melayu dan islam terhadap Pakatan Rakyat ni ialah tentang isu kalimah Allah yang di sokong nye bagi penggunaan dalam bible versi bahasa melayu. Walaupun ade 'ulamak2' yang memberikan pendapat bahawe itu tidak salah, namun orang2 melayu/islam masih menggangap ianye salah.

Perkare inilah yang menyebabkan pemimpin2 melayu/islam dalam Pakatan Rakyat jadi tersepit. Bukan saje PKR, tetapi PAS juge sendang berade di dalam keadaan tersepit.

Tok yakin dalam PRU 13 ni, pemimpin2 melayu/islam dalam PR akan tumbang tergolek di kawasan2 majoriti kaum melayu/islam. Inilah sebab utame Anwar Ibrahim terpakse keluar dari Permatang Pauh. Jike sekire nye Anwar Ibrahim masih mempertahankan P Pauh pasti PKR akan kehilangan pemimpin besar nye.

Tok cabar si Anwar Ibrahim ni kalau benar2 die keluar dari P Pauh demi perjuangan parti cubelah keluar bertanding di parlimen Pekan untuk menentang PM kite, make di sinilah bertemu nye buku dengan ruas. Kalau setakat keluar tinggal kan P Pauh untuk cari perlindungan di kawasan majoriti kaum bukan melayu, itu lah yang di mane kan pengcut!

Khamis, Mac 21, 2013

Ape niat sebenarnye Anwar Ibrahim mahu tinggalkan Permatang Pauh?


Tok peratikan ramai pemimpin2 Pakatan Rakyat nampaknye dah mule goyah. Mereke tu dah terase kedudukan nye di tempat asal dah tergugat. Ianye tergugat  kerane due sebab. Pertame kerane kekuatan BN ke due kerane sudah kehilangan kepercayaan oleh penduduk2 setempat nye.

Anwar Ibrahim sudah terhidu bau asap dalam kelambu nye yang dah di jilah api, itu sebab die cepat2 cabut keluar. Kalu die tak keluar pasti die akan mati hangus terbakar. Sebenar nye Anwar telah gagal untuk membangunkan Permatang Pauh. Permatang Pauh sudah tidak selamat lagi bagi Anwar Ibrahim.

Penduduk2 Permatang Pauh rugi besar selame di kuasai oleh Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim. Permatang Pauh hanye akan boleh maju seperti di daerah2 lain yang di kuasai oleh BN jike Anwar Ibrahim di tumbangkan dan di gantikan dengan seorang wakil dari Barisan Nasional sahaje.

Tok yakin sangat walau kemane pun Anwar Ibrahim keluar bertanding die pasti akan kecundang. Akan tetapi die hanye mungkin akan terselamat jike bertanding di kawasan majoriti kaum bukan melayu/islam sahaje. Jike di kawasan melayu/islam, pasti die akan tumpoooo!

Make itulah sebab2 nye mengape Anwar Ibrahim terpakse cabut lari keluar dari Permatang Pauh dan cari tempat yang lebih selamat iaitu di kawasan majoriti kaum kafir.