Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar Selangor. Papar semua catatan

Ahad, September 28, 2014

"1Malaysia kena Tipu" - Perlantikan Azmin Kemuncak Perancangan Langkah Langkah Kajang............


(1MALAYSIA KENA TIPU) Pelantikan Azmin Kemuncak Perancangan Lengkap Langkah Kajang, kata Lee Chin Cheh, Bekas Adun Kajang


Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatannya untuk mencetuskan Langkah Kajang sehingga membawa kepada kebuntuan isu menteri besar Selangor berpendapat pelantikan Mohamed Azmin Ali adalah kemuncak kepada perancangan yang lengkap.

Bekas Adun Kajang itu percaya Langkah Kajang bukan satu kegagalan kerana PKR Selangor sejak mula lagi mahu Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita mahukan selama ini, walaupun ia berlaku secara tidak sengaja berpusing-pusing," katanya.

Lee berkata, pemimpin PKR negeri bertemu kepimpinan tertinggi parti dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, mencadangkan agar Azmin mengambil alih jawatan menteri besar, kerana mereka ragu-ragu dengan kesesuaian Khalid untuk terus menerajui Selangor.
Tetapi cadangan itu ditolak.

"Saya diberitahu kita tidak mempunyai kata sepakat daripada rakan-rakan Pakatan," katanya, merujuk kepada DAP dan PAS yang mahu Khalid untuk terus kekal menerajui negeri terkaya di Malaysia itu untuk penggal kedua.

"Mereka tidak memahami pertembungan kami dengan Khalid dalam PKR dan kita tidak boleh memaksa mereka untuk mempercayainya," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemubual di firma guamannya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Lee yang juga seorang peguam berkata, beliau tidak tahu mengapa kedua-dua pihak dalam pakatan itu memilih Khalid tetapi mengakui Azmin sering "disalah faham" ramai orang.
"Orang yang tidak mengenal dia selalu melabel beliau sebagai tamak, rasuah dan gila kuasa tetapi itu tidak benar.

"Beliau menunjukkan kebolehan kepimpinan yang besar, berkarisma sebagai pemimpin dan mempunyai kualiti untuk menggerakkan kami," kata Lee, yang pernah bekerja rapat dengan Azmin selaku ketua PKR negeri ini.

Beliau berkata, Langkah Kajang juga berjaya menggantikan Khalid, walaupun ia mengambil masa 8 bulan dalam huru-hara yang mendedahkan keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan mungkin memberi kesan kepada sokongan terhadap pakatan pembangkang daripada pengundi.

PKR mendakwa Langkah Kajang dan keputusan untuk meletakkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu adalah untuk mengukuhkan keupayaan pakatan pembangkang.

Pada masa itu, Lee, 43, berharap Anwar akan menarik Azmin menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran negeri. "Jadi bagi saya, Azmin berkaitan dengan langkah itu," katanya.
Bagaimanapun, keputusan itu gagal ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, yang menyebabkan PKR meletakkan isteri Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi itu.

Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil Kajang dan pilihan tunggal PKR dan DAP untuk jawatan MB itu, satu langkah yang ditentang pemimpin sekutu mereka iaitu PAS, yang merasakan beliau tidak layak.

Ini mencetuskan ketegangan dalam parti Islam itu dan juga dengan PKR dan DAP.
Awal minggu ini, Sultan Selangor melantik Azmin yang juga timbalan presiden PKR sebagai MB, mengakhiri kekalutan negeri untuk beberapa bulan.

Lee berkata, beliau lega krisis berakhir dan tumpuan untuk Azmin sekarang adalah pengurusan negeri yang berkesan dan membawa ketiga-tiga pihak untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang menjelang 2018.

"Terdapat lebih banyak kerja yang perlu dilakukan pada masa akan datang tetapi saya percaya ada peluang baik sekarang untuk dasar parti dilaksanakan dengan lebih berkesan dalam pentadbiran," katanya.

Ahad, September 21, 2014

Keadaan politik tanah air semakin aman......... Aaaminnn!!!

Atuk memang nye berase sangat bersyukor ke hadrat Illahi memandangkan keadaan politik pemerintah negare nampak nye telah menjadi semakin bertambah cerak. Apekan tidak nye, kite semue mengtahui bahawe Pakatan Takyat musuh nombor 1 pemerintah dah jadi semakin bertambah parah.

Setiap hari kite melihat dan mendengar bahawe parti2 dalam PR tu dah mule berpecah belah. Mereke ni sudah hilang kepercayaan di antare satu sama lain. Ianye boleh lah di tafsirkan sebagai pergaduhan tige penjuru...... Dah menjadi bertambah jelas bahawe Pakatan Rakyat memang tidak layak diangkat sebagai pemerintah negare.

Atuk peratikan bahawe 'perpecahan' tidak resmi dalam PR ni berpunce dari penyingkiran Menteri Besar Selangor Datuk Khalid oleh Datuk Anwar Ibrahim. Keadaan ini jadi parah apebile Anwar mencadangkan isteri nye sebagai pengganti.

Dalam  hal ni, PAS yang telah menerime padah yang paling buruk. PAS menerime padah ni kerane menentang cadangan Datuk Anwar melantik isteri nye sebagai Menteri Besar Selangor. Bukan sahaje Anwar mengutuk PAS tetapi DAP pun turut same mengutuk PAS.

Keadaan PAS menjadi bertambah parah apebile pemimpin2 dan ahli2 dan penyokong2 nye terbelah due. Ade kumpulan yang menyokong cadangan PAS menolak, dan ade pule kumpulan yang menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Pergelutan yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat ni telah menyedarkan rakyat terutame nye rakyat Selangor betape buruk nye perangai pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat tu.

Sabtu, September 20, 2014

Isu Menteri Besar Selangor selesai......dengan penolakan Wan Azizah?

Nama2 3 Calon MB Baru Akhirnya Didedahkan !!!

Nak tahu sapa nama calon2 MB baru?

Jeng jeng jeng..

1. Azmin Ali - bukan lagi rahsia.

2. Iskandar Samad - bukan lagi rahsia.

3. Dr. Ahmad Yunus - ini memang pendedahan la juga walaupun nama dia antara yang disebut pada awal2 krisis dulu.

Dan. Wan Azizah confirm takde dalam senarai. Walaupun PKR stick to its decision and tulis surat untuk mengadap sultan, tapi jeng jeng jeng.. DSWA tetap tak boleh jadi MB oooo.. sultan takmo dia..


Rupa2nya. Wakil sultan sudah bersemuka dengan ketiga2 calon MB yang dinamakan di atas secara peribadi. Senang cakap, sesi temuduga la. Ketiga2 calon di atas telah melalui sesi temuduga dan pada selasa nanti salah seorang dari calon2 di atas yang akan dilantik untuk menjawat jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Yang kuat orang syak Azmin Ali dan Iskandar. Tapi jangan2 si Ahmad Yunus yang terpilih. Low profile jek aku tengok.

Laporan oleh The Star ;

Three potential candidates for the Selangor mentri besar post have been granted audiences by the Sultan of Selangor for him to assess their suitability for the top job.

The three are PAS state executive councillors Iskandar Samad and Dr Ahmad Yunus Hairi and PKR deputy president Azmin Ali.

Their audiences with Sultan Sharafuddin Idris Shah took place separately at Istana Kayangan in Shah Alam earlier this week.

It is understood that the meetings were part of the final steps towards a decision on who is best able to replace outgoing Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

The swearing-in of the new mentri besar has been confirmed to take place on Tuesday with the invitation cards already sent out.

Sources said the three assemblymen were informed that the royal audience was a sort of “interview” to enable the Sultan to evaluate them and have a better idea of their capabilities and personalities.

It is learnt that the others who sat in included state secretary Datuk Mohamed Khusrin Munawi, state legal adviser Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman and two members of the Selangor Royal Council.

The sources said each audience lasted more than an hour and that the “interview panel” was very civil and cordial.

The assemblymen were advised to be on standby and told that they would be informed accordingly.

It is likely that the name of the next mentri besar will be known by Monday.

Iskandar is the state PAS chairman and Cempaka assemblyman while Dr Ahmad Yunus is the assemblyman for Sijangkang.

Azmin is Selangor PKR chairman as well as Bukit Antarabangsa assemblyman and Gombak MP.

Sources said Azmin met Datuk Seri Anwar Ibrahim on Thursday to personally inform the PKR adviser of the audience with the Sultan as he did not want Anwar to misunderstand the situation.

It is learnt that Anwar took the news positively and agreed that it was “time to move on” contrary to claims that PKR and DAP would push for a snap state election if Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail was not chosen.

The two PAS candidates were among the three names that the party presented to the palace in compliance with the Sultan’s request to have more than two names for his consideration.

The palace had asked each of the three Pakatan Rakyat parties to present more than two names for the Sultan’s consideration but DAP and PKR proposed only Dr Wan Azizah on the grounds that 30 state assemblymen had signed statutory declarations supporting her for the post.

The palace subsequently said the Sultan would exercise his prerogative to choose the next mentri besar from the list of PAS names or from a name outside the list.

The mentri besar crisis was sparked off by the Kajang Move, which began with the sudden resignation of assemblyman Lim Chin Cheh.

It caused a rift between PAS and the other two Pakatan parties and has dragged on for more than half a year ~ The Star

Jumaat, September 19, 2014

Azmin mungkin MB baru

Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru


Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan musuh politiknya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.


Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana.

Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf.

Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar.

Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku.

Dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berbahaya' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin.

Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS.

[Baca berita penuh/asal]

Selasa, September 09, 2014

Parti cerdik kepale taik..........?

SUNDAY, SEPTEMBER 7, 2014

MUKTAMAT....WALAU DIPILIH ISTANA PAS AKAN MENOLAK

MAT SABU: PAS AKAN TOLAK JIKA DITAWAR MB S'GOR


PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.


Pade posting Tok yang lalu, Tok dah tersalah jangkaan kerane tersilap puji2 pemimpin2 PAS ni. Tapi sekarang Tok terpakse tarik balik se gale puji2 an dari Tok tu. Kali ni Tok terpakse pule kutuk kaw2 pemimpin2 PAS ni.

Tok terpakse kutuk bukan nye kerane ape pun cume care pemimpin2 PAS memper bodah2 kan ahli2 dan penyokong2 nye yang dah sememang nye bodoh -tapi bukan nye semue, masih ade juge sebilangan kecil yang dah pun nampak cerdek sedikit.

Sekarang Tok nak huraikan sedikit tentang kebodohan nye tu. "Pertame, name dari pemimpin PAS dikemuke kan kepade Baginda Sultan Selangor untuk di perkenan kan sebagai Menteri Besar. Tindakan ni dah kire betul le, sebab mematuhi titah Baginda Sultan.

Yang Tok katekan bodoh tu, pemimpin PAS ni akan TOLAK pekenan Baginda Sultan tu jikesekire nye calon dari PAS ni di persetujui oleh Baginda Sultan. Kalau dah tak mau calon dari PAS di lantik, tak perlu lah nama calon tu di kemuke kan kepade Banginda Sultan!

Cube tuan2/puan2 fikirkan, ditakdirkan Baginda memilih calon MB tu dari PAS dan PAS pule menolak nye pule, kan ke perbuatan ni se olah2 mempersendekan Duli Baginda Sultan!

Ahad, September 07, 2014

Kalau Tok kate bodoh tentu ade ramai yang marah.........

"Akhirnya PKR Akur Hantar 3 Nama Calon MB Selangor

Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya mengemukakan tiga nama ke dalam senarai yang dihantar ke Istana Selangor setelah buat kecoh seketika mempertahankan hanya mahukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memetik sumber BNBBC, dua nama lain ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad........"

......PKR pade mulenye nampak 'engkar' terhadap titah Baginda Sultan Selangor, ber mati2 an mahu hantar cume name Datuk Seri Dr. Wan Azizah seorang sahaje. Keputusan PKR ni telah mendapat sokongan dari rakan parti DAP.

Tetapi PAS nampak nye lebih cerdik dari PKR dan DAP ni, PAS lebih menghormati dan mematuhi titah Baginda Sultan. PAS telah mempersembahkan 3 nama calon seperti yang di kehendaki. Malang nye, perbuatan PAS yang menuruti titah Baginda Sultan telah di salah ertikan oleh PKR.

Perkare ni nampak nye telah menimbulkan berbagai masalah diantare PAS dan PKR -sehingga PAS sudah nampak 'berperang' sesame sendiri.

Sekarang dengan tibe2 pule PKR telah bersetuju untuk mengmukekan 3 orang calon. Persoalan nye, mengape bersetuju setelah berlaku keributan, terutame nye dikalangan pemimpin2 PAS....... Tok nak tanye sikit, sekarang siape kah yang sebenar nye nampak BODOH?

Jumaat, September 05, 2014

PAS telah laku kan perkara yang betul di Selangor


Pade pandangan Tok ape yang di lakukan oleh PAS ni memang tepat dan telah mematuhi segale kehendak perintah yang telah di titahkan oleh Baginda Sultan Selangor. Barang siape yang anggap perbuatan PAS ni tidak betul boleh di tafsir kan sebagai 'penderhake'.

Seperti yang diketahui, PKR hanye menghantar 1 nama calon sahaje dan ini boleh di anggap tidak mematuhi titah Baginda Sultan Selangor. Susah sangat ke nak mematuhi titah Baginda ni? Adekah PKR Selangor tidak punye calon yang layak selain dari Wan Azizah?

Bagi pehak DAP pule, memang le mereke tu tidak punye calon yang layak untuk di kemuke kan ke pade Baginda Sultan.

Selasa, September 02, 2014

PAS yang dah jadi semakin 'flip-flop'


Tok jadi tambah2 pelek dengan cara pimpinan PAS ni, dua orang pemimpin nye yang di atas ni nak di kenekan tindak atas sebab mempersetujui Wan Azizah di lantik sebagai Menteri Besar Selangor mengantikan tempat Datuk Khalid. Alasan nye sebab 'mendahului' tu aje.

Sekarang Tok ajak semue pembace untuk meninjau pule keratan berita yang di bawah ni. Persoalan nye, adekah Ketua Muslimat PAS ni udah mendapat persetujuan dari mane2 pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mengumumkan sokongan dari Muslimat PAS?

Tok masih ter tanye2 same ade pendirian PAS ni menyokong ataupun menolak Wan Azizah ni sebagai Menteri Besar Selangor. Yang nyokong dah pun nak di kenekan tindakan, tibe2 pule Ketua Muslimat nye pule menyarekan sokongan penuh terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor............


Jumaat, Ogos 29, 2014

Wan Azizah seperti 'puppet', 'remote control' Anwar dan DAP

Adam Abu Bakar |
 August 28, 2014

Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti.


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, selain menjadi Menteri Besar boneka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu juga terpaksa tunduk segala arahan suaminya, Anwar Ibrahim demi ‘survival’ politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar jelas mempunyai agenda tersirat yang jelas dan berbahaya kepada masa depan negara,” katanya dalam posting blognya www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

Jelasnya lagi, tindakan Anwar yang beriya-iya mahukan isterinya menjadi Menteri Besar adalah sudah tentu untuk menjadikan negeri terkaya ini sebagai ‘markas’ buat PKR dan DAP merancang gerak kerja bagi menguasai negara melalui kaedah yang jelas tidak berperaturan dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Sudah tentu Penasihat Umum PKR itu akan berkuasa di sebalik kerusi Menteri Besar dan berkongsi kuasa dengan DAP yang sebenarnya menjadi ketua pemerintah negeri itu. Bahkan, Wan Azizah tidak ubah seperti ‘puppet’ yang ‘remote controlnya’ dikawal oleh Anwar dan sekutunya iaitu DAP.

Ujarnya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang Menteri Besar yang tidak melakukan kesalahan didesak sebegitu rupa untuk meletakkan jawatan, ia hanya berlaku di Selangor, itupun atas desakan Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

“Perkara ini turut disokong oleh DAP yang jelas selama ini mengamalkan politik rasis dan perkauman yang sempit. DAP memang banyak mengetahui kelemahan Anwar, dan itu sebabnya parti ini dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka.

“Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti itu yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat jelata. Negara akan menjadi kucar kacir kalau amalan politik membelakangkan undang-undang ini tidak dicegah sejak dari awal lagi,’’ katanya.

Jelasnya, sememangnya PKR dan DAP mempunyai misi yang amat berbahaya dalam mempertahankan tindakan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bila mereka berjaya menguasai negeri ini bermakna mereka berjaya menguasai kekayaan negeri itu.

Beliau menambah, jika percaturan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar tercapai, sudah tentu dana ekonomi Selangor akan disalahguna dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya.

“Jika ini berlaku, ekonomi Selangor akan jatuh merudum dan kehidupan rakyat akan menjadi kucar kacir. Tidak mustahil pentadbiran negeri ini akan lebih menfokuskan kepada agenda politik pemimpin tertentu berbanding isu pembelaan dan kebajikan rakyat yang selama ini diberikan perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Mereka juga akan mengacau pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan istana. Mereka akan membuatkan rakyat Selangor menjadi resah gelisah serta Anwar yang bertindak sebagai penasihat Menteri Besar akan menggunakan wang rakyat untuk menjelajah luar negara untuk faedah dan kepentingan diri serta politik PKR,’’ tegasnya.

Ujarnya Syed Ali, seharusnya rakyat tidak diheret sama dalam percaturan politik sempit Anwar dan DAP . Sejak berlakunya ‘tarik tali’ di antara PKR, DAP dan PAS yang mahukan satu nama dihantar sebagai Menteri Besar, rakyat Selangor yang menerima padah kejahilan politik mereka yang jelas mengejar kuasa.

“Di sana sini kita dapat melihat kerisauan dan keresahan rakyat Selangor. Mereka mahu kemelut ini cepat-cepat diselesaikan dan agenda kebajikan rakyat didahulukan,’’ katanya.

Tambahnya lagi, cukup-cukuplah suatu ketika dahulu rakyat diheret pergi ke jalanan dalam kemelut politik negeri Perak. Beliau turut mengingatkan demonstrasi jalanan dan haram bukan budaya rakyat negara ini.

“Namun, budaya kotor dan cukup berbahaya ini cukup sinonim dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, mereka sanggup melakukan apa sahaja dakyah termasuk melanggar peraturan dan perlembagaan negara dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya yang sah,’’ katanya.

Tambahnya lagi, tindakan PKR dan DAP tetap berkeras hanya menamakan satu nama calon Menteri Besar walaupun sudah diperintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih dua nama jelas mengandungi muslihat.

“Kerana terlalu rakus mahu menguasai pentadbiran negeri Selangor sehingga Anwar dan DAP langsung tidak mempedulikan segala mesej Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar,’’ katanya.

Syed Ali turut membidas tindakan biadap PKR dan DAP yang engkar dengan arahan Sultan Selangor. Kedua-dua parti ini juga didakwa tidak menghomati undang-undang dan institusi istana yang menjadi payung kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menegaskan, segala perancangan dan agenda jahat Anwar perlu dibendung termasuk tidak melantik isterinya sebagai Menteri Besar.

Beliau khuatir jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar sudah tentu akan merombak apa sahaja MOU kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai air, Lebuhraya Kinrara–Damansara (Kidex) dan sebagainya sudah dirancang untuk faedah rakyat negeri ini.

Walau bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan PKR dan DAP akan mengheret rakyat dalam demonstrasi jalanan dan mencemuh institusi istana jika cita-cita besar mereka meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor tidak tercapai.

PAS yang sememang nye 'hampehhh'

PAS akan kemuka calon PKR jadi MB Selangor...Pelik Lah Dengan PAS Ni

"SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi......."

Pade mulenye mati2 Tok menjangke kan PAS akan mencadang kan calon dari parti nye seperti yang di titahkan oleh Baginda Sultan. Kan ke Baginda Sultan dah bertitah supaye tiap2 parti dalam Pakatan Rakyat tu supaye mempersembahkan name calon dari parti masing2 iaitu PAS, PKR dan DAP.

Pade pandangan Tok, nampak sesangat dungu nye pemimpin2 PAS ni, ade ke menyebuk dengan mencadangkan calon dari parti orang lain. Ade lebih nampak bijak jike berdiam diri sahaje jike tak mau mencalon kan calon dari PAS.

Nampak nye DAP tu lebih bijak dari PAS sebab nye tidak mencalon kan sesiape pun kecewali hanye menyokong cadang yang di usulkan oleh PKR iaitu Datuk Wan Azizah sahaje. Kedunguan PAS yang melampau ni sungguh memalukan ahli2 dan penyokong2.


Rabu, Ogos 27, 2014

KEADILAN dan DAP hanya kemuke nama Wan Azizah.......... PAS???

KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah


KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Selasa, Ogos 26, 2014

Sekarang Tok dah boleh bayangkan ape maksud Baginda Sultan mahukan lebih dari dua nama calun bagi Menteri Besar yang baru.

Khalid mohon letak jawatan, Sultan titah Pakatan kemuka nama


"SHAH ALAM 26 OGOS: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sehingga penggantinya ditentukan.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan, Khalid hari ini menghadap baginda bagi memohon perkenan untuk meletakkan jawatan.
Khalid menghadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan meletakkan jawatan. (Gambar Malaysiakini)

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru ditetapkan.

“Ini untuk mempastikan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur,” jelas kenyataan Datuk Mohamad Munir Bani.

Sehubungan itu, kata Munir, Sultan telah menitahkan agar KEADILAN, Pas dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru.........."

Tok peratikan care pemimpin2 Pakatan Rakyat ni berfikir sangat tajam, terutame nye pemimpin2 dari PAS. PAS dah awal2 lagi bercadang untuk kemukekan due name iaitu Wan Azizah dan Azmin. Malang nye cadangan PAS ni tidak di persetujui oleh PKR.

Tok pun hairan juge kenape PKR hanye mahu kemuke kan satu name sahaje iaitu Wan Azizah sahaje. Wan Azizah ni semue orang dah pun tahu bahawe die ni isteri kepade Anwar Ibrahim. Pade pendapat Tok ianye tak salah ape2 pun sebab nye Wan Azizah ni memang layak untuk menyandang jawatan Menteri Besar tu.

Kini Baginda Sultan bertitah mahukan dikemuka kan lebih dari due name calun untk jawatan MB tu. Nampak nye PKR dah jadi alah malu dengan PAS, sebab cara PAS buat tu dah memang betul tepat care nye. Sekarang mau tak mau terpakse lah kene kemukekan lebih dari due nama calun.

Agak nye setakat ni saje cukup lah Tok buat ulasan. Mari lah kite same tunggu apekah kesah selanjut nye.........

Isnin, Ogos 25, 2014

Anwar dah mule hilang sokongan.....................

Monday, August 25, 2014

PANAS..!!! Ceramah Burukkan MB Selangor Di Paya Jaras Semalam Juga Gagal.



Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim.

Admin mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir.

Tok perati semenjak due menjak ni nampak nye Anwar Ibrahim dah semakin dipinggirkan oleh penyokong2 nye. Andaian Tok ni cume berdasarkan kepade sambutan yang diberikan setiap kali Anwar Ibrahim berkempen tentang tajuk yang ade kaitan dengan Menteri Besar Datuk Khalid dan isteri nye yang bakal menjadi Menteri Besar.

Pade pandangan Tok, Anwar Ibrahim terlebih dahulu harus mengkaji same ade rakyat Selangor telah bersetuju dengan perbuatan nye 'melucutkan' jawatan Menteri Besar Datuk Khalid dan seterus nye melantik isteri nye sebagai pengganti.

Tok yakin majoriti rakyat Selangor terutame nye yang menyokong PR tidak setuju dengan perbuatan Anwar Ibrahim ni. Perbuatan nye 'membuang' keluar Datuk Khalid dari PKR juge telah mendatangkan kemarahan dari penyokong2 PKR tu sendiri.

Kini  ahli2 dan penyokong2 nye semakin ramai sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti itu. Sebenar nye mereke sudah bosan dan meluat terhadap pemimpin2 nye yang jelas tamak dan gile kuase.  

Ahad, Ogos 24, 2014

Parti Anwar Ibrahim yang dah semakin pudar dan lemah..............

Stadium tidak penuh, ahli protes Kongres PKR?


STADIUM TIDAK PENUH, AHLI PROTES KONGRES PKR?
SHAH ALAM – Ahli -ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai sengaja tidak hadir ke Kongres Keadilan 2014 kerana memprotes kepimpinan parti tersebut berhubung pemilihan yang baru sahaja selesai yang dikatakan tidak telus.
 Situasi itu jelas kelihatan apabila terdapat banyak ruang kosong dalam Stadium Malawati, Shah Alam, tempat di mana kongres itu diadakan sejak.
 Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mazli Saring ketika dihubungi mendakwa, bilangan ahli yang tidak ramai hadir pada kongres tersebut membuktikan PKR telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri.
 “Barisan kepimpinan PKR kena terima hakikat ahli-ahlinya mungkin memprotes kongres tersebut melalui kehadiran yang amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Dari dulu2 lagi Tok dah kate, parti PKR tajaan Anwar Ibrahim ni dah semakin tak laku lagi. Tok boleh katekan parti PKR ni cume "angat2 tahi ayam" aje. Tak lame lagi pasti ianye akan tumpo.

Kini Tok dah nampak banyak2 tande2 yang menunjukkan parti tu dah mule nazak. Cube kite perati kan semase pemilihan pucuk pimpinan di bahagian ranting2 nye -terlalu kecuh, bertumbuk dan baling2 kerusi tu dah menjadi perkare biase setiap kali mesyurat pemilihan parti itu.

Sebenar nye boleh lah di katekan hampir semue cabang dan ranting2 parti PKR ni dah tumpo, ianye akan hanye nampak 'hidup segan mati tak mau' semase dekat PRU/PRK atau pemilihan pucuk pimpinan sahaje. Tapi kawasan kediaman Tok di Sungai Tungku ni PKR ni dah lame pun tumpo terus tak idup2 lagi.

Krisi peningkiran dan melucutkan jawatan dan keahlian PKR Menteri Besar Selangor telah menambahkan lagi keadaan buruk parti PKR ni. Tambah2 buruk lagi apebile Anwar Ibrahim melantik isteri nye untuk mengantikan tempat MB yang di sandang oleh Datuk Khalid Ibrahim.

Keadaan kekecuhan Menteri Besar Selangor ni terlah menjadikan rakyat yang bijak berfikir jadi bertambah meluat pade parti PKR. Bukan sahaje rakyat yang meluat tapi hampir semue ahli2 dan penyokong2 parti itu juga sudah meluat terhadap pucuk pimpinan parti yang tamak dan gile kuase tu.

Selasa, Ogos 19, 2014

PAS pencacai PKR dan DAP Selangor.......?


Tok pun berase pelik juge ape bile Pakatan Rakyat bersetuju untuk menghantar kan seorang sahaje name calun untuk Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Wan Azizah menggantikan tempat Tan Seri Khalid. Yang Tok ketahui PAS dah pun bersetuju untuk menghantar due name calun  iaitu Wan Azizah dan Mohammad Azmin Ali.

Kalu lah begini gaye nye Tok nampak suare PAS dalam Pakatan Rakyat ni dah tak laku dan tak bolek pakai langsung. Pade pandangan Tok adelah lebih baik PAS ni jangan masuk campur langsung dalam hal pentadbiran negeri Selangor ni.

Tok peratikan sikap PKR dan DAP terhadap PAS di Selangor sangat dingin, cume nye PAS sahaje yang nampak ber lebih2 untuk membodek dan ambil hati PKR dan DAP tu. Memang Tok dah jangkekan bahawe PAS ni sedar diri nye tu hidup se mate2 bergantung kepade sokongan PKR dan DAP.

Tanpa dari sokongan dari PKR dan DAP siape lah PAS di negeri Selangor ni. PAS terpakse menjadi pencacai kepade PKR dan DAP untuk terus menyambung nyawe nye di Selangor.

Isnin, Ogos 18, 2014

Pakatan Rakyat Selangor yang Pelik bin Ajaib................


Hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor

PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyatkira-kira 45 minit di Subang.

Keputusan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu Azmin berkata, beliau menghargai keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencalonkan namanya, namun akur dengan keputusan PR mencalonkan Wan Azizah seperti dipersetujui dalam akuan bersumpah dan disertakan kepada pihak Istana.

Pade mule nye Tok dah mule puji2 pemimpin2 PAS ni -dah mule sikit nunjukkan ade akal, tapi sekarang Tok dah konferm anggap PAS ni dah kurang akal..........

Anggapan Tok ni cume berdasarkan fakta2 di bawah ni:-

i. Pade mulenye PAS ber mati2 an menyokong Menteri Besar Datuk Tan Seri Khalid dan menolak Datin Seri Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim.

ii. Kemedian bersetuju pule dengan cadangan supaye Wan Azizah mengantikan tempat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

iii. Mengenepikan keputusan Majlis Shyura ikut se suke hati aje seolah2 Majlis tu tidak punye kuase dan fungsi ape2 pun dalam PAS.

Pade pendangan Tok, pemimpin2 PAS ni tidak punyai pendirian yang tetap, kate orang mase ni -"Flip Flop" Tok pun kurang faham ape makne nye.

Paling malang bagi PAS apebile cadangan nye menamekan Azmin sebagai calun Menteri Besar Selangor telah 'ditolak' bulat2 oleh Pakatan Rakyat(PKR&DAP). Ini telah memberikan gambaran bahawe PAS tidak ade suare atau kuase dalam Pakatan Rakyat.

Tok anggap PAS ni cume menjadi pencacai sahaje di dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Tok kene puji PAS.........


Walau pun Tok bukan penyokong PAS dari dulu, kini dan se lame2 nye, tapi Tok sekali sekale terpakse kene puji jige sikap bijak yang di tunjukkan oleh pemimpin2 PAS.

Kali ni Tok peratikan care bijak pemimpin2 PAS ni bermain politik, mule2 die tunjuk bijak dengan menyokong MB Datuk Khalid dan menolak YB Datuk Seri Wan Azizah. Malang nye, sokongan PAS terhadap Datuk Khalid pendek umor. PAS terpakse ketepikan keputusan nye menyokong Datuk Khalid kerane menerime amaran keras dari DAP.

Rupe2 nye takut juge PAS same itu DAP! Kesian Datuk Khalid. "Ku sangke panas sampai ke petang, rupenye hijan di tengah hari."

'Kembang jubo' Anwar! Ape tidak nye, dah berjaye mendapat restu PAS. Tapi, macam Tok dah kate tadi, PAS ni sememang nye bijak orang nye. Ape idak nye, die antou due name calun - Wan Azizah dan Azmin!

Tok rase terkuncup kembali jubo Anwar apebile PAS mencadangkan juge YB Azmin. Tok rase setakat ni cukup le beri komen, nanti takut ade pule yang akan marah2 kan Tok.

Walau bagaimane pun mari lah kite same2 tunggu di atas kebijaksanean Baginda Sultan untuk memilih siape yang baginda berkenan..........

Sabtu, Mei 11, 2013

PAS - cerdek buah peliyooo.........

Sekali lagi PAS di perlekehkan oleh rakan kongsi DAP dan PKR. Kalu dalam posting atuk yang baru lepeh tok dah ceritekan tentang PAS di P Pinang. Sekarang atuk nak berkesah pule tentang PAS di negeri Selangor.

PAS di negeri Selangor ni nampak nye lebih banyak kerusi DUN nye dari di P Pinang. Ianye boleh di katekan lebih tinggi dari PKR dan same setanding dengan DAP. Boleh di katekan hampir semue kemenangan PAS ni di bantu oleh penyokong2 DAP dan PKR.

Seperti macam di P Pinang juge sekali lagi PAS di rundung malang. Sepatut nye PAS akan mendapat habuan yang lebih dari DAP dan PKR berdasarkan kelebihan kerusi yang di miliki nye. PAS sepatutnye menerime habuan jawatan Menteri Besar Selangor.

Tapi sebelum PAS terkentut, bau nye dah pun tersebar. Yang mule2 melenting ialah wanita besi PKR yang bergelar mak lampir. Make dengan ini terbantut lah harapan PAS untuk menyandang jawatan yang paling penting tu. PAS ber tambah2 malang nye apebile DAP juge telah memberi lampu hijau kepade calon PKR untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Begitu lah kesah nye tentang kecerdikan PAS memilih DAP dan PKR sebagai rakan kongsi nye dalam politik. Cube bayang kanjike perkare yang same berlaku di peringkat negare ape akan jadi kepade nasib PAS. Di sini tok anggap pemimpin2 PAS ceredik buah peliyo aje - batang sedap masuk ke dalam die ter konteng2 tergayut kat luwo!