Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, Disember 31, 2011

DAP menghancurkan kuasa politik melayu/Islam


Sokongan orang melayu terhadap PAS sudah semakin bertambah lemah. Pada PRU12 PAS mendapat kemenangan dengan 1,352 majoriti, tetapi pada PRK kali ini PAS cuma mendapat 65 majoritinya.

Ini telah berlaku di negeri Kelantan sendiri, tempat kubu kuan PAS. Kalau ditinjau dinegeri2 lain terutamanya di negeri Perak sokongan orang melayu terhadap PAS sudah hampir tiada lagi.

Orang melayu sudah sedar bahawa PAS bukan parti islam yang sebenarnya. PAS sudah tinggalkan perjuangan islam nya. Ini kerana mahu ambil hati dan sokongan dari DAP. Sebab DAP adalah sebuah parti yang sangat anti islam.

Orang melayu juga sudah sedar akan bahaya kehilangan kuasa politiknya. Orang Melayu lebih suka dengan kerajaan perpaduan yang akan menyatupadu kan kaum melayu.

Jika melayu bersatupadu makan kuasa politiknya menjadi kuat dan melayu tidak boleh dipermainkan oleh bangsa lain seperti yang telah berlaku hari ini.

Melayu sedang dipermainkan oleh kaun cina kerana perpecahan kuasa politiknya.

Kedatangan Lee Kuan Yew berjumpa dengan pemimpin2 Pakatan Rakyat juga telah membuat orang melayu tidak suka dengan PAS. Orang melayu tahu bahawa DAP ada hubung kait dengan PAP Singapura.

Tujuan sebenar DAP menyokong PAS se mata2 bertujuan jahat untuk memecahkan kuasa politik orang melayu. Jika kuasa politik melayu sudah pecah makan orang melayu akan tunduk dan terpaksa ikut kehendak DAP.

Lee Kuan Yew telah berjaya memecahkan kuasa politik melayu Singapura. Hingga hari ini melayu sudah hilang kuasa politik nya.

Mahukah orang melayu Malaysia kehilangan kuasa politiknya? Jika mahu, bantu DAP, bantu PAS dan PKR.

Count down - 9 Jan 2013

Penyokong2 DSAI semakin gelisah menunggu tarikh keramat 9hb Jan 2013. Tarikh keramat ini akan menentukan masa depan PR. Tarikh PRU13 akan di umumkan pada bila2 masa sahaja. BN sudah bersiap sedia untukmenghadapi PRU12 dengan penuh keyakinan.

Kempen2 dan ceramah2 PR pasti akan jadi hambar tanpa kehadiran DSAI. PKR ibarat kapal yang tiada nahoda, terumbang ambing di lautan yang bergelora. Kini sudah banyak ranting2 PKR yang mati meragan. Salah satu ranting yang dah mati dan reput dengan cara kebetulan terletak di kampung Tok Gajah.

Ranting PKR ini sebenarnya sudah mati dan reput selepas 'puppet ruler' PAS jatuh tersungkur. Semenjak itu hampir semua ranting2 PKR di negeri Perak patah terkulai layu. Mesyuarat2 perwakilan di adakan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tiada sebarang aktiviti di ada kan untuk menambah kan ahli2 nya sedangkan semakin ramai ahli2 nya yang telah keluar.

Tok ada dengar rungutan dari ketua ranting di kawasan Tok, kata nya ceramah di anjurkan bersama PAS dan penceramah nya DSAI, ramai juga yang hadir dan hampir dua tiga ribu RM wang derma di kutip. Malang nya satu sen pun tidak pernah terlepas ketangan PKR.

Sebenarnya bilangan ahli PKR dari kaum melayu boleh di bilang dengan jari. Oleh kerana mereka ini semuanya berasal dari keturunan UMNO tulen maka mereka sudah pun kembali ketempat asal nya iaitu UMNO. Kini PKR cuma tinggal bergamtung haraf kepada sokongan dari ahli2 PAS dan DAP sahaja untuk hidup.

Jika keputusan perbicaraan kes liwat DSAI tidak menyebelahi nya, makan berakhir lah riwayat PKR untuk se lama2 nya. 

Khamis, Disember 29, 2011

PAS dan PKR pengkhianat melayu/Islam

Tok biasa juga pernah dengar ceramah oleh Anwar Ibrahim. Beliau memang seorang yang bijak berpidato, berupaya memukau pendengar2 nya selama ber jam2. Pendengar sedikit pun tidak bosan dan jemu mendengar nya.

Sebenar nya tema ucapan nya hampir sama saja di mana2 beliau berucap - mengutuk kerajaan yang sedang memerintah. Beliau mungkin terlupa semasa berada dalam BN dulu - Kerajaan BN semua nya baik, PAS dan DAP jahat, suka kacau, menghasut dan buat fitnah sahaja.

Walaupun ada masih ramai yang sokong Anwar, tetapi ianya tidak lah sehebat semasa beliau mula2 di pecat dari UMNO dulu. Pada masa tu memang ramai yang sanggup berkorban apa saja untuk Anwar. Hari ini semakin ramai yang sudah angkat kaki tinggal kan perjuangan Anwar.

PKR akan kembali seperti asal nya sebelum PRU 12. 1 kerusi Parlimen sahaja - atau mungkin tiada kerusi langsung pada PRU13 akan datang. Apabila ramai ketua2 panglima PKR keluar makan ramai lah askar2 nya yang ikut keluar.

PKR akan menerima nasib malang seperti Parti Semangat 46 yang telah di bubarkan oleh Ku Li tidak lama dulu. Kini tinggal berapa kerat saja lagi orang melayu yang menyokong PKR. Ceramah2 yang di adakan oleh PKR hanya akan mendapat sedikit sambutan jika di adakan bersama PAS.

Tanpa sokongan dari PAS, PKR sudah lama berkubur tidak bertanda. PKR nazak dan PAS tinggal nyawa2 ikan.

Sabtu, Disember 24, 2011

PAS boleh ganti UMNIO, jika ada ramai pemimpin macam Hasan Ali dalam PAS

Salah satu slogan PAS yang popular ialah : "PAS ganti UMNO". Tok setuju dengan cadangan baik dari PAS ini, malang nya jika PAS masih di pimpin oleh pemimpin2 yang sudah lapuk seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan rakan2 nya pasti negara akan di timpa bale.

Pemimpin2 PAS yang ada sekarang semuanya berfikiran jumud dan sudah lapuk ketinggalan zaman. Perjuangan PAS juga tidak pernah konsisten sentiasa berubah mengikut selera sahaja. Pada permulaan nya PAS memperjuangkan Islam secara tulin. Kaum kafir tidak boleh dijadikan sahabat, UMNO mereka anggap kafir kerana bersahabat dengan MCA dan MIC.

Yang pelik nya sekarang mereka boleh pula bersahabat dengan DAP dan PKR sedang kan DAP adalah parti orang kafir yang tulin. Paling buruk sifat pemimpin2 PAS ialah tentang permusuhan politik nya dengan kaum se agama dan se bangsa iaitu MELAYU/ISLAM dalam UMNO. Anggapan PAS bahawa DAP itu lebih suci dari UMNO telah membuat orang2 melayu meluat dengan PAS.

Hari ini sudah ramai pemimpin PAS sedar tentang kesilapan yang di laku kan oleh PAS, malang nya kerana terikat dengan sumpah 'BaiAh', tidak seorang pun yang berani keluar parti seperti yang telah berlaku dalam PKR. Walaupun demikian, ada juga yang berani tampil kehadapan memberi isyarat lampu merah kepada PAS, beliau tidak lain tidak bukan ialah Dato Hassan Ali.

Keberanian dan sifat kerbukaan Hasan Ali tidak oleh disangkal lagi. Beliau berani menyatakan perkara2 yang benar secara jujur dan ikhlas. Malang nya pemimpin2 PAS yang jumud dan ketinggalan zaman terlah tampil mengutuk beliau tetapi tidak berani memecat atau menggantung ke ahlian nya. Persoalan nya, mengapa PAS tidak berani ambil tindakan terhadap Dato Hasan Ali?

Perkara utama PAS tidak berani ambil tindakan ialah ketakutan PAS akan lebih ramai lagi 'Hasan Ali' akan muncul. Dato Hasan Ali patut di puji kerana keberani nya memberi gambaran tentang PAS yang sebenarnya. PAS harus berani pula menerima kebenaran walaupun ianya sepahit jadam.

Jika semua pemimpin2 PAS yang ada ini berfikiran seperti Dato Hasan ketika itu lah "PAS boleh ganti UMNO". Jika tidak, ianya cuma tinggal slogan kosong sahaja.

Khamis, Disember 22, 2011

DI TELAN MATI BINI, DI LUAH MATI ANAK ~~~~~~~~~~~~~~

Dato Hasan Ali terus menyerang PAS melalui media pro kerajaan. Walaupun beliau di pehak pembangkang beliau mendapat peluang mempromosikan diri nya melaluai media yang pro kerajaan. Tidak disangkal lagi tentang kehebatan semangat beliau untuk membela nasib melayu/Islam.

Dato Hasan menyedari bahawa perjuangan Pas tentang Islam sudah jadi samar2 dan semakin pudar. Tidak ada lagi agenda perjuangan Islam dalam PAS. Beliau telah memberi massage yang jelas kepada pemimpin2 PAS tentang ketidak sesuaian nya lagi berada dalam PAS.

Sikap Dato Mahfuz yang mengkritik beliau telah memburukan lagi keadaan krisis yang melanda PAS. Sebenarnya pintu perbincangan antara pemimpin2 PAS dan Dato Hasan sudah lama tertutup rapat. Dato Hasan memang sudah bersedia dan nekad untuk di jatuhkan hukuman 'buang' seumur hidup dari PAS. 

Malang nya, tiada sesiapa pun di antara pemimpin2 atasan PAS yang berani mengambil tindakan yang drastik terhadap Dato Hasan. Beliau akan terus menjadi duri dalam daging PAS. Di telan mati bini, di buang mati anak. Itulah pepatah yang paling sesuai kita berikan kepada PAS.

Berjuang untuk lepaskan sumpah "bai'ah" ..................

Dato Hasan Ali sedar bahawa perjuangan PAS sudah tersasar jauh, DAP dan PKR bukan rakan kongsi PAS yang sesuai. DAP dan PKR lebih banyak mendatangkan keburuk kan terhadap PAS. PAS sudah tercemar kerana kehadiran DAP dan PKR.

DAP tidak pernah menyetujui perjuangan PAS untuk menegak kan negara Islam dan menjalankan pemerintahan mengikut undang2 Islam sepenuhnya. Apa yang di suarakan oleh pemimpin DAP hanya penentangan se mata2 terhadap perjuangan Islam PAS.

Akhirnya, Tuan Guru Nik Aziz dan rakan2 nya terpaksa tunduk dan akur kepada kehendak DAP dan gugurkan perjuangan Negara Islam nya. Kini ia digantikan dengan Negara Kebajikan pula. Dato Hasan Ali dan pemimpin2 atasan lain termasuk Tuan Guru juga sedar bahawa penyokong2 PAS kecewa dan tidak puas hati terhadap perjuangan PAS.

Tindakan Dato Hasan Ali 'bersuara' melawan arus ini se mata2 untuk memberi kesedaran kepada pemimpin PAS. Malang nya Dato Hasan Ali telah 'dipalu' ber tubi2 oleh pemimpin PAS. Dato Hasan Ali sebenarnya sudah bosan dengan pemimpin2 PAS yang sukar menerima teguran dan tunjuk ajar.

Jika tidak kerana 'sumpah bai'ah' pasti sudah lama beliau keluar tinggalkan PAS. Kini beliau hanya tunggu masa untuk di pecat. Persoalan nya, sanggup kah PAS memecat Dato Hasan Ali? Jawapan nya mudah saja : TIDAK. Dato Hasan Ali akan terus berada dalam PAS dengan keadaan yang sentiasa di tekan dan di hentam.

Selasa, Disember 20, 2011

Melayu/Islam sudah memahami PAS

Perjuangan PAS hanya untuk Islam, tidak kira apa juga bangsa nya asalkan ianya Islam. Cita2 PAS untuk menegak kan negara Islam dan melaksanakan hukum2 Islam sepenuhnya. Itu lah tujuan asal nya ia mula2 di tubuhkan.

Malang nya, setelah hampir lebih 60 tahun ianya ujud, hanya segelintir sahaja orang2 melayu yang beragama Islam tampil menyokong parti itu. Setiap kali PRU di adakan PAS cuma dapat menawan tidak sampai 30 kerusi parlimen.Pada PRU 13 yang lepas PAS cuma meraih 23 kerusi parlimen sahaja.

Jika di bandingkan dengan DAP dan PKR yang masing2 memperolehi 28 dan 31 kerusi, PAS boleh di anggap sebagai parti manoriti sahaja. Kemenangan 23 kerusi itu pun di menangi nya dengan bantuan dari penyokong2 DAP dan PKR. Jika harafkan dari penyokong melayu/Islam mungkin PAS cuma dapat tidak lebih 10 kerusi sahaja. Mungkin PRU 13 akan datang PAS akan kehilangan semua kerusi nya.

Kini PAS sudah reform secara total, negara Islam dan undang2 Islam bukan lagi perjuangan utamanya. PAS sudah hilang arah pandu nya semenjak mendapat sokongan dari DAP. Arah tuju PAS sudah berpusing mengikut arah haluan yang di pandu oleh DAP.

Orang melayu/Islam telah menyedari nya pada ketika PAS membuat MOU bersama DAP dan PKR. Di saat ini lah melayu/Islam mula hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Dua faktor yang telah menyebabkan PAS dapat sedikit lebih sokongan pada PRU12 yang lepas.

Faktor pertama, sokongan dari DAP yang semua orang tahu sebab musabab mengapa DAP sokong PAS. Faktor kedua mendapat undi dari penyokong2 PKR. Hari ini sudah terlalu ramai penyokong2 PKR yang berasal dari UMNO telah kembali semula kepangkuan UMNO.

Harapan PAS sangat tipis pada PRU 13 akan datang kerana kehilangan sokongan dari kaum melayu/Islam. PAS cuma berharaf untuk meraih undi di kawasan majoriti melayu/Islam sahaja, sedangkan di kawasa majoriti bukan melayu sudah di kuasai sepenuh nya oleh DAP dan PKR.

Masa depan PAS semakin gelap setelah bersengkokol dengan DAP dan PKR. Ramai pemimpin2 PKR sudah awal2 lagi keluar parti kerana dapat menghidu niat jahat DAP menyokong PAS dan PKR. Orang2 melayu/Islam harus sedar dan segera tinggalkan PAS yang sudah terpesong.

Bendung segera sebelum kudis jadi menjadi tokak...............................

Insiden penurunan bendera potret PM Malaysia adalah satu perbuatan 'nakal' yang sangat serious. Walaupun ianya nampak kecil dan ringan tetapi tindakan ini boleh menyemarak kan api kebencian terhadap pemimpin2 negara. Tindakan yang tegas dan adil perlu di buat dengan segera.

Mahasisua adalah terdiri dari anak2 muda yang masih berfikiran mentah walaupun punyai 'pelajaran tinggi'. Cara mereka berfikir dan bertindak tidak sama dengan manusia yang sudah dewasa dan matang dalam segala2 nya. Mereka bertindak ikut perasaan dan dorongan dari sesuatu pehak.

Boleh juga di andaikan mereka sedang di pergunakan oleh pehak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keamanan negara. Pehak2 yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk memporak perandakan keamanan negara.

Mahasiswa2 ini tahu bahawa segala masalah boleh di selesaikan melalui perundingan. Apa perlunya mengambil tindakan yang kurang bijak ini. Sebalik nya image mahasiswa juga boleh tercalar kerana tindakan ini. Selain dari itu mahasiswa yang terlibat secara langsung boleh juga di ambil tindakan.

Ibu bapa kepadamahasiswa juga patut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak2 mereka supaya menumpukan pembelajaran nya dengan sepenuhnya. Bukan nya turun ke jalan2 buat demo dan kerja2 yang menyalahi undang2.

Isnin, Disember 19, 2011

Siapa ajar anak2 muda kita biadap?

Biadap dan sungguh korang sopan perbuatan anak2 muda kita ini, mereka sanggup menurunkan panji2 agung pemimpin2 negara kita iatu PM Malaysia yang sedang berkuasa dengan mandat rakyaat. Jika anak2 kecil yang buat demikian kita boleh anggap anak2 itu masih belum cukup akal dan budak2.

Sepatutnya anak2 muda ini sudah dewasa dan matang akal fikiran nya. Mereka harus menjadi contoh yang terbaik kepada anak2 yang di bawahan nya. Kalau tok tak silap yang berani turunkan bendera tu adalah penuntut dari UPSI. Kebiasaan nya penuntut2 dari sini adalah bakal menjadi pendidik kepada anak2 sekolah.

Malang sungguh bagi negara yang punya pendidik yang bersipak 'nakal'. Tok kata demikian kerana perbuatan menurunkan bendera tanpa sebab (mungkin kemarahan) adalah satu perbuatan nakal. Perbuatan ini juga boleh di kategori perbuatan nakal (vedelisem). Ada akta yang boleh di kena kan terhadap perbuatan ini.

Tok rasa kesian bila fikirkan nasib masa depan pelajar ini. Kata kan lah ibu bapa nya bukan dari gulungan orang berada dan mengharafkan anak2 boleh membantu nya, ini boleh di anggap tragedi bagi keluarga ini. Sepatut nya pelajar ini fikir habis2 dulu sebelum melaku kan apa2 yang membuat ada orang tidak suka dan marah.

Cuba fikirkan bukan nya mudah untuk mendapat tempat belajar di mana2 pusat pengagian tinggi. Persaingan sangat tinggi, yang berjaya itu boleh lah di anggap bertuah. Sekarang tuah itu sudah di tolak. Bersedia lah untuk menghadapi masa hadapan yang sukar. Terlajak kereta boleh di undur, terlajak perbuatan terima lah padah nya.

Selasa, Disember 13, 2011

DSAI di penghujung jalan.........................

Keputusan perbicaraan DSAI semakin tiba, jelas dan nyata kehibaan sedang menyelubungi wajah pejuang2 dan pencacai2 PKR. Keputusan 'mahkamah rakyat' sudah pun lama di umumkan - Anwar Ibrahim di dapati bersalah .............

Kini kita hanya tinggal menunggu keputusan mahkamah yang sebenar ya. Berdasarkan kepada hujah2 penggulungan terakhir perbicaraan, kita dah boleh agak2 sedikit tentang keputusan yang akan menimpa DSAI.

Kemana hala tuju PKR tanpa pimpinan DSAI? Akhir2 ini kedudukan PKR sudah berada di tahap 'lampu kuning', terlalu ramai pemimpin2 atasan nya sudah keluar tinggalkan parti itu. Penghijrahan ber ramai2 pemimpin PKR ini telah memberi gambaran buruk tentang PKR.

PKR bukan lagi dianggap sebagai pengancam kepada kerajaan BN, begitu juga dengan PAS dan DAP. Pakatan Rakyat sudah layu dan hampir kering, kaum melayu sedar tentang niat jahat DAP yang bersekutu dengan nya. PR sudah jadi musuh nombor 1 kepada kaum melayu yang sedar dan mahukan negara ini terus aman dan makmur.

PKR tajaan DSAI hampir sama dengan Semangat 46 yang sudah berkubur. Parti orang kecewa ini tidak boleh kekal bertahan lama. Ia ujud sebagai penacau ketenteraman parti pemerintah sahaja. PKR ujud sebagai petualang yang memecah belah kan perpadua kaum melayu. DSAI harus di rehatkan agar kaum melayu dapat bersatu semula.

Isnin, Disember 12, 2011

Berpantang Undur Sebelum Ajal ..............

Tuan Guru Nik Aziz pasti tidak akan berundur sebelum ia berjaya memusnahkan UMNO - itu lah hajat dan niat di hati Tuan Guru. Tuan Guru ini sanggup lakukan apa saja asalkan UMNO musnah. Bersahabat dengan DAP dan PKR perkara biasa malahan dengan syaitan pun beliau sanggup bersahabat asalkan UMNO musnah.

Suatu ketika dulu, boleh dikatakan setiap hari siang dan malam ada saja sembahyang hajat di lakukan oleh PAS. Sembahyang ini hanya untuk memusnahkan UMNO dan memohon kejayaan terhadap parti mereka. Nampak nya UMNO semakin bertambah kukuh dan sebalik nya PAS semakin bercelaru.

Perjuangan Tuan Guru terhadap PAS memang hebat hinggakan beliau sanggut menunggu kejayaan nya hingga keakhir hayat. Ramai pejuang2 Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayat seperti Sadam Hussin, Muamar Khadafi dan lain2 lagi. Mereka berhenti berjuang apabila mati.

Mungkin Tuan Guru ini juga berhajat untuk mati dalam perjuangan (secara aman), Jadi tak payah lah sesiapa dalam PAS berharaf untuk gantikan tempatnya selagi dia masih hidup.

UMNO parti yang mendapat rahmat dari Allah, UMNO sentiasa terlindung dari segala bencana niat buruk dan jahat dari lawan2 nya. Itu lah yang menyebabkan UMNO boleh bertahan lebih 60 tahun. Apa cara juga yang dilakukan oleh musuh2 UMNO untuk menghancurkan UMNO tetapi ianya akan tetapi tidak berjaya.

Mari lah kita sama2 menghadapi PRU 13 dengan tenang hati, bersabar dan berdoa agar terlindung dari segala bencana yang akan di timbulkan oleh parti2 lawan terutama nya PAS.

60 tahun PAS masih menunggu-nunggu..........................

Benarkah PAS parti Islam? Jika benar, mengapa setelah lebih 60 tahun ianya masih tidak diterima oleh kaum Islam. 60 tahun lebih PAS menagih sokongan dari kaum yang beragama Islam. 12 PRU sudah berlalu PAS masih tidak diterima oleh Islam. Mengapa?

PAS tidak seburuk DAP tetapi DAP sudah di terima oleh kaum cina. Mengapa PAS yang berteraskan Islam itu tidak di terima oleh kaum melayu yang beragama Islam? Jawapan yang paling mudah ialah kaum melayu/Islam tidak yakin terhadap pemimpin2 parti PAS yang sentiasa berubah angin.

PAS tidak seperti UMNO yang tegas dan ber sungguh2 membela dan memperjuangkan nasib melayu/Islam. UMNO telah banyak bukti dan hasil dari perjuangan nya terhadap melayu/Islam. Sedangkan PAS cuma lebih banyak bercakap memfitnah dan menghasut sahaja.

Setiap kali kekalahan dalam PRU, PAS akan melempar kan tuduhan2 liar seperti penipuan dan ketidak telusan di pehak SPR dan kerajaan BN. PAS tidak pernah mahu mengaku bahawa kekalahan mereka se mata2 kerana kelemahan gentera parti itu. Mereka gagal mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Sebenar nya PAS tidak ada apa2 hasil kejayaan nya dalam ertikata membela dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Mereka cuma pandai cakap kosong saja, hasil tarak! Rakyat yang bijaksana dapat menilai sama ada PAS atau UMNO yang telah berjaya memperjuangkan nasib melayu/Islam

Sabtu, Disember 10, 2011

Nik Aziz kena 'penampar' DAP ....................

Berdesing telinga Nik Aziz apabila terdengan hasrat DAP kemuka kan calun nya dari orang melayu/Islam. Ape salahkah DAP letak kan calun nya yang berbangsa melayu dan beragama Islam? Sebenar nya DAP sudah lama dulu letak kan calun melayu/Islam di kawasa DUN Pasir Berdamar, Teluk Intan, Perak.

Calun tersebut bernama Fazlan b Yahya. Pasir Berdamar kawasa majoriti kaum cina. Lawan nya dari MCA berbangsa cina. Fazlan menang dengan majoriti besar mengalahkan calun MCA. Seharusnya PAS terima baik jika DAP ada calun dari kaum melayu yang beragama islam.

Sekarang kita cuba sedikit renungkan kembali peristiwa malang negeri Perak pada PRU12 yang lepas. Kita terselamat dari bencana pemerintahan DAP kerana kesilapan DAP tidak letak kan calun nya dari orang melayu yang beragama islam.

Jika sekiranya DAP meletak kan seorang nya dari orang melayu yang beragama islam pasti PAS berputih mata untuk mendapat jawatan MB Perak. PRU13 akan datang DAP tidak akan buat kesilapan lagi, DAP akan meletak kan se kurang2 nya dua atau tiga orang calun nya dari kalangan pak lebai atau ustaz.

PAS jangan ber angan2 untuk jawatan MB jika Perak jatuh ketangan PR. Sebaliknya kaum melayu/Islam di negeri Perak harus sedar jahat DAP untuk menguasai negeri Perak. Sebenarnya Pemimpin2 PAS sedar tindak tanduk DAP untuk menjahanam kan melayu/Islam.

Malang nya pemimpin2 PAS ini semua nya busuk hati dan dengki terhadap kejayaan UMNO membela agama, bangsa dan negara. Dengki firasat dan busuk hati PAS harus kita tentang dengan sedaya upaya supaya negara kita terselamat dari pimpinan DAP yang anti melayu/islam.

Jauhi PAS yang bersengkokol dengan DAP. Jika PAS terhapus dengan sendirinya DAP akan jadi lemah dan hilang kuasanya.

Jumaat, Disember 09, 2011

NFC boleh selesai jika Shahrizat berundur?

NFC boleh dikatakan satu tragedi UMNO yang rumit untuk di selesaikan. Pokok pangkalnya buka kerana 'kegagalan' projek itu, tetapi ianya lebih condong kepada persoalan mengapa ianya milik suami Shahrizat. Jika projek ini di miliki oleh syarikat yang tiada kaitan dengan mana2 menteri, maka ianya tidak sesensai sebegini rupa.

Tuduhan berat dari pembangkang yang akan jadi modal besar kempen mereka ialah ujud rangkaian pertalian pehak2 yang meleluskan projek ini kepada suami Shahrizat. Ianya bermula dengan mantan PM, menteri kewangan, menteri pertanian dan lain2 lagi. Semua pehak yang berkaitan ini mesti di bersihkan dahulu sebelum apa2 tindakan di ambil terhadap Shahrizat.

Jika Shahrizat di ambil 'tindakan' bermakna UMNO sudah mengaku bersalah. Jika perkara ini dinafikan tanpa sebarang alasan yang kukuh dan logik UMNO akan menerima padah. Paling2 buruk jika perkara ini terus di diamkan sahaja dan tunggu sehingga ianya sejuk dan terus membeku.

Langkan kurang bijak menteri2 yang berkenaan meluluskan projek ini kepada suami Shahrizat yang telah menyebabkan ledakan 'time-bomb' yang menimpa UMNO. Semua menteri2 yang berkenaan harus bertanggung jawab dan bukan nya Shahrizat seorang sahaja.

UMNO P Pinang jangan keterlaluan ~~~

Tindakan UMNO P Pinang menghadiah kan 'tahi' adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Jika juak2 UMNO ini berasa tidak puas hati tentang pemerintahan DAP P Pinang, ada banyak lagi perkara lain yang boleh di lakukan.

Sepatutnya juak2 UMNO ini berkerja keras memajukan dan mengukuh kan perjuangan UMNO di P Pinang - bukan nya bermain dengan 'tahi'. Perbuatan ini sangat memalukan UMNO. Bayangkan pula bagaimana perasaan pekerja2 melayu/islam yang terpaksa menyambut hadiah 'tahi' itu.

Manusia jijik sahaja yang berfikiran jijik dan membuat kerja2 jijik. Dari kaca mata kaum bukan melayu/islam perbuatan ini sangat jijik - jijik kepada yang melakukan nya. Dengan secara langsung image UMNO jadi jijik. Harapan UMNO untuk menawan kembali P Pinang tinggal angan2 kosong sahaja.

Tok sangat sayang UMNO - jangan kotorkan UMNO dengan perbuatan yang nampak kotor ini. Sebab setitik nila rosak susu sebelanga.

Khamis, Disember 08, 2011

BN akan terus berkuasa selepas PRU13 walaupun dengan kelebihan 1 kerusi~~~

BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13. Belum sampai masanya PR berkuasa untuk menjatuhkan BN. Sokongan rakyat terhadap BN masih utuh dan kukuh jika dibandingkan dengan PR. Boleh dikatakan hampir semua rakyat yang layak mengundi berpendidikan dan dapat memahami keadaan negara di bawah kuasa pimpinan BN.

Kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan negara dapat di rasai oleh semua kaum. Semua ini berkat dari kegigihan dan kejujuran pemimpin2 BN menerajui pemerintahan negara. Lambakan pendatang2 sama ada sah atau haram kenegara ini telah membukti kejayaan pemimpin BN dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan negara2 jiran seperti Indonesia, Thailand, Myanmar dan lain2 negara di tenggara Asia.

Tiada siapa boleh menafikan kejayaan pemimpin BN dalam memajukan Malaysia. Semua rakyat hidup aman dan makmur. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil rakyat yang masih hidup dibawah aras kemiskinan, ianya adalah perkara biasa. Negara yang termaju di dunia seperti Amerika dan Europa pun masih ada ramai rakyat nya yang miskin.

Pemimpin2 dan pencacai2 PR yang sentiasa mencari keburukan pemimpin dan negara Malaysia adalah tergulung dari manusia yang dengki dan busuk hati. Sebenarnya mereka juga hidup mewah dan ada juga yang kaya raya. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk mereka mem buruk2 kan pemimpin2 BN dan negara.

PR yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR sentiasa berniat jahat dan dendam yang tidak berkesudahan. Niat buruk untuk menjatuhkan pemimpin2 BN dan ambil aleh kuasa memerintah negara tidak akan berhasil. Rakyat tahu dan sedar siapa yang telah berjasa memajukan negara sehingga rakyat nya boleh hidup aman dan makmur.

Boleh kah barang sesiapa sebutkan apa jasa DAP, PAS dan PKR terhadap kemajuan negara, agama dan bangsa? Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa PR belum berpeluang memerintah negara, jika diberi peluang mungkin PR boleh mentadbir negara lebih baik dari BN.

Alasan itu cuma andaian dan khayalan dari pemimpin2 dan pencacai2 PR sahaja. Mana boleh mereka mentadbir negara lebih baik dari pemimpin2 BN sedangkan mereka sedikit pun tiada pengalaman dalam bidang pemerintahan negara. Negara pasti hancur jika PR dibenarkan memerintah nya.

Walauapa cacaian dan tohmah yang mereka lemparkan, BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13 akan datang walaupun dengan kelebihan 1 kerusi.

Jumaat, Disember 02, 2011

Buruk sangat kah UMNO memerintah selama lebih 50 tahun?

Kaum melayu harus sedar bahawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati hari ini semuanya dari hasil kejayaan pemerintahan negara yang di terajui oleh UMNO. Tok pernah melalui hidup di zaman sebelum merdeka, inilah yang membolehkan tok membuat perbandingan hidup antara zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Di sini tok hendak ceritakan sedikit tentang kehidupan orang kampung dizaman sebelum merdeka. Pada tahun 50han tok tinggal  di sebuah kampung di daerah Bagan Datoh, Perak. Pada ketika itu semua kampung di daerah ini tiada bekalan air dan letrik, jalan kampung becak ketika musin hujan.

Tok berbasikal kesekolah kira2 empat batu jauhnya. Tok adalah murid dari kumpulan pertama sekolah itu mula di buka pada tahun 1953. Sekolah ini ialah sekolah aliran inggeris yang pertama dibuka di luar bandar oleh penjajah inggeris. Sekolah ini dinamakan Govt. English School Sg. Sumun, Hutan Melintang, Perak.

Guru2 yang mengajar kebanyakan nya bangsa india dan cina yang berkelulusan Kerby dan Brinsford, England. P&P semua dalam bahasa inggeris, buku2 teks di import dari England. Bahasa Melayu dan agama Islam tidak diajar langsung.

Alhamdulillah, selepas kita merdeka pada 31.8.1957, ketika itu tok baru dalam darjah 6 (std.6) Bahasa Melayu dan agama Islam mula di ajar di sekolah tok. Inilah salah satu bukti bahawa UMNO sangat perihatin tentang pendidikan islam dan bahasa ibunda terhadap rakyat nya.

Ini cuma satu episod kecil tentang jasa UMNO terhadap bangsa nya.

Dengan izin Allah sebentar nanti tok akan ceritakan banyak lagi tentang kehidupan sebelum tanah air kita merdeka. InshyaAllah kita bertemu kembali