Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Disember 09, 2011

NFC boleh selesai jika Shahrizat berundur?

NFC boleh dikatakan satu tragedi UMNO yang rumit untuk di selesaikan. Pokok pangkalnya buka kerana 'kegagalan' projek itu, tetapi ianya lebih condong kepada persoalan mengapa ianya milik suami Shahrizat. Jika projek ini di miliki oleh syarikat yang tiada kaitan dengan mana2 menteri, maka ianya tidak sesensai sebegini rupa.

Tuduhan berat dari pembangkang yang akan jadi modal besar kempen mereka ialah ujud rangkaian pertalian pehak2 yang meleluskan projek ini kepada suami Shahrizat. Ianya bermula dengan mantan PM, menteri kewangan, menteri pertanian dan lain2 lagi. Semua pehak yang berkaitan ini mesti di bersihkan dahulu sebelum apa2 tindakan di ambil terhadap Shahrizat.

Jika Shahrizat di ambil 'tindakan' bermakna UMNO sudah mengaku bersalah. Jika perkara ini dinafikan tanpa sebarang alasan yang kukuh dan logik UMNO akan menerima padah. Paling2 buruk jika perkara ini terus di diamkan sahaja dan tunggu sehingga ianya sejuk dan terus membeku.

Langkan kurang bijak menteri2 yang berkenaan meluluskan projek ini kepada suami Shahrizat yang telah menyebabkan ledakan 'time-bomb' yang menimpa UMNO. Semua menteri2 yang berkenaan harus bertanggung jawab dan bukan nya Shahrizat seorang sahaja.

3 ulasan:

  1. Betul , perletakan jawatan Sahrizat tidak akan menyelesaikan isu NFC tetapi disisi moral sekurang-kurangnya jika beliau letak jawatan, UMNO boleh dengan berani berkata " kita telah nasihatkan Sharizat meletak jawatan'walaupun isu NFC tdiak langsung berkaitan dengan Sharizat malah lebih tepat ianya milik suami Sharizat.

    UMNO harus ingat dalam isu ini (NFC) bukana ahli UMNO sahaja yang berasa kecewa terutamnya penternak-penternak lembu yang tegar dan merupakan mata pencarian mereka dengan mengusahakan ternakan lembu. Mereka juga lebih berpengalaman malah jika Ke. Asas Tani pada masa itu berasakan mereka kurang pengalaman untuk diberikan pinjaman yang besar tentunya Kem. Asas Tani perlu memberikan latihan dan bimbingan. Apa yang terjadi dengan isu ini merupakan satu salah langkah keluarga Sharizat sendiri.

    Jadi, jangan ambil mudah jika masih sayangkan parti UMNO.\Berundurlah..

    Buktikan lah kepada rakyat pendapat yang mengatakan 'siapa juga pemimpin UMNO atau BN tidak akan sekali-kali berundur kecuali mati atau tidak di calunkan semula" adalah salah walaupun itu lah kebenaran nya.

    Contoh : Rafidah Aziz - walau didesak berundur dari pimpinan Wanita tetapi bertegas tdaik akan.. - kalah , Calun payung terjun pimpinan Pak LAh - banyak kalah kerana waktu itu rakyat setempat tidak mahu kan mereka lagi - bila dicalunkan semula - kalah.

    Terlalu banyak contoh jika mahu dituliskan tetapi kita harus sedar diri kita keupayaan kita, kehendak semasa. Jika sayangkan parti , jangan cari alasan letak jawatan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih memberikan pandangan yang sungguh bernas. Sama2 lah kita bersatu membela UMNO.

    BalasPadam
  3. Kalau Kat Ijat letak jawatan dan semua pergerakan wanita cawangan merajuk, lu fikir lah sendiri apa akan jadi pada PRU13 nanti. Bung zizie pun dlm senarai nk lompat 16 Sept.Knp tak letak jawatan sebab ada kes mahkamah syariah, siap hantar bini ke rumah terbuka anuar lagi...cakap tk serupa bikin

    BalasPadam

, , , ,