Insiden penurunan bendera potret PM Malaysia adalah satu perbuatan 'nakal' yang sangat serious. Walaupun ianya nampak kecil dan ringan tetapi tindakan ini boleh menyemarak kan api kebencian terhadap pemimpin2 negara. Tindakan yang tegas dan adil perlu di buat dengan segera.
Mahasisua adalah terdiri dari anak2 muda yang masih berfikiran mentah walaupun punyai 'pelajaran tinggi'. Cara mereka berfikir dan bertindak tidak sama dengan manusia yang sudah dewasa dan matang dalam segala2 nya. Mereka bertindak ikut perasaan dan dorongan dari sesuatu pehak.
Boleh juga di andaikan mereka sedang di pergunakan oleh pehak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keamanan negara. Pehak2 yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk memporak perandakan keamanan negara.
Mahasiswa2 ini tahu bahawa segala masalah boleh di selesaikan melalui perundingan. Apa perlunya mengambil tindakan yang kurang bijak ini. Sebalik nya image mahasiswa juga boleh tercalar kerana tindakan ini. Selain dari itu mahasiswa yang terlibat secara langsung boleh juga di ambil tindakan.
Ibu bapa kepadamahasiswa juga patut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak2 mereka supaya menumpukan pembelajaran nya dengan sepenuhnya. Bukan nya turun ke jalan2 buat demo dan kerja2 yang menyalahi undang2.
pihak... bukan pehak..
BalasPadam