Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label BN kekal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN kekal. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 09, 2012

Harapan tinggi Tok Gajah



Tok terasa sangat bahang PRU 13 semakin hangat. Jika di peratikan dengan teliti, kita sudah nampak bahawa kerajaan kita iaitu BN sudah cukup bersedia. Kerajaan yang sedang memerintah yang di terajui oleh DS Najib memang mantab. Tok seliut PM kita yang sangat rajin, adil dan bijaksana mentadbir negara ini sehingga beliau telah berjaya memulihkan keadaan ketahap yang sangat memberangsangkan.

Sekarang apa lagi yang kita mau kan, segalam bantuan telah di berikan, segala kehendak2 sudah di tunaikan dan segala janji2 telah di laksanakan. Kini kita sedang berada dalam suahsana aman dan makmur segala kemudahan dan keperluan sentiasa di bawah awasan kerajaan yang bijak dan adil. Tidak ada apa2 kesusahan dan kekurang yang kita alami.

Satu perkara yang sangat menyedih kan Tok ialah tentang tengkah laku dan perangai para pemimpin2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat. Setiap hari dan waktu mereka ni sentiasa buat kacau aje. Tak habis2 cari jalan dan cari pasal untuk mem buruk2 kerajaan yang sedang memerintah.

Akan tetapi Allah lebih berkuasa dan adil, kita telah terlindung dari perbuatan buruk mereka ini. Kini kita telah semakin di percayai oleh semua gulungan lapisan masyarakat. Sokongan kita juga telah semakin mantap dan ber tambah2 ramai lagi bilangan nye.

Sebalik nye, mereka pula yang sudah nampak di timpa bale malepetake. Lihat apa yang sedang berlaku di negeri Kedah. Kucar kacir di buat nya oleh pemerintahan Pakatan Rakyat. Harapan untuk PR meneruskan pemerintahan nya di Kedah amat tipis. Rakyat Kedah sudah serik dengan pemerintahan PR. Mereka sudah tidak sabar2 lagi untuk menyambut ketibaan PRU13 untuk menghapuskan kerajaan PR.

Rakyat di Malaysia, khusus nya di Kelantan dan Selangor dan P Pinang haru ambil iktibar tentang pemerintahan PR yang sangat buruk ini. Keburukan pemerintahan PR ini se mate2 kerana mereka tiada berpengalaman langsung tentang memerintah. PR yang terdiri dari DAP, PKR dan PAS tidak pernah sebulu pada bila2 masa pun. Pendapat mereka sentiasa ber cangah antara satu sama lain.

Harapan tinggi Tok pada PRU 13 ini kita akan berjaya 'merampas' kembali negeri yang telah jatuh ke tangan PR dan kita juga pasti akan dapat menawan kembali Kelantan InshaAllah.

Selasa, Disember 20, 2011

Melayu/Islam sudah memahami PAS

Perjuangan PAS hanya untuk Islam, tidak kira apa juga bangsa nya asalkan ianya Islam. Cita2 PAS untuk menegak kan negara Islam dan melaksanakan hukum2 Islam sepenuhnya. Itu lah tujuan asal nya ia mula2 di tubuhkan.

Malang nya, setelah hampir lebih 60 tahun ianya ujud, hanya segelintir sahaja orang2 melayu yang beragama Islam tampil menyokong parti itu. Setiap kali PRU di adakan PAS cuma dapat menawan tidak sampai 30 kerusi parlimen.Pada PRU 13 yang lepas PAS cuma meraih 23 kerusi parlimen sahaja.

Jika di bandingkan dengan DAP dan PKR yang masing2 memperolehi 28 dan 31 kerusi, PAS boleh di anggap sebagai parti manoriti sahaja. Kemenangan 23 kerusi itu pun di menangi nya dengan bantuan dari penyokong2 DAP dan PKR. Jika harafkan dari penyokong melayu/Islam mungkin PAS cuma dapat tidak lebih 10 kerusi sahaja. Mungkin PRU 13 akan datang PAS akan kehilangan semua kerusi nya.

Kini PAS sudah reform secara total, negara Islam dan undang2 Islam bukan lagi perjuangan utamanya. PAS sudah hilang arah pandu nya semenjak mendapat sokongan dari DAP. Arah tuju PAS sudah berpusing mengikut arah haluan yang di pandu oleh DAP.

Orang melayu/Islam telah menyedari nya pada ketika PAS membuat MOU bersama DAP dan PKR. Di saat ini lah melayu/Islam mula hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Dua faktor yang telah menyebabkan PAS dapat sedikit lebih sokongan pada PRU12 yang lepas.

Faktor pertama, sokongan dari DAP yang semua orang tahu sebab musabab mengapa DAP sokong PAS. Faktor kedua mendapat undi dari penyokong2 PKR. Hari ini sudah terlalu ramai penyokong2 PKR yang berasal dari UMNO telah kembali semula kepangkuan UMNO.

Harapan PAS sangat tipis pada PRU 13 akan datang kerana kehilangan sokongan dari kaum melayu/Islam. PAS cuma berharaf untuk meraih undi di kawasan majoriti melayu/Islam sahaja, sedangkan di kawasa majoriti bukan melayu sudah di kuasai sepenuh nya oleh DAP dan PKR.

Masa depan PAS semakin gelap setelah bersengkokol dengan DAP dan PKR. Ramai pemimpin2 PKR sudah awal2 lagi keluar parti kerana dapat menghidu niat jahat DAP menyokong PAS dan PKR. Orang2 melayu/Islam harus sedar dan segera tinggalkan PAS yang sudah terpesong.

Khamis, Disember 08, 2011

BN akan terus berkuasa selepas PRU13 walaupun dengan kelebihan 1 kerusi~~~

BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13. Belum sampai masanya PR berkuasa untuk menjatuhkan BN. Sokongan rakyat terhadap BN masih utuh dan kukuh jika dibandingkan dengan PR. Boleh dikatakan hampir semua rakyat yang layak mengundi berpendidikan dan dapat memahami keadaan negara di bawah kuasa pimpinan BN.

Kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan negara dapat di rasai oleh semua kaum. Semua ini berkat dari kegigihan dan kejujuran pemimpin2 BN menerajui pemerintahan negara. Lambakan pendatang2 sama ada sah atau haram kenegara ini telah membukti kejayaan pemimpin BN dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan negara2 jiran seperti Indonesia, Thailand, Myanmar dan lain2 negara di tenggara Asia.

Tiada siapa boleh menafikan kejayaan pemimpin BN dalam memajukan Malaysia. Semua rakyat hidup aman dan makmur. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil rakyat yang masih hidup dibawah aras kemiskinan, ianya adalah perkara biasa. Negara yang termaju di dunia seperti Amerika dan Europa pun masih ada ramai rakyat nya yang miskin.

Pemimpin2 dan pencacai2 PR yang sentiasa mencari keburukan pemimpin dan negara Malaysia adalah tergulung dari manusia yang dengki dan busuk hati. Sebenarnya mereka juga hidup mewah dan ada juga yang kaya raya. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk mereka mem buruk2 kan pemimpin2 BN dan negara.

PR yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR sentiasa berniat jahat dan dendam yang tidak berkesudahan. Niat buruk untuk menjatuhkan pemimpin2 BN dan ambil aleh kuasa memerintah negara tidak akan berhasil. Rakyat tahu dan sedar siapa yang telah berjasa memajukan negara sehingga rakyat nya boleh hidup aman dan makmur.

Boleh kah barang sesiapa sebutkan apa jasa DAP, PAS dan PKR terhadap kemajuan negara, agama dan bangsa? Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa PR belum berpeluang memerintah negara, jika diberi peluang mungkin PR boleh mentadbir negara lebih baik dari BN.

Alasan itu cuma andaian dan khayalan dari pemimpin2 dan pencacai2 PR sahaja. Mana boleh mereka mentadbir negara lebih baik dari pemimpin2 BN sedangkan mereka sedikit pun tiada pengalaman dalam bidang pemerintahan negara. Negara pasti hancur jika PR dibenarkan memerintah nya.

Walauapa cacaian dan tohmah yang mereka lemparkan, BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13 akan datang walaupun dengan kelebihan 1 kerusi.

Isnin, November 14, 2011

Maut bagi kaum melayu/Islam jika PR memerintah negara.

Sekali lagi tok ingatkan kepada orang2 melayu/Islam termasuk tok yang mudah lupa - JANGAN SE KALI2 memangkah undi parti pembangkang PAS, PKR dan DAP. Bukan nya apa, pada firasat tok semua pemimpin2 nya sudah di rasuk oleh hantu shaitan atau jin jemalang.

Sebab nya, mereka ni semua nya sudah hilang akal dan tidah siyuman lagi, ada ke negeri yang aman, makmur dan sejatera ini mahu di rosakan? Mereka ni semuanya dah gila agak nye.

Kita harus sedar bahawa Malaysia ujud sebagai sebuah negara yang termaju di rantau Asia. Kita hidup lebih mewah aman dan makmur jika dibandingkan dengan negara2 jiran kita. Sebagai bukti kita lihat ber duyu2 rakyat dari negara jiran datang ke Malaysia untuk cari makan.

Tok rasa orang2 yang menentang pemerintah ini semua nya buta tuli, katak bawah tempurung tak pernah pergi melawat dan duduk di negara jiran seperti Indonesia. Tok pernah pergi ke Kalimantan tempat lahir bapa kira2 10 tahun dahulu. Nama perkampungan nya ialah daerah Barabai, keadaan nya di situ sama seperti di Malaysia 50 tahun dahulu, demikian lah keadaan hal nya.

Di Malaysia 10 tahun lalu kita sudah sangat maju. Hari ini kita lagi ber tambah2 maju. Dulu2 semasa mula2 atuk datang ketanah Melayu dia berjalan kaki saja tak mampu beli basikal, di zaman bapa pula ianya sudah berubah dari berjalan kaki bapa mampu membeli basikal. Hari ini alhamdulilah tok sudah mampu pakan Persona baru dengan cash.

Bukan nya tok nak bermegah, pada orang yang berada apa sangat le persona tu tak sampai 100 RM pun. Tetapi bagi tok ianya sangat bermakna. Tok berterima kasih kepada semua pemimpin2 negara yang telah menerajui negara ketahap ini dengan berkat izin Allah.

Khamis, Mei 13, 2010

Pengundi cina sukar di ramal.

Semakin dekat hari mengundi, semakin rancak kempen di lakukan oleh kedua2 parti yang bertanding di P212 Sibu, Sarawak. Majoriti pengundi nya ialah dari kaum cina yang melebihi 60%. Pada hakikatnya BN tidak sukar untuk mempertahakan P212.

Pengundi2 dari kaum cina di Sabah dan Sarawak sangat berbeza citarasa nya dalam memilih sesuatu parti yang mereka inginkan menjadi pemerintah. Negeri Sabah dan Sarawak sedang pesat membangun, kaum cina sangat teruja dengan pembangunan di sini. Maka untuk meneruskan pembangunan ini hanya BN sahaja yang mampu berbuat demikian.

Jika P212 Sibu jatuh ketangan pembangkang pasti semua pembangunan yang sedang berjalan rancak ini akan terhenti. PR memang tidak berupaya menerukan nya kerana kedudukan parti itu hanya sebagai pembangkang sahaja.

Para pengundi di P212 Sibu tidak akan mudah terperdaya dengan kata2 manis dan janji2 dari PR, itu sebab di setiap cerama dan perhimpunan yang dianjurkan oleh PR tidak mendapat sambutan.

Penyokong2 PAS dan PKR atau DAP yang datang dari semenanjung pasti akan pulang dengan kecewa dan tangan kosong.

Selasa, Februari 09, 2010

Tok sudah ramal, negeri Perak akan tetap kekal di perintah BN.

Malam tadi Tok dah dapat ilamat, negeri Perak akan tetap kekal dibawah perintah BN. Segala doa makhluk Allah yang berada dijalan yang benar akan tetap dimakbulkan Allah, ini termasuk juga doa Tok.

Tok berdoa siang malam supaya dijauhi dari bale pemerintahan DAP yang kejam ala komunis itu. Nampak nya segala doa Tok telah termakbul.