BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13. Belum sampai masanya PR berkuasa untuk menjatuhkan BN. Sokongan rakyat terhadap BN masih utuh dan kukuh jika dibandingkan dengan PR. Boleh dikatakan hampir semua rakyat yang layak mengundi berpendidikan dan dapat memahami keadaan negara di bawah kuasa pimpinan BN.
Kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan negara dapat di rasai oleh semua kaum. Semua ini berkat dari kegigihan dan kejujuran pemimpin2 BN menerajui pemerintahan negara. Lambakan pendatang2 sama ada sah atau haram kenegara ini telah membukti kejayaan pemimpin BN dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan negara2 jiran seperti Indonesia, Thailand, Myanmar dan lain2 negara di tenggara Asia.
Tiada siapa boleh menafikan kejayaan pemimpin BN dalam memajukan Malaysia. Semua rakyat hidup aman dan makmur. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil rakyat yang masih hidup dibawah aras kemiskinan, ianya adalah perkara biasa. Negara yang termaju di dunia seperti Amerika dan Europa pun masih ada ramai rakyat nya yang miskin.
Pemimpin2 dan pencacai2 PR yang sentiasa mencari keburukan pemimpin dan negara Malaysia adalah tergulung dari manusia yang dengki dan busuk hati. Sebenarnya mereka juga hidup mewah dan ada juga yang kaya raya. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk mereka mem buruk2 kan pemimpin2 BN dan negara.
PR yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR sentiasa berniat jahat dan dendam yang tidak berkesudahan. Niat buruk untuk menjatuhkan pemimpin2 BN dan ambil aleh kuasa memerintah negara tidak akan berhasil. Rakyat tahu dan sedar siapa yang telah berjasa memajukan negara sehingga rakyat nya boleh hidup aman dan makmur.
Boleh kah barang sesiapa sebutkan apa jasa DAP, PAS dan PKR terhadap kemajuan negara, agama dan bangsa? Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa PR belum berpeluang memerintah negara, jika diberi peluang mungkin PR boleh mentadbir negara lebih baik dari BN.
Alasan itu cuma andaian dan khayalan dari pemimpin2 dan pencacai2 PR sahaja. Mana boleh mereka mentadbir negara lebih baik dari pemimpin2 BN sedangkan mereka sedikit pun tiada pengalaman dalam bidang pemerintahan negara. Negara pasti hancur jika PR dibenarkan memerintah nya.
Walauapa cacaian dan tohmah yang mereka lemparkan, BN akan tetap terus berkuasa selepas PRU13 akan datang walaupun dengan kelebihan 1 kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,