Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label 'time-bomb'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'time-bomb'. Papar semua catatan

Rabu, Februari 01, 2012

"Time-bomb" yang mampu letupkan Pakatan Rakyat.........

Kehebatan Dato Dr Hasan Ali berceramah tidak boleh di nafikan oleh mana2 pehak. Segala ucapan nya yang di sampaikan sangat berkesan. Kini Dato Dr Hasan sudah bebas, bebas untuk bersuara meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Pemecatan Dato ini sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah kepada kaum melayu/Islam. Sedikit sebanyak kita telah memahami tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Sebenarnya Dato telah banyak memberi kesedaran kepada umat Islam tentang 'politik Pakatan Rakyat'.

Di sini Tok tidak mahu buat apa2 ulasan tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Apa yang perlu kita cuma ikuti dan hayati ucapan2 dalam ceramah Dato semasa beliau buat 'road-show'. Sekarang pemimpin2 PR sudah mula terasa kain dan seluar nya mula terlondeh.

Walaupun kita tidak dengar berita tentang ahli2 PAS dan PKR keluar parti, tapi kita semua faham bahawa mereka sudah di sedarkan oleh Dato Dr Hasan dalam ceramah2 nya. Adalah tidak mustahil jika penyokong2 PAS dan PKR ini akan menyokong UMNO pada PRU 13 akan datang.

Tok sangat pasti jika di izinkan Allah pada PRU 13 ini Pakatan Rakyat akan berjaya di musnahkan oleh 'bomb jangka-masa' yang di pasang oleh PAS.

Selasa, Januari 17, 2012

Kurniaan ALLAH kepada PAS ..............

Dato Hasan ibarat sebuah jentolak kurniaan Allah untuk meruntuhkan tembok PAS. 

Image PAS mula pudar dan layu semenjak ianya bersengkokol dengan DAP dan PKR. Penyokong2 atas pagar terus terjun memehak kepada UMNO. Penyokong2 tegar nya pula berbelah bagi, ramai yang keluar dan menyokong UMNO secara senyap2. Ini lah yang telah menyebabkan PAS tewas berturut2 pada PKR yang lepas.

Pemimpin2 PAS sedar perkara ini, tetapi oleh kerana kedegilan Tuan Guru PAS ianya diketepikan sahaja. Perkongsian PAS, PKR dan DAP sebenarnya lebih banyak menguntungkan UMNO. Kaum melayu/islam yang sedar sudah kembali menyokong UMNO.

Tembok PAS yang sentiasa di serang UMNO sudah semakin retak dan remuk, kini keujudan Dato Hasan pasti tembok PAS akan terus roboh ranap menyembah bumi. Sekarang Dato sudah pun bermula sedikit demi sedikit memecahkan tembok usang PAS.

Pada PRU 12 yang lepas, pencacai2 PAS dan pemimpin2 nya riuh rendah melaungkan bahawa UMNO sudah nazak. Tetapi hari ini kita pula yang akan melaungkan bahawa PAS sudah nazak. PAS mengharaf kan sokongan dari PKR dan DAP sedangkan PKR sendiri sudah nazak.

Bagi DAP yang mendapat sokongan majoriti dari kaum cina pula berlainan gaya nya. Kaum cina bijak berpolitik. Kaum cina mementingkan kemantapan ekonomi mereka. Jika mereka terlihat cara pemerintahan BN ini boleh mendatangkan kelabaan ekonomi mereka pasti mereka akan menyokong BN.

Sekarang kerajaan BN sedang berada dalam landasan ekonomi yang sangat memberangsangkan. Kaum cina sudah dapat merasakan kebangkitan pertumbuhan ekonomi negara ini. Perniagaan mereka semakin maju, tidak ujud kemelesetan ekonomi dalam negara ini. Ini lah faktor utama yang akan menyebabkan kaum cina pasti akan terus menyokong kerajaan BN.



Ahad, Januari 08, 2012

Sebatang lagi gigi PAS tercabut



Kuala Lumpur, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.



Tok dah agak dah, YB Dato' Dr Hasan ni memang 'cari pasal' untuk di pecah. Kan ke sekarang dah di pecah, itu lah yang sebenarnya kemahuan Dato' ni. Dengan terpecat nya Dato' ni maka tercabut lah sebatang gigi PAS. 

Sebenar nya ada banyak lagi gigi2 PAS yang dah goyang, berlubang dan berulat tunggu masa di cabut. Selama ini PAS sedang menderita yang amat sangat kerana kesalitan gigi ni. Pada mula nya tak nak cabut, tapi oleh kerana tidak tertahan lagi kesakitan nya, akhir nya dengan perasaan dukacita terpaksa di cabut juga.

Mungkin tak lama lagi PAS hanya tinggal dua batang gigi taring yang dah goyang2 juga. Gigi taring ni dah goyang2 kerana sudah 'tamat tempoh' dah sampai masa nya untuk tercabut  dan tertanggal mengikut hukum alam.

Tok rasa, PAS ni akan jadi macam PKR juga, bezanya PKR semakin ramai yang lompat keluar parti, Tapi PAS berbeza sikit - semakin ramai yang kena PECAT.  Tok pernah kata bahawa ramai penyokong2 dan termasuk juga pemimpin2 nya yang anti DAP. Mereka memang tak setuju PAS bersengkokol dengan DAP.

Kita sama2 tunggu aje bila tiba PRU13 nanti, pasti parti tuan guru ni terkubur.

Sabtu, Disember 31, 2011

Count down - 9 Jan 2013

Penyokong2 DSAI semakin gelisah menunggu tarikh keramat 9hb Jan 2013. Tarikh keramat ini akan menentukan masa depan PR. Tarikh PRU13 akan di umumkan pada bila2 masa sahaja. BN sudah bersiap sedia untukmenghadapi PRU12 dengan penuh keyakinan.

Kempen2 dan ceramah2 PR pasti akan jadi hambar tanpa kehadiran DSAI. PKR ibarat kapal yang tiada nahoda, terumbang ambing di lautan yang bergelora. Kini sudah banyak ranting2 PKR yang mati meragan. Salah satu ranting yang dah mati dan reput dengan cara kebetulan terletak di kampung Tok Gajah.

Ranting PKR ini sebenarnya sudah mati dan reput selepas 'puppet ruler' PAS jatuh tersungkur. Semenjak itu hampir semua ranting2 PKR di negeri Perak patah terkulai layu. Mesyuarat2 perwakilan di adakan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tiada sebarang aktiviti di ada kan untuk menambah kan ahli2 nya sedangkan semakin ramai ahli2 nya yang telah keluar.

Tok ada dengar rungutan dari ketua ranting di kawasan Tok, kata nya ceramah di anjurkan bersama PAS dan penceramah nya DSAI, ramai juga yang hadir dan hampir dua tiga ribu RM wang derma di kutip. Malang nya satu sen pun tidak pernah terlepas ketangan PKR.

Sebenarnya bilangan ahli PKR dari kaum melayu boleh di bilang dengan jari. Oleh kerana mereka ini semuanya berasal dari keturunan UMNO tulen maka mereka sudah pun kembali ketempat asal nya iaitu UMNO. Kini PKR cuma tinggal bergamtung haraf kepada sokongan dari ahli2 PAS dan DAP sahaja untuk hidup.

Jika keputusan perbicaraan kes liwat DSAI tidak menyebelahi nya, makan berakhir lah riwayat PKR untuk se lama2 nya. 

Selasa, Disember 20, 2011

Melayu/Islam sudah memahami PAS

Perjuangan PAS hanya untuk Islam, tidak kira apa juga bangsa nya asalkan ianya Islam. Cita2 PAS untuk menegak kan negara Islam dan melaksanakan hukum2 Islam sepenuhnya. Itu lah tujuan asal nya ia mula2 di tubuhkan.

Malang nya, setelah hampir lebih 60 tahun ianya ujud, hanya segelintir sahaja orang2 melayu yang beragama Islam tampil menyokong parti itu. Setiap kali PRU di adakan PAS cuma dapat menawan tidak sampai 30 kerusi parlimen.Pada PRU 13 yang lepas PAS cuma meraih 23 kerusi parlimen sahaja.

Jika di bandingkan dengan DAP dan PKR yang masing2 memperolehi 28 dan 31 kerusi, PAS boleh di anggap sebagai parti manoriti sahaja. Kemenangan 23 kerusi itu pun di menangi nya dengan bantuan dari penyokong2 DAP dan PKR. Jika harafkan dari penyokong melayu/Islam mungkin PAS cuma dapat tidak lebih 10 kerusi sahaja. Mungkin PRU 13 akan datang PAS akan kehilangan semua kerusi nya.

Kini PAS sudah reform secara total, negara Islam dan undang2 Islam bukan lagi perjuangan utamanya. PAS sudah hilang arah pandu nya semenjak mendapat sokongan dari DAP. Arah tuju PAS sudah berpusing mengikut arah haluan yang di pandu oleh DAP.

Orang melayu/Islam telah menyedari nya pada ketika PAS membuat MOU bersama DAP dan PKR. Di saat ini lah melayu/Islam mula hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Dua faktor yang telah menyebabkan PAS dapat sedikit lebih sokongan pada PRU12 yang lepas.

Faktor pertama, sokongan dari DAP yang semua orang tahu sebab musabab mengapa DAP sokong PAS. Faktor kedua mendapat undi dari penyokong2 PKR. Hari ini sudah terlalu ramai penyokong2 PKR yang berasal dari UMNO telah kembali semula kepangkuan UMNO.

Harapan PAS sangat tipis pada PRU 13 akan datang kerana kehilangan sokongan dari kaum melayu/Islam. PAS cuma berharaf untuk meraih undi di kawasan majoriti melayu/Islam sahaja, sedangkan di kawasa majoriti bukan melayu sudah di kuasai sepenuh nya oleh DAP dan PKR.

Masa depan PAS semakin gelap setelah bersengkokol dengan DAP dan PKR. Ramai pemimpin2 PKR sudah awal2 lagi keluar parti kerana dapat menghidu niat jahat DAP menyokong PAS dan PKR. Orang2 melayu/Islam harus sedar dan segera tinggalkan PAS yang sudah terpesong.

Isnin, November 28, 2011

Jika UMNO mahu kekalkan 'talian hayat' nya pada PRU13 akan datang......

 Petualang UMNO

Sepatutnya UMNO sudah selesai kan tugas2 nya dalam memperkasakan diri untuk mengadapi PRU 13 akan datang setelah hampir tersungkur pada PRU12 yang lepas. Seharusnya UMNO sudah tahu apa yang menyebabkan UMNO tersungkur dan UMNO juga sudah dapat formula untuk pemulihan nya.

Pada pandangan tok yang kurang bijak dan rendah pelajaran ni, UMNO masih nampak berada di takuk lama. Cula sound nya saja ada sikit berubah, kalau dulu2 ianya nyaring dan lantang, kimi sudah jadi hampir bisu. Bahkan PM sendiri sudah kasi sound supaya jangan sikit pun cakap pasal orang lain - maksudnya kaum bukan melayu. Itu saja.

Sedah menjadi kenyataan bahawa kita sudah hilang suara, kita tidak lagi boleh bersuara sembarangan terhadap kaum bukan melayu. Jika kita tersilap sikit cakap pasti mereka akan terus menyalak, mengejar dan mahu menggit kita. 

UMNO, sebuah parti melayu yang sangat hebat berkuasa selama hampir lebih dari 60 tahun. Akhirnya kita tidak boleh bersuara lantang lagi. Kita terpaksa berlemah lembut dan tunduk menduk terhadap kaum bukan melayu. Jika beginilah keadaan nya akhirnya melayu pasti akan di pijak lanyak oleh kaum bukan melayu.

Mengapa UMNO yang gagah perkasa itu sudah jadi pengecut? Jawapan mudah nya ialah UMNO sudah lemah. UMNO jadi lemah kerana perbuatan dan sikap sesetengah pemimpin nya yang tidak bertanggung jawab. Pemimpin2 ini boleh lah di anggap sebagai petualang UMNO.

Petualang2 UMNO ini seharusnya dinyahkan jauh2 dari pandangan mata UMNO. Kerana petualanh2 ini lah UMNO telah di benci oleh kaum bukan melayu bahkan kaum nya sendiri juga. Petualang2 yang telah banyak merosak kan image UMNO ini namkapnya semakin girah dan rancak untuk menghancurkan UMNO.

Sebelum tiba masanya PRU13 di umumkan PM harus bersihkan UMNO dengan menyapu keluar semua petualang2 pengcau ini. Tidak rugi apa2 bagi UMNO jika semua petualang2 ini di hambat keluar, bahkan ada ramai bilangan mereka yang dah istihar keluar UMNO dan mohon masuk semula dan juga yang di ditendang keluar untuk seumur hidup.


Rabu, November 16, 2011

'Time-bomb' yang akan musnahkan melayu/Islam

PAS ujud dengan cita2 besar nya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Cita2 PAS ini memang nya baik, oleh kerana negara ini penduduknya berbilang kaum yang ratio islam dan kafir nya hampir sama. Bukan nya mudah walaupun ianya tidak mustahil untuk mengislamkan kaum kafir ini.

Sebenarnya keujudan PAS ini lebih banyak memburuk kan kedudukan bangsa melayu/Islam. Ianya telah memecahbelah kuasa politik melayu/islam. Pada hakikatnya kita masih nampak kaum melayu/islam itu bersatu padu. PAS dan UMNO boleh sembahyang ber sama2 dalam masjid yang sama. PAS dan UMNO juga boleh makan kenduri ber sama2. Anak PAS boleh kahwin anak UMNO dan sebaliknya.

Tetapi disebalik 'perpaduan' PAS UMNO ini ujud jurang perpisahan yang amat merbahaya, ianya boleh di ibaratkan sebagai 'time-bomb' yang akan menghancurkan melayu/islam.

DAP sudah lama dapat mengesan 'time-bomb' ini, apabila ujud pula PKR maka DAP mula lah memainkan peranan nya untuk mengaktivate kan 'time-bomb' ini. Cara nya mudah saja - mereka sokong PAS dan PKR itu saja. 'Time-bomb' ini pasti akan meletup jika tidak ditangani dengan segera.

Cara paling berkesan untuk memusnah kan 'time-bomb' ini sangat mudah - hapuskan PAS dan PKR, setelah ke dua2 parti ini dihapuskan maka 'time-bomb' itu akan ter musnah dengan sendirinya.