Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Dato Dr Hasan Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato Dr Hasan Ali. Papar semua catatan

Khamis, Februari 09, 2012

Musuh dalam selimut UMNO ............



Terlalu banyak perkara yang akan menyebabkan UMNO tidak di sukai oleh kaum bukan melayu/islam terutamanya kaum cina. Kerajaan BN hampir tumbang pada PRU12 kerana UMNO menghunus dan menjulang keris pusaka nya.

Selepas PRU12, timbul pula PERKASA yang di anggotai oleh vetren2 UMNO. Pemimpin cina dari MCA dan Gerakan terusterang bersuara menentang PERKASA. Oleh kerana pembabitan Ex-PM dalam PERKASA maka kaum cina anggap UMNO itu PERKASA. Sebenarnya UMNO masih gagal menyakinkan kaum cina terhadap PERKASA.

Sekarang ujud pula satu lagi bahane yang akan mengancam UMNO, petualang ini tidak lain tidak bukan ialah Dato Hasan  yang telah di tendang keluar dari PAS. Dato Hasan sangat merbahaya kepada UMNO. Kita tidak boleh percaya dengan lakunan nya selepas di tendang oleh PAS.

JATI yang sedang di promosikan nya sebenarnya amat merbahaya kepada UMNO, ianya lebih merbahaya dari PERKASA. Jika UMNO merestui JATI maka UMNO akan sekali lagi mendapat tentangan dari kaum bukan melayu/islam. UMNO harus menjauhi JATI, haramkan JATI dari berkempen menggunakan pentas UMNO.

Jangan sampai terhantuk baru nak tengadah

Rabu, Februari 01, 2012

"Time-bomb" yang mampu letupkan Pakatan Rakyat.........

Kehebatan Dato Dr Hasan Ali berceramah tidak boleh di nafikan oleh mana2 pehak. Segala ucapan nya yang di sampaikan sangat berkesan. Kini Dato Dr Hasan sudah bebas, bebas untuk bersuara meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Pemecatan Dato ini sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah kepada kaum melayu/Islam. Sedikit sebanyak kita telah memahami tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Sebenarnya Dato telah banyak memberi kesedaran kepada umat Islam tentang 'politik Pakatan Rakyat'.

Di sini Tok tidak mahu buat apa2 ulasan tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Apa yang perlu kita cuma ikuti dan hayati ucapan2 dalam ceramah Dato semasa beliau buat 'road-show'. Sekarang pemimpin2 PR sudah mula terasa kain dan seluar nya mula terlondeh.

Walaupun kita tidak dengar berita tentang ahli2 PAS dan PKR keluar parti, tapi kita semua faham bahawa mereka sudah di sedarkan oleh Dato Dr Hasan dalam ceramah2 nya. Adalah tidak mustahil jika penyokong2 PAS dan PKR ini akan menyokong UMNO pada PRU 13 akan datang.

Tok sangat pasti jika di izinkan Allah pada PRU 13 ini Pakatan Rakyat akan berjaya di musnahkan oleh 'bomb jangka-masa' yang di pasang oleh PAS.