Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Disember 12, 2011

Berpantang Undur Sebelum Ajal ..............

Tuan Guru Nik Aziz pasti tidak akan berundur sebelum ia berjaya memusnahkan UMNO - itu lah hajat dan niat di hati Tuan Guru. Tuan Guru ini sanggup lakukan apa saja asalkan UMNO musnah. Bersahabat dengan DAP dan PKR perkara biasa malahan dengan syaitan pun beliau sanggup bersahabat asalkan UMNO musnah.

Suatu ketika dulu, boleh dikatakan setiap hari siang dan malam ada saja sembahyang hajat di lakukan oleh PAS. Sembahyang ini hanya untuk memusnahkan UMNO dan memohon kejayaan terhadap parti mereka. Nampak nya UMNO semakin bertambah kukuh dan sebalik nya PAS semakin bercelaru.

Perjuangan Tuan Guru terhadap PAS memang hebat hinggakan beliau sanggut menunggu kejayaan nya hingga keakhir hayat. Ramai pejuang2 Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayat seperti Sadam Hussin, Muamar Khadafi dan lain2 lagi. Mereka berhenti berjuang apabila mati.

Mungkin Tuan Guru ini juga berhajat untuk mati dalam perjuangan (secara aman), Jadi tak payah lah sesiapa dalam PAS berharaf untuk gantikan tempatnya selagi dia masih hidup.

UMNO parti yang mendapat rahmat dari Allah, UMNO sentiasa terlindung dari segala bencana niat buruk dan jahat dari lawan2 nya. Itu lah yang menyebabkan UMNO boleh bertahan lebih 60 tahun. Apa cara juga yang dilakukan oleh musuh2 UMNO untuk menghancurkan UMNO tetapi ianya akan tetapi tidak berjaya.

Mari lah kita sama2 menghadapi PRU 13 dengan tenang hati, bersabar dan berdoa agar terlindung dari segala bencana yang akan di timbulkan oleh parti2 lawan terutama nya PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,