Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan

Sabtu, April 15, 2017

Kini tiba masa untuk menyerang, kata Najib

Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.

"Kita sudah lama berada dalam defensive mode (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!" katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.

Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.

Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama.

Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.

Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.

"Kita mesti tangkas dalam respons dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan blackout di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.

"Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri," katanya.

Najib menjangka pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa dengan melontarkan sesuatu yang tidak terfikir untuk membuatkan orang marah dan benci pada kerajaan BN kerana mereka berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu "If you cannot convince them, confuse them" (jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka).

Taktik kotor pembangkang, katanya amat jelas iaitu jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi untuk mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

Perdana Menteri menyifatkan aktivis media sosial pro kerajaan BN sebagai panglima di alam maya yang setia mempertahankan dasar kerajaan BN, mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.

"Insya-Allah, dengan semangat juang dan kesepaduan sesama kita, kita mampu peroleh kejayaan besar dalam PRU 14, dan Putrajaya akan kekal milik Barisan Nasional!" katanya.

- Bernama

Rabu, November 11, 2015

Mat Sabu ramal Kelantan jatuh ke tangan BN pada PRU14

Kata Mat Sabu, berdasarkan pengamatan dan kajian mendapati kemenangan Pas di Kelantan lebih bergantung kepada anak-anak Kelantan yang berada di luar (pengundi luar). - Foto TRP/Adib Hakim
RANTAU PANJANG, 11 November:

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menjelaskan Kelantan mungkin akan jatuh ke tangan Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Katanya, berdasarkan pengamatan dan kajian mendapati kemenangan Pas di Kelantan lebih bergantung kepada anak-anak Kelantan yang berada di luar (pengundi luar).

“Kita dapati hanya di Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa (dianggap kubu kuat Pas) sahaja yang boleh menang tetapi di kawasan lain lebih bergantung kepada rakyat Kelantan yang berada di luar.

“Kawasan lain seperti Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah serta Kuala Krai dilihat banyak bergantung kepada pengundi luar. Macam di Parlimen Bachok…hanya menang dengan beberapa ratus undi sahaja. Itupun dengan kepulangan pengundi luar,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, hari ini.

Jelasnya, sekiranya rakyat Kelantan mahu ‘menongkat’ Pas, janganlah pula jatuh kepada BN.

Katanya, sejak dua bulan penubuhan Amanah, Pas diligat ‘jatuh’ tetapi keadaan sebenar hanya boleh dilihat dalam tempoh setahun.

“Di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka hampir keseluruhan beralih ke Amanah. Apa yang kita tahu kebanyakan anak Kelantan yang berada di luar amat pertikaikan Pas yang ada sekarang,” katanya yang turut menyindir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang sebelum ini pernah berkata parti baru ini (Amanah) belum tentu beranak atau tidak tetapi sekarang sudah diam.

Dalam perkembangan sama, Mat Sabu berkata tidak timbul soal berani atau tidak untuk letak nama sebagai calon PRU14 di Kelantan, tetapi belum masanya untuk memikirkan soal itu.

Mat Sabu berkata, beliau mungkin akan memikirkan soal bertanding berdasarkan sokongan ahli kelak.

Ketika ini katanya, paling penting adalah memikirkan soal untuk menambahkan bilangan ahli dan menarik sokongan rakyat.

“Mungkin bertanding di Kelantan atau mungkin di negeri lain, tetapi kami punya masa dua tahun lagi untuk menilai perkara ini sehingga tiba PRU 14.

“Saya yakin, kita akan buat pengumuman tahun depan, sama ada kita bertanding di negeri mana,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/11/mat-sabu-ramal-kelantan-jatuh-ke-tangan-bn-pada-pru14/#ixzz3rBymjBEQ

Selasa, Julai 07, 2015

Tentera PAS berpecah dua kumpulan.........

Parti Baharu Ganti PAS, Pakatan 2.0 Perlu Berjalan Terus ...



Dari penjara, Anwar seru wadah baharu kekalkan semangat Pakatan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar wadah baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) menggembleng rakyat pelbagai fahaman untuk terus bersama membina negara.

Menurut bekas ketua pembangkang itu, wadah baharu perlu bersifat lebih menyeluruh dan mengangkat martabat semua orang di Malaysia.

"Dengan muafakat baharu ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta," katanya dalam satu kenyataan dikirimkan PKR hari ini. 
Keadaan Pakatan Rakyat nampaknye sedang terumbang-ambing dari akibat PAS 'bercadang' untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Paling mengembirakan cadangan PAS itu telah dipersetujui oleh DAP sebulat suare.

Sebenarnye keputusan PAS ini sudah lama di idamkan dan di tunggu-tunggu oleh DAP. Ibarat pepatah melayu, "Orang mengantuk di surungkan bantal".

Bagi DAP, cadangan PAS untuk memutuskan hubungan ini adalah satu 'rahmat' kepada DAP. PAS adalah seperti 'duri dalam daging' bagi DAP. Sekarang duri itu sudah pun tercabut keluar.

Perbuatan PAS memutuskan hubungan dengan DAP lebih menguntungkan DAP, sebalik nya PAS pula yang pasti menanggung kerugian yang amat besar.

Kalau Atuk nak kate PAS sudah hancur berkecai pun boleh juge. Kini penyokong PAS sudah berbelah-bahagi, ade yang kekal dalam PAS, ade yang pergi ke PasMa atau G18, paling malang ramai juge yang berpindah ke kem DAP.

Boleh di katakan lebih 90% kawasan2 yang di menangi oleh PAS pada PRU13, di negeri Perak dan Selangor adalah dari bantuan DAP. Atuk pasti PAS akan kecundang pade PRU14 nanti.


Jumaat, April 03, 2015

Pemimpin Sarawak pertahan Najib, yakin BN menang PRU14

Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini daripada serangan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan setakat yang negeri itu tahu, Najib “akan menang besar di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) 2018”.

Tan Sri James Masing yang merupakan presiden parti Dayak yang terbesar, Parti Rakyat Sarawak (PRS), berkata ini kerana Najib membela kebajikan mereka yang mengundi BN, merujuk kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak.

Menteri pembangungan tanah negeri itu juga mengatakan kenyataan Dr Mahathir yang rakyat di Sarawak tidak lagi percayakan Najib adalah tidak benar.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu semalam melemparkan kritikan paling keras terhadap Najib di dalam blog popularnya chedet.cc, menjangka kekalahan BN dalam PRU akan datang sekiranya Najib masih berkuasa.

Masing tidak setuju dengan perkara itu, mengatakan yang Najib, tidak seperti 5 perdana menteri sebelumnya, termasuk Dr Mahathir sendiri, bukannya hanya mementingkan Semenanjung dalam polisinya, sebaliknya juga menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Daripada 5 perdana menteri sejak 1963, hanya Najib seorang yang betul-betul prihatin dengan kebajikan Sabah dan Sarawak,

“Beliau mengiktiraf 16 September, tarikh yang dekat dengan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai Hari Malaysia, 50 tahun selepas kemerdekaan.

“Beliau memperuntukkan dana untuk pembangunan Lebuhraya Pan Borneo sementara 4 perdana menteri sebelum ini, termasuk Dr Mahathir, tidak kisah langsung.”

Masing berkata, di bawah perdana menteri sebelum ini, “lebuh raya di Malaya dibina dari utara ke selatan, timur ke barat dan merata tempat.”

Katanya, berkata projek mega berbilion ringgit seperti Menara Berkembar Petronas, 2 jambatan di Pulau Pinang dan 'jambatan bengkok' yang gagal, semuanya dibina di Semenanjung.

Beliau berkata, hasil pandangan sempit perdana menteri terhadap Malaysia sebelum ini, “kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak tidak diendahkan.”

“Najib ambil masa melawat dan memperuntukkan dana bagi membangunkan Sabah dan Sarawak.

“Najib merupakan perdana menteri yang paling banyak melawat 2 negeri timur ini.”

“Beliau lakukannya kerana faham yang Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian penting Malaysia.

“Tanpa 2 negeri ini, tiadalah Malaysia.

“Perdana menteri sebelumnya, semuanya nampaknya hanya tumpukan pada Malaya.”

Masing berkata beliau yakin BN di bawah kepimpinan Najib akan terus mentadbir Malaysia selepas PRU14 pada 2018.

“Bagaimanapun, lebih mudah sekiranya Umno kekal bersatu padu, kerana parti yang bercelaru susah untuk dipertahankan,” katanya.

Dr Mahathir sejak tahun lepas terus-terusan menyerang Najib kerana perbezaan pendapat mereka berhubung soal dasar.

Dalam blog popularnya semalam, beliau menyenaraikan pelbagai dakwaan yang dibuat terhadap Najib dan mengatakan tidak satu pun antaranya dijelaskan sepenuhnya.

Ini termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu serta kenyataan daripada pembunuhnya, bekas komando Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Dr Mahathir juga menyentuh masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mempersoalkan keperluan Putrajaya memberikannya bantuan kewangan hampir RM1 bilion, pembelian tanah kerajaan yang dibuatnya dan perjanjian yang diragui dengan syarikat tidak dikenali ramai, PetroSaudi International.

“"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14,” tulis beliau. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=262442:pemimpin-sarawak-pertahan-najib-yakin-bn-menang-pru14&Itemid=2#ixzz3WDWb9RQl
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Sabtu, November 15, 2014

UMNO Johor komited tawan semua kerusi pada PRU14


JOHOR BAHARU – Umno Johor pada Jumaat menzahirkan komitmennya untuk berjuang dengan gigih bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) memenangi kesemua kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya dan Umno Johor nekad bersama-sama dengan rakan-rakan dalam BN dan akan berusaha dengan lebih gigih, bekerja dengan lebih keras, untuk memastikan Umno dan BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Insya-Allah,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Konvensyen Umno Johor di sini, Jumaat.

Konvensyen dua hari itu yang dihadiri pemimpin dan anggota daripada 26 bahagian Umno di negeri ini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata Umno negeri yakin ia akan menjadi benteng paling kukuh bagi BN di Semenanjung Malaysia pada PRU14.

Malah, katanya Umno Johor akan membantu BN membentuk kerajaan dengan majoriti yang lebih besar dan diyakini. Mohamed Khaled berkata kehilangan 18 kerusi pada pilihan raya umum ke-13 merupakan pengalaman yang membingungkan dan pahit bagi Uno Johor tetapi pada masa sama, menghasilkan kesedaran yang mendalam.
Sehubungan itu, katanya Umno Johor akan meneruskan usaha bagi mengukuhkan kedudukan, pengaruh dan kuasa orang Melayu sebagai sebahagian daripada strategi transformasi untuk mengukuhkan parti.


“Parti ini tidak akan sama sekali lupa terhadap tanggungjawabnya untuk bangsa Melayu,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata Umno Johor juga akan memperkukuhkan BN yang telah berjaya menjadikan Malaysia antara negara paling moden, selamat, mempunyai ekonomi berdaya saing, harmoni dari segi sosial dan politiknya stabil.

Mohamed Khaled berkata Umno Johor tidak akan menjadi “parti senja” atau “parti di hujung usia” sebaliknya menjadi pilihan golongan muda, yang dipimpin oleh gabungan mereka yang bijak dan progresif.

Sehubungan dengan itu, beliau mengumumkan penubuhan badan pemikir Umno Johor yang dinamakan “Johor Institute For Strategy, Economic Advancement and Democracy” (JISEAD).

JISEAD berperanan sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran idea besar dan pemikiran luar biasa yang dapat memberi manfaat kepada parti, bangsa dan tanah air, katanya, lapor Bernama.

Isnin, April 14, 2014

Ahli UMNO perlu sedar PRU14 bakal lebih mencabar

THE MALAYSIAN INSIDER


Anggota-anggota Umno perlu sedar yang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan lebih mencabar dengan kecenderungan pihak pembangkang mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Hasan Malek (gambar).

Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka hendak bertemu rakyat.

Anggota-anggota Umno juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi, katanya ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gelang Patah di Johor Baharu hari ini.

Beliau berkata:"Walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum yang lepas, kita tidak harus patah semangat.

Kita harus terus berjuang bagi mempertahankan Johor sebagai salah satu negeri yang menjadi kubu kuat BN."

Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya. – Bernama,

Rabu, Ogos 14, 2013

Anwar Ibrahim: Nak Tunggu Apelagi?

PRU 13 telah membuktikan Pakatan Rakyat memang tiade kemampuan lagi untuk menawan Putera Jaya. Ketike tu PR yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah berkempen siang malam, pagi petang ber mati2an menentang kerajaan BN dan akhir nye PR kecundang juge.

PRU13 juge telah membuktikan bahawe rakyat Malaysia masih percayakan kepimpinan pari Barisan Nasional untuk menerajui pemerintahan negare. Rekod kepimpinan BN yang cemerlang dan gemilang selame lebih dari 60 tahun tidak boleh di tandingi oleh parti Pakatan Rakyat yang begitu rapuh dan longlai.

Sekarang Tok nak menyentuh sedikit tentang parti Keadilan Rakyat yang di terajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pade kiraan Tok yang kurang arif tentang berpolitik ni, harapan DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia memang nye sangat gelap.  Tok kate demikian kerane memandangkan pemimpin2 parti PAS juge ade niat untuk jawatan tersebut.

Selain dari itu, bukan nye perkare mudah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Lima tahun lagi usie DSAI akan mencapai 71 tahun, ketike itu sudah pasti daye tenage nye akan semakin berkurangan. Hari ini rakyat tidak lagi mahu menerime 'janji2' lagi, ape yang mereke mahukan ialah kenyataan, sebagai contoh, pemberian BR1M. BR1M adelah 'kenyataan' dan bukan nye 'janji2', perkare yang begini lah yang menjadi kemahuan rakyat hari ini.

Persoalan nye, mampukah parti Pakatan Rakyat menghidangkan 'BR1M' ketike menghadai PRU14 nanti? Kalau tidak, lebih baik lupekan saje cite2 untuk ke Putera Jaya.

Cadangan Tok adelah lebih baik DSAI bubarkan PKR dan kembali kepade UMNO.