Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan

Khamis, April 04, 2013

Pakatan Rakyat yang indah khabar dari rupe ..............

 Poster untuk tatapan umum

Tok yakin semue nye dah tahu tentang asal usul nye tertubuh parti 'PKR' ni. Boleh lah di kate kan semue nye pemimpin yang melayu tu berasal dari 'orang buangan' UMNO. Dan yang bukan melayu tu boleh di katekan dari MCA, Gerakan atau pun MIC.

Parti Keadilan Rakyat ni kalu nak di samekan dengan Parti Semangat 46 yang dah lame berkubo tu pun boleh juge. Kalu nak di kire persamaan nye memang le banyak, cume ade sikit, S46 dah pun tumpo, mungkin PKR ni pun tak lame lagi akan ikut juge jejak langkah S46 tu.

Tok yakin, PRU-13 inilah yang akan pasti menamatkan riwayat hidup PKR ni. Kalau nak kire dah mati, memang dah lame pun PKR ni dah pun mati. Sebagai contoi nye di kawasan kediaman Tok ni tak pernah pun terdengar ade ujud nye ape yang diname kan 'ranting' atau pun 'dahan' PKR.

Selepas PRU-12 yang lalu, langsung tidak pernah terdengar sebarang ape2 aktiviti yang di jalankan oleh PKR di kawasan Tok ini. Yang ade hanye dari PAS sahaje. Yang Tok ade kenal cume seorang sahaje ahli PKR yang pernah menjawat jawatan 'ketua kampung' atau penghulu semase PR berkuase sementare dulu. Bekas 'ketue kampung' PKR ni sendiri mengakui bahawe 'ranting' PKR di sini sudah 'mati'.

Dalam tinjawan Tok, 'ranting' PKR ni cume hidup menempil di bawah ketiak PAS sahaje. Sebagai contoh, kalu ade pemimpin PKR yang mahu datang berceramah make unit2 amal PAS sahaje yang berusahe menjayakan nye. PAS se olah2 sudah menjadi pencacai pemimpin2 PKR.

Khamis, Mei 06, 2010

Masih adakah lagi sokongan kaum cina kepada UMNO?

PRK P94 HS telah berlalu, hasil nya sangat mengecewakan. Apa yang di haraf2 kan tidak mendatang. Sebaliknya PRK ini telah memberi bayangan bahawa kaum cina masih lagi belum mahu menyokong UMNO.

Sokongan kaum india juga boleh dipertikaikan. Jikasekiranya BN meletak kan calun dari UMNO pula, pasti kaum india ini juga akan menentang BN. Sokongan kaum india terhadap MIC sama juga dengan sokongan kaum cina terhadap MCA. Ke dua2 parti komponen BN ini sebenar nya sudah hilang sokongan dari kaum nya sendiri.

PM berserta dengan menteri2 yang lain setiap hari berkempen untuk mempromosikan 1 Malaysia. Nampaknya hasil nya sangat mengcewakan. MCA masih menuduh PERKASA lah yang menyebab kan kaum cina tidak menyokong BN/UMNO. Sebenar nya PERKASA tidak ada kaitan langsung dengan BN atau UMNO.

Sepatutnya para pemimpin2 MCA berkerja keras untuk memberi penjelasa yang sejelas2 nya berkenaan dengan PERKASA dan apa tujuan nya ditubuh kan. MCA sepatutnya tidak memberikan gambaran yang buruk terhadap PERKASA. PERKASA ditubuhkan bukan untuk menentang atau mengekang mana2 pehak sama ada dalam politik atau pun sosial.

MCA harus berkerjasama dengan UMNO untuk memberi penjelasan yang benar dan nyata berkenaan PERKASA kepada semua kaum bukan melayu di Malaysia.

Sebalik nya MCA harus menilai diri mereka sendiri, tanyakan diri sendiri, apakah usaha2 yang telah dilaku kan untuk menarik kembali sokongan kaum cina kepada MCA. Sedangkan MCA itu sendiri masih lagi belum nampak pulih. Keretakan2 pada MCA masih lagi jelas kelihatan.

Pada pandangan mata kasar, kita tidak lagi boleh berharaf atau menaruh harapan yang tinggi terhadap sokongan dari parti2 komponen seperti MCA, MIC, PPP atau Gerakan. Sokongan mereka ini sudah tidak lagi nampak ikhlas atau ber sungguh2.

Isnin, April 19, 2010

Jangan terlalu menyerang dan memperkecil kan keperibadian Datuk Zahid.

Kita jangan terlampau giarah mem buruk2 kan keperibadian calun PKR di P94 Hulu Selangor. Mungkin ada sebabnya mengapa pemimpin atasan PR terutamanya PKR dan DAP mencalunkan Datuk Zahid untuk menentang BN yang diwakili oleh MIC.

Kita jangan lupa bahawa 53.9% kaum melayu di P94 Hulu Selangor bukan nya semuanya penyokong UMNO yang tulin. Kita akan menghadapi bencana jika sekiranya 10 atau 20 peratus melayu menolak UMNO. Jelas telah ada pergeseran dalam UMNO apabila seorang pemimpin nya dipecat kerana bertanding sebagai calun bebas menentang BN/UMNO.

Kita juga tidak wakin bahawa sokongan bukan melayu terhadap BN sudah pulih.  Terutamanya sokongan kaum cina terhadap MCA. Kedudukan MCA masih lagi samar2, kaum cina belum lagi yakin sepenuhnya terhadap MCA. Kita tidak boleh mengharafkan sokongan MCA untuk membantu kemenangan kita.

MIC juga tidak padu sokongan nya terhadap BN. Pemilihan calun juga sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian dalam MIC. Sama juga apa yang berlaku dalam UMNO bila ada juga pemimpin nya yang telah dipecat kerana bertanding bebas menentang BN.

Walaupun ke dua2 pemimpin UMNO dan MIC yang bertanding bebas ini boleh 'diselesaikan', kedudukan BN masih lagi boleh dianggap goyang.

Kita harus kendurkan cara pendekatan dalam semua hal yang berkaitan dengan kempen. Jangan serang keperibadian lawan. Jangan tunjukan sikat garang, bengis atau samsing terhadap lawan. Tangani semua masalah dan keadaan dengan lemah lembut dan bersopan santun setiap masa.

Selasa, April 13, 2010

P 94 Hulu Selangor, kawasan selamat bagi BN..........

Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, P 94 akan tetap kembali ke tangan BN. Tidak kira parti apa yang akan di pertandingkan sama ada UMNO, MCA atau MIC, asalkan ianya dari BN. Apa yang perlu di ambil kira ialah calun nya sahaja.

Kita semua tahu bahawa MIC juga seperti parti2 lain dalam komponen BN telah kalah teruk pada PRU12 yang lepas. Sebenar nya kekalahan ini bukan nya di sebab kan rakyat telah menolak BN, tetapi kerana isu beberapa orang pemimpin yang bermasalah.

P 94 akan menang mudah jika meletak kan seorang calun baru yang bersih. Calun ini mestilah tiada kaitan nya secara langsung dari mana2 'kem' dalam MIC, terutama nya kem Datuk Samy Vellu.

Kenyataan awal2 lagi dari Datuk Samy untuk mencalun kan semula Datuk Palanivel telah mengundang bencana kepada BN. Datuk Palanivel memang banyak berjasa terhadap penduduk Hulu Selangor. Masalahnya beliau sudah terlalu lama, sama juga dengan Presiden nya Datuk Samy Velu. Ke dua2 nya telah di gugurkan oleh pengundi/penyokong pada PRU12 yang lepas.

Calun MIC di P 94 mestilah muka baru yang bukan dari puak2 Datuk Samy dan Datuk Palanivel.

Khamis, April 01, 2010

P94 Hulu Selangor pasti akan kembali ketangan BN.

BN tidak sukar untuk menawan kembali P94 Hulu Selangor pada PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemenangan tipis oleh PKR pada PRU12 yang lalu se mata2 dari undi protest UMNO yang tidak bersetuju dengan bekas PM yang lalu.

Kini keadaan sudah berubah, rakyat sudah sedar dan dapat membezakan antara pemerintahan BN dan PR. Kesedaran rakyat ini sudah nyata terserlah pada PRK Manik Urai dan Bagan Pinang.

Penilaian rakyat ini akan sekali lagi kita saksi kan di P94 Hulu Selangor. Rakyat akan tetap kembali menyokong BN tidak kira ianya diwakili oleh UMNO, MCA atau MIC. Pada pendapat tok, adalah lebih baik ianya dikekalkan ditangan MIC. Di sinilah kita akan membukti bahawa setiakawan dalam BN tetap ujud dan kukuh.

Rakyat sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah ujud dalam serti kata yang sebenarnya. P Pinang yang dikuasa oleh DAP tidak pernah disebutkan bahawa neberi itu dikuasai oleh PR, begitu juga dengan Kelantan yang dikuasai sepenuh nya oleh PAS. Kedah dan Selangor juga lebih kurang sama dengan negeri2 yang diperintah oleh pembangkang.

Isnin, September 14, 2009

MIC - Bas cabuk tanpa penumpang.

President MIC

Hari ini MIC tak ubah sebuah bas buruk yang dipandu oleh seorang pemandu tua. Bas buruk ini sebenar nya sudah tiada berpenumpang lagi.

Pada PRU12 yang lepas semua calun dari MIC tewas, sama ada DUN atau pun parlimen. Hampir semua kaum india enggan mengundi calun2 MIC. Satu lagi bukti yang paling nyata ialah di Bukit Selambau, calun MIC kalah teruk di PRK Bukit Selambau.

Punca utama kekalahan MIC ini sebenarnya kerana kaum india sudah hilang kepercayaan nya terhadap pimpinan Samy Velu. Sebenarnya selagi Samy Velu masih lagi menerajui MIC, kaum india tidak akan menyokong MIC/BN.

Samy Velu jangan mendabik dada kerana ramai sokongan dalam dewan perwakilan, sedangkan ribuan penyokong dari kaum india sudah lari dari MIC dan menyokong DAP dan PKR. Lagi nyaring Samy melaung lagi makin ramai kaum india lari tinggalkan MIC.