BN tidak sukar untuk menawan kembali P94 Hulu Selangor pada PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemenangan tipis oleh PKR pada PRU12 yang lalu se mata2 dari undi protest UMNO yang tidak bersetuju dengan bekas PM yang lalu.
Kini keadaan sudah berubah, rakyat sudah sedar dan dapat membezakan antara pemerintahan BN dan PR. Kesedaran rakyat ini sudah nyata terserlah pada PRK Manik Urai dan Bagan Pinang.
Penilaian rakyat ini akan sekali lagi kita saksi kan di P94 Hulu Selangor. Rakyat akan tetap kembali menyokong BN tidak kira ianya diwakili oleh UMNO, MCA atau MIC. Pada pendapat tok, adalah lebih baik ianya dikekalkan ditangan MIC. Di sinilah kita akan membukti bahawa setiakawan dalam BN tetap ujud dan kukuh.
Rakyat sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah ujud dalam serti kata yang sebenarnya. P Pinang yang dikuasa oleh DAP tidak pernah disebutkan bahawa neberi itu dikuasai oleh PR, begitu juga dengan Kelantan yang dikuasai sepenuh nya oleh PAS. Kedah dan Selangor juga lebih kurang sama dengan negeri2 yang diperintah oleh pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,