Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

Khamis, Februari 21, 2013

Harapan BN menawan Kedah semakin cerah..............




11 DUN Desak MB Kedah Berundur Kerana Gagal Selesai Masalah Parti

ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.
Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.
"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini, Rabu.
Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya...............

Tok dah agak dah, Pakatan Rakyat ni bukan nye pandai nak tadbir negeri. Baru tak sampai satu penggal dah kecoh. Kalau dah kecoh macam tu, bagaimane nak tadbir negeri dengan baik? Asyik2 nak bergaduh se same sendiri aje. 
Nampak gaye nye kali ni berkubur le PR di Kedah tu. Tok yakin, tiade sesiape yang boleh pulihkan pertelagahan dalam PAS yang memerintah Kedah tu. Hasil dari pertelagahan tu telah menyebabkan pentadbiran negeri Kedah jadi lemah dan kucar kacir.
Tok rase kali ni BN boleh tumbangkan PR di Kedah ni dengan mudah. Sudah pasti rakyat Kedah sudah bosan dan hilang kepercayaan mereke terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat yang di terahui oleh PAS tu.

Sabtu, Mac 31, 2012

Adil kah SPR Malaysia kita ni ??????

Tok peratikan setiap kali tibe PRU atau PRK mule le pemimpin dan pencacai PR buat bising mem buruk2 kan SPRM. Ber bagai2 tuduhan buruk mereka lemparkan dengan membabi bute.  Kat bawah ni Tok nak pamirkan sedikit tentang SPRM kita ni:-

Sejarah

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.
Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja

Tok buat ni cume untuk kita same2 renungkan dan hayati tentang sejarah SPR ni. Sebelum ni, Tok pun tak berapa faham sangat tentang SPR ni, bila dah bace baru lah Tok faham tentang urusan SPR ni.  Tok rase sangat kesal tentang sikap pemimpin2 dan pencacai2 PR terutame nye PAS yang langsung tidak menghormati SPR.

SPRM ni bukan nye lantikan dari orang yang semberangan ianye juge bukan di lantik oleh kerajaan BN/UMNO, tetapi ianye di lantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan di persetujui pule oleh Majlis Raja-Raja. Jika nak tuduh orang yang selalu mengutuk SPRM ni sebagai penderhaka pun boleh.

PAS memang kurang ajar, mereka menyalahkan SPRM apabila calun2 nye kalah, tapi bila calun2 nye menang, tidak pule dia menyalahkan SPRM. Perangai ape agak nye mereka ni? Tak senonoh langsung.

Isnin, September 27, 2010

Kuasa Politik Melayu sedang diruntuhkan oleh PAS dan PKR

Sokongan kaum bukan melayu yang mendadak terhadap PAS dan PKR telah banyak menimbulkan keraguan dalam pemikiran kaum melayu yang berfikiran matang dan bijak. Kaum bukan melayu terutamanya cina dan india bukan nya mudah bagi mereka menyokong melayu/Islam. Mereka menyokong PAS dan PKR dengan niat buruk untuk melemahkan kuasa politik melayu.

Satu ketika dulu kaum ini ber sungguh2 menyokong BN, kita memang tahu bahawa sokongan mereka sebenarnya tidak jujur atau pun ikhlas sedikit pun. Mereka menyokong BN se mata2 untuk meraih keuntungan dan kuasa untuk mencari harta kekayaan sahaja.

Pada masa itu, mereka sedikit pun tidak pandang sebelah mata pun terhadap PAS atau pun mana2 parti yang bukan pro kerajaan. Kemurahan hati kerajaan yang memerintah telah banyak membantu mereka jadi senang lenang dan kaya raya. Setelah mereka berjaya dalam ekonomi, kini hari ini mereka berhasrat pula untuk berkuasa dan memerintah negara.

PAS dan PKR mereka gunakan sebagai batu loncatan nya untuk mencapai cita2 nya. Penyokong2 PAS dan PKR yang buta tuli dan bodoh sombong harus segera sedar sebelum terlambat. Memang tidak mustahil PR akan berjaya memerintah negara jika DAP, PKR dan PAS berkerjasama dan mendapat sokongan padu pula dari kaum bukan melayu.

Soal penting yang harus kita ingat disini ialah, mampukan melayu mempertahankan kuasa politik nya dalam gabungan PR? Kita harus ingat bahawa bilangan kaum melayu dan bukan melayu hampir sama banyak nya. Melayu sudah berpecah dua atau tiga pumpulan, sedangkan kaum bukan melayu pula sudah bersatu dalam sebuah parti - iaitu DAP.

DAP yang telah mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dan mendapat sokongan dari melayu ini pasti akan mendapat majoriti kerusi dalam Dewan untuk memerintah negara. PKR atau PAS cuma ujud sebagai parti manoriti sahaja dalam PR kerana tidak mendapat sokongan penuh dari kaum melayu.

Selasa, Mei 18, 2010

Image BN/UMNO perlu di bersihkan segera.


PRU 13 semakin hampir. Image UMNO masih ditakok lama. Dua PRK baru sahaja berlalu, nyata terserlah bahawa kaum cina masih lagi tidak menyokong BN. BN pasti akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan PR pada PRU 13 ini.

Telah terlalu banyak 'slogan' dicipta, tetapi slogan2 ini sedikit pun tidak mendatangkan apa2 kesan terhadap menarik kembali sokongan dari kaum cina. Hingga kini pemerintah masih lagi belum mendapat idea bagaimana kaum cina boleh kembali menyokong BN.

Sebenarnya perkara ini sangat mudah di lakukan. BN perlu di struktur semula supaya ianya bersih. Undur kan keluar semua pemimpin2 BN yang bermasalah. Kita masih lagi ada banyak pemimpin2 muda yang berwibawa yang boleh menerajui BN dengan bersih dan jujur.

Jika perkara ini berjaya di lakukan serta merta pun ianya belum lagi boleh menjamin BN/UMNO akan dapat diterima oleh semua kaum. Ianya juga akan mengambil sedikit masa untuk menyakinkan rakyat.

BN/UMNO akan musnah selagi pemimpin2 dan penyokong2 nya yang ada ini masih menganggap BN/UMNO sudah pulih dan mendapat sokongan dari semua kaum. Sebenarnya BN/UMNO tidak boleh berkuasa tanpa sokongan penuh dari kaum bukan melayu. Ianya disebabkan perpecahan kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR.

Pemimpin2 dan penyokong2 UMNO di ibarat kan sedang 'menari' diatas lantai yang reput, bila2 masa sahaja ianya akan runtuh. Jangan pandang kecil kekuatan parti lawan. Sudah jelas dan nyata mereka bukan sahaja nampak bertambah kuat tetapi sebenarnya mereka memang kuat.

Setiap kali PRK diadakan, sokongan mereka semakin bertambah, tidak kurang pula yang menang bergaya. Mereka berjuang cuma dengan 'gigi dan lidah' sahaja, sedangkan kita berjuang habis habisan mengunakan segala gentera kelengkapan dan menaburkan ratusan juta RM, tetapi masih tewas tersungkur juga.

Kita perlu buangkan dan kikis sikap dan perasaan sombong dan angkuh kerana memiliki berbagai 'senjata' yang canggeh. Memujuk atau menambat hati rakyat dengan wang ringgit sudah ketinggalan zaman, ianya tidak boleh berkesan kepada semua orang.

Khamis, April 01, 2010

P94 Hulu Selangor pasti akan kembali ketangan BN.

BN tidak sukar untuk menawan kembali P94 Hulu Selangor pada PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemenangan tipis oleh PKR pada PRU12 yang lalu se mata2 dari undi protest UMNO yang tidak bersetuju dengan bekas PM yang lalu.

Kini keadaan sudah berubah, rakyat sudah sedar dan dapat membezakan antara pemerintahan BN dan PR. Kesedaran rakyat ini sudah nyata terserlah pada PRK Manik Urai dan Bagan Pinang.

Penilaian rakyat ini akan sekali lagi kita saksi kan di P94 Hulu Selangor. Rakyat akan tetap kembali menyokong BN tidak kira ianya diwakili oleh UMNO, MCA atau MIC. Pada pendapat tok, adalah lebih baik ianya dikekalkan ditangan MIC. Di sinilah kita akan membukti bahawa setiakawan dalam BN tetap ujud dan kukuh.

Rakyat sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah ujud dalam serti kata yang sebenarnya. P Pinang yang dikuasa oleh DAP tidak pernah disebutkan bahawa neberi itu dikuasai oleh PR, begitu juga dengan Kelantan yang dikuasai sepenuh nya oleh PAS. Kedah dan Selangor juga lebih kurang sama dengan negeri2 yang diperintah oleh pembangkang.