Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Februari 21, 2013

Harapan BN menawan Kedah semakin cerah..............




11 DUN Desak MB Kedah Berundur Kerana Gagal Selesai Masalah Parti

ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.
Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.
"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini, Rabu.
Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya...............

Tok dah agak dah, Pakatan Rakyat ni bukan nye pandai nak tadbir negeri. Baru tak sampai satu penggal dah kecoh. Kalau dah kecoh macam tu, bagaimane nak tadbir negeri dengan baik? Asyik2 nak bergaduh se same sendiri aje. 
Nampak gaye nye kali ni berkubur le PR di Kedah tu. Tok yakin, tiade sesiape yang boleh pulihkan pertelagahan dalam PAS yang memerintah Kedah tu. Hasil dari pertelagahan tu telah menyebabkan pentadbiran negeri Kedah jadi lemah dan kucar kacir.
Tok rase kali ni BN boleh tumbangkan PR di Kedah ni dengan mudah. Sudah pasti rakyat Kedah sudah bosan dan hilang kepercayaan mereke terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat yang di terahui oleh PAS tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,