Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Februari 21, 2013

Tujukan khas untuk umat Islam yang masih sayangkan agama nye ...............


Mufti Perak: Bersatu selagi ada iman...Alhamdulilah



IPOH - Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.“Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman,” katanya.Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram.

“Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

“Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.“Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu,” katanya Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.


Tak sedar air mate Tok meleleh ke pipi  bile terbace posting di atas ni. Memang 100% benar tentang ape yang di katekan oleh Tuan Mufti Perak tu. Perpecahan kuase politik melayu/Islam yang sedang berlaku hari ni pasti akan melemahkan kedudukan bangse melayu dan agame Islam tu sendiri.

Tok yakin kamu semue tidak bute dan tuli, cube perhatikan sikap kaum kafir yang sudah semakin menjadi kurang hajo. Semase kite kuat dulu mane ade  berani kaum kafir  ni buke mulut bersuare menentang dan menyakat orang melayu/Islam. Mereke tu semue nye tunduk dan patuh ikut pemerintahan kite.

Tok sekali lagi ingatkan anak2 cucu cicit Tok sekelian, marilah kite semue umat Islam kembali bersatu, supaye bangse dan agame Islam kite terjamin dari di kuasei oleh kaum kafir. Tolak PAS yang sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR yang anti Islam tu. 

3 ulasan:

  1. Saya pun turut tersentuh baru2 ni atas prubahan yg ustaz riza kamaruddin sbg pemuda PAS Selangor, PAS equine. Dia berdialog dgn Ustaz Fathul Bari dan akhirnya dia istiharkan utk menyokong BN pda PRU13 ni. Dia tidak akan keluar PAS tapi sokong BN. Itu yg kita hendak. Saya rasa nk nangis waktu tu bila dia seru ahli2 PAS skong BN. Tak perlu keluar PAS. Itu paling utama. Bersatu. Umat islam perlu bersatu. PAS perlu wujud sbg check and balance utk dpt menegur UMNO. Tapi kita perlu bersatu utk menghadapi ancaman DAP/PKR yg begitu mengancam islam. DAP dgn sekularnya, PKR dgn dasar liberalnya. Hancur umat islam nnti.

    BalasPadam
  2. " Tidak akan kamu dapati kaum yg beriman dgn Allah swt dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dgn org org yg menentang Allah swt dan RasulNya,..." Mujadalah 22.
    " Kabarkanlah kpd org org munafik bahawa mrk akan mendpt siksaan yg pedih, (iaitu) org org yg mengambil org org kafir sbg teman penolong dgn meninggalkan org org mukmin. Apakah mrk mencari kekuatan di sisi org kafir itu ? Mk sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah swt." An Nisa' 138, 139.
    "Wahai org org yg beriman, jgnlah kamu mengambil org org kafir sbg wali dgn meninggalkan org org mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yg nyata bg Allah swt (menyiksamu)." An Nisa' 144

    BalasPadam
  3. Tidak berlaku dlm sirah Ar Rasul saw dan 4 khulafa' Arrashidin r.anhum, bersekongkol dgn org kafir utk menjatuhkan org Islam.
    Petunjuk manakah yg diambil yg diguna oleh PAS hari ini utk membenar apa yg mrk lakukan ? Yg pastinya, bukan dari Al Quran dan bukan juga dari AsSunnah !

    BalasPadam

, , , ,