Kita jangan terlampau giarah mem buruk2 kan keperibadian calun PKR di P94 Hulu Selangor. Mungkin ada sebabnya mengapa pemimpin atasan PR terutamanya PKR dan DAP mencalunkan Datuk Zahid untuk menentang BN yang diwakili oleh MIC.
Kita jangan lupa bahawa 53.9% kaum melayu di P94 Hulu Selangor bukan nya semuanya penyokong UMNO yang tulin. Kita akan menghadapi bencana jika sekiranya 10 atau 20 peratus melayu menolak UMNO. Jelas telah ada pergeseran dalam UMNO apabila seorang pemimpin nya dipecat kerana bertanding sebagai calun bebas menentang BN/UMNO.
Kita juga tidak wakin bahawa sokongan bukan melayu terhadap BN sudah pulih. Terutamanya sokongan kaum cina terhadap MCA. Kedudukan MCA masih lagi samar2, kaum cina belum lagi yakin sepenuhnya terhadap MCA. Kita tidak boleh mengharafkan sokongan MCA untuk membantu kemenangan kita.
MIC juga tidak padu sokongan nya terhadap BN. Pemilihan calun juga sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian dalam MIC. Sama juga apa yang berlaku dalam UMNO bila ada juga pemimpin nya yang telah dipecat kerana bertanding bebas menentang BN.
Walaupun ke dua2 pemimpin UMNO dan MIC yang bertanding bebas ini boleh 'diselesaikan', kedudukan BN masih lagi boleh dianggap goyang.
Kita harus kendurkan cara pendekatan dalam semua hal yang berkaitan dengan kempen. Jangan serang keperibadian lawan. Jangan tunjukan sikat garang, bengis atau samsing terhadap lawan. Tangani semua masalah dan keadaan dengan lemah lembut dan bersopan santun setiap masa.
saya setuju cadangan tok ni.bila kita buat kat org kita seronok je tapi cuba org buat kat kita..mesti kita pulak melenting
BalasPadamBN jgn terlalu konfiden nanti jatuh bedebuk.belajar dari kesilapan lalu sebelum pilihan raya yg akan dtg
mokcik kepoche