PRK P94 HS telah berlalu, hasil nya sangat mengecewakan. Apa yang di haraf2 kan tidak mendatang. Sebaliknya PRK ini telah memberi bayangan bahawa kaum cina masih lagi belum mahu menyokong UMNO.
Sokongan kaum india juga boleh dipertikaikan. Jikasekiranya BN meletak kan calun dari UMNO pula, pasti kaum india ini juga akan menentang BN. Sokongan kaum india terhadap MIC sama juga dengan sokongan kaum cina terhadap MCA. Ke dua2 parti komponen BN ini sebenar nya sudah hilang sokongan dari kaum nya sendiri.
PM berserta dengan menteri2 yang lain setiap hari berkempen untuk mempromosikan 1 Malaysia. Nampaknya hasil nya sangat mengcewakan. MCA masih menuduh PERKASA lah yang menyebab kan kaum cina tidak menyokong BN/UMNO. Sebenar nya PERKASA tidak ada kaitan langsung dengan BN atau UMNO.
Sepatutnya para pemimpin2 MCA berkerja keras untuk memberi penjelasa yang sejelas2 nya berkenaan dengan PERKASA dan apa tujuan nya ditubuh kan. MCA sepatutnya tidak memberikan gambaran yang buruk terhadap PERKASA. PERKASA ditubuhkan bukan untuk menentang atau mengekang mana2 pehak sama ada dalam politik atau pun sosial.
MCA harus berkerjasama dengan UMNO untuk memberi penjelasan yang benar dan nyata berkenaan PERKASA kepada semua kaum bukan melayu di Malaysia.
Sebalik nya MCA harus menilai diri mereka sendiri, tanyakan diri sendiri, apakah usaha2 yang telah dilaku kan untuk menarik kembali sokongan kaum cina kepada MCA. Sedangkan MCA itu sendiri masih lagi belum nampak pulih. Keretakan2 pada MCA masih lagi jelas kelihatan.
Pada pandangan mata kasar, kita tidak lagi boleh berharaf atau menaruh harapan yang tinggi terhadap sokongan dari parti2 komponen seperti MCA, MIC, PPP atau Gerakan. Sokongan mereka ini sudah tidak lagi nampak ikhlas atau ber sungguh2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,