Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Januari 26, 2012

Pemimpin2 PAS termakan nasi kangkang!!!!!

Walaupun Tok orang UMNO, tapi Tok menghormati juga pemimpin2 PAS yang terdiri dari alim ulamak. Tidak boleh di nafikan tentang tinggi dan hebatnya ilmu keagamaan pemimpin2 PAS ini. Malang sungguh segala ilmu keagamaan ini di salahgunakan untuk berpolitik semata mata.

Berbalik pula kita kepada cerita tentang 'parasit' dalam PAS. Apakah sebenaarnya parasit itu? Kalau tak silap Tok makna nya lebih kurang begini, sesuatu yang hidup menumpang, kalau pada pokok contohnya ialah 'dedalu', kalau pada manusia atau haiwan pula ada lebih banyak parasit yang hidup menumpang dalam badan nya seperti cacing, kutu dan bateria.

Parasit2 ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh pokok atau tubuh badan yang ia tumpangi secara per lahan2. Maka perkara yang sebegini lah sedang berlaku pada tubuh PAS. Ada juga pemimpin2 PAS yang berpendapat bahawa parasit itu ialah dari kalangan pemimpin2 PAS itu sendiri.

Jika tanggapan nya begini, Tok tidak setuju sama sekali. Apa dan mengapa sebab nya pemimpin2 PAS ini mahu bunuh PAS sendiri? Kan ke ini satu kerja yang sangat merugikan PAS itu sendiri.

Tafsiran Tok tentang parasit dalam PAS ada berlainan sedikit. Kalau tak salah Tok parasit yang sebenar dalam PAS ialah PKR dan DAP, itu saja. Parasit2 PAS ini sebenarnya menyokong PAS secara luaran sahaja, tentang idealogi dan perjuangan PAS pasti mereka akan tentang habis2.

PKR dan DAP memang anti negara Islam yang di angan2 kan oleh PAS. PAS bukan nya tidak tahu yang PKR dan DAP itu tidak pernah sokong PAS untuk mengujudkan negara Islam bagi Malaysia. Bahkan Presiden DAP telah terang2 menolak cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Tok teringin untuk memberi sedikit ulasan lagi tentang pengambil alehan portpolio agama Islam di Selangor. Sebenarnya sudah lama PKR dan DAP mahu lucutkan portpolio itu dari PAS. Mereka anggap PAS tidak layak kerana tindak tanduk PAS yang selalu kacau rumah2 urut, pusat2 judi dan hiburan di Selangor.

Kunun2 nya PAS mahu Selangor di tadbir secara Islam, bersih dari segala perbuatan maksiat. Ini mana boleh jadi, sebab bilangan rakyat nya yang beragama Islam lebih kurang sama ramai nya dengan yang bukan Islam. Jika di biarkan PAS terus pegang portpoli agama Islam Selangor pasti pengundi2 dari kaum yang bukan islam akan marah PR.

Orang2 Islam di Malaysia harus ambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di Selangor. Bayangkan jika sekiranya PR berkuasa memerintah negara, orang2 melayu/islam akan menerima pada yang sangat buruk. Ketika itu PAS tidak ada apa2 makna lagi bagi orang melayu/Islam. PAS ibaratkan sudah makan 'nasi kangkang' PKR dan DAP

Rabu, Januari 25, 2012

Tuan Guru mengecewakan PAS ...........................

 
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Tok Gajah.  Agak dah lame juga tak buat posting kerana kesebuk kan kerja2 harian, almaklum lah dah tua, buat kerja pun dah slow down sikit. Hari ni Tok nak sentuh sedikit tentang kerajaan PR negeri Selangor.

Tujuan Tok bukan nya nak sebok2 jaga tepi kain orang lain, sebagai seorang yang telah mengaku dirinya sebagai Islam maka sedikit sebanyak Tok terasa juga kesedihan penduduk2 Islam di Selangor terutamanya penyokong2 tegar PAS.

Bukan nya nye apa sangat, ianya cuma tentang Parti Islam (PAS) yang sepatutnya pegang portpolio Agama Islam telah di singkir ketepi kan oleh MB yang berparti kan PKR. Bukan nya PKR tu tak layak pegang portpolio Islam, akan tetapi ada ujud sebuah parti yang lebih layak iaitu PAS.

Pada pendapat Tok, PAS lah yang paling layak di beri peranan menerajui portpolio Agama Islam Selangor. Sedangkan sebelum ini portpolio itu sudah menjadi hak milik PAS, mengapa dengan tiba2 saja MB mahu rampas portpolio itu dari PAS? Boleh ke sesiapa menjawab persoalan ini?

Yang paling2 sangat menyedih kan Tok ialah tentang ungkapan kata dari murshidul PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz - senang2 aje dia kata. "SAYA TAK MAHU GANGGU SELANGOR". Persoalan nya sekarang ialah tentang peranan Tuan Guru sebagai murshidul PAS, ada kah PAS Kelantan berbeza dengan PAS Selangor, Perak, P Pinang dan lain2 negeri di Malaysia?

Sekali lagi Tok nak berikan sedikit pendapat, pada pendapat Tok yang sangat kurang pengtahuan tentang politik ni ialah tengang penghormatan PAS terhadap PR iaitu PKR dan DAP iah yang sebabkab Tuan Guru dah jadi bisu.

Tuan Guru terlalu menjaga hati dan perasaan pemimpin2 PKR dan DAP terutama nya DSAI dan LKS. Tetapi Tuan Guru juga sudah terlupa menjaga hari penyokong2 tegar PAS. Daripada 100 orang penyokong PAS di tanya samada bersetuju portpolio Agama Islam diberikan kepada PKR, hampir 100% menyatakan "TIDAK SETUJU!"

Laungan "TIDAK SETUJU" ini bukan nya bergema di Selangor sahaja bahkan di seluruh Malaysia ahli2 dan penyokong2 PAS TIDAK SETUJU. Mereka tidak setuju kerana PAS sudah tercemar dan PAS BUKAN lagi parti yang sebenar2 nya berteraskan Islam dan jauh sekali sanggup memperjuangkan agama Islam.

Kini perjuangan PAS hanya untuk mendapat simpati dan sokongan dari PKR dan DAP sahaja - disebalik itu penyokong2 dan ahli2 PAS telah di sesatkan oleh pemimpin2 nya untuk menyokong PKR dan DAP dalam PRU dan PRK. Kini sudah ramai mereka yang sedar tentang perjuangan palsu 'Islam' PAS.

Khamis, Januari 19, 2012

Harafkan Pagar, Pagar Sudah Makan Padi ...........

Parti Tuan Guru sudah hampir tinggal nyawa2 ikan. Ini lah dosa besar PAS kerana sanggup bersengkokol dengan PKR dan DAP. Tuan Guru bukan nya tidak tahu siapa itu PKR dan siapa itu DAP. PKR terdiri dari kumpulan taik yang telah terbuang dari UMNO. Sekarang Tuan Guru baru sedar apabila sudah mula terpalit dengan taik2 ini.

DAP yang berketurunan dari darah daging parti komunis tidak pernah mahu iktirap agama Islam. Boleh juga di anggapkan Islam itu musuh komunis atau lebih tepat komunis itu musuh Islam. Seperkara yang sangat pelik ialah tentang kesanggupan Tuan Guru bersengkokol dengan DAP, dan ini lah padah nya. PAS telah menerima 'kemaluan' besar.

Sebenar nya bukan sahaja DAP, tetapi PKR juga tidak mahu PAS menerajui portfolio Agama Islam di Selangor. Mereka anggap PAS tidak layak menerajui portfolio kerana PAS akan menghuru harakan pentadbiran negeri Selangor yang di kuasai oleh DAP.

Dato Hasan sanggup bersuara lantang kerana beliau mahukan di pecat keluar dari PAS. Beliau tidak boleh keluar sesuka hati kerana sumpah 'bai'ah' PAS yang mengikat pemimpin2 nya. Pemimpin2 PAS terpaksa pecat Dato Hasan, jika tidak kepala pemimpin2 PAS akan kena 'ketuk' oleh pemimpin2 PKR dan DAP.

Sekarang Dato Hasan akan lebih bebas untuk bersuara tentang Islam. Jika beliau masih berada dalam PAS segala gera geri nya akan sentiasa di bawah kawalan PKR dan DAP.

Benarkah PAS memperjuangkan Islam? Jawapan nya memang benar, tetapi di bawah kawalan ketat DAP dan barua nya iaitu PKR. Soalan kedua, Sanggup kah anda semua pencacai2 dan penyokong2 PAS menerima hakikat ini?


Rabu, Januari 18, 2012

Sekarang Apa Kata Bloggers Pencacai2 PAS Tentang Sikap MB Selangor?

Tok kesian tengok PAS, mengaku parti Islam yang memperjuangkan Agama Islam. Sekarang PAS sudah tidak laku lagi dalam Pakatan Rakyat kerana perjuangan Islam nya. Sebenar nya Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh DAP TIDAK perlukan perjuangan Islam PAS.

Portfolio Agama sepatutnya di terajui oleh alim ulama dari PAS dan bukan nya di terajui oleh orang yang tidak bertaraf ulama seperti Dato Khalid. Persoalan nya, mengapa portfolio agama Islam tidak diperuntukkan kepada PAS? Ada kah kerana tidak ada wakil rakyat dari PAS yang layak memegang portfolio itu?

Apa yang telah berlaku ini semata mata mendapat arahan dari DAP haramjadah yang anti islam itu. Perkara ini sebenarnya sangat mengaibkan PAS. Bukan sahaja jatuh air muka tetapi segala gala nya sudah jatuh termasuk telur2 pemimpin PAS. Tok yang bukan penyokong PAS ini pun sedikit sebanyak terasa juga malu dan marah.

Pemimpin2 dan penyokong2 PAS yang tidak marah dan berasa malu memang nya bermuka tembok dan di tampal kulit babi.

Selasa, Januari 17, 2012

Kurniaan ALLAH kepada PAS ..............

Dato Hasan ibarat sebuah jentolak kurniaan Allah untuk meruntuhkan tembok PAS. 

Image PAS mula pudar dan layu semenjak ianya bersengkokol dengan DAP dan PKR. Penyokong2 atas pagar terus terjun memehak kepada UMNO. Penyokong2 tegar nya pula berbelah bagi, ramai yang keluar dan menyokong UMNO secara senyap2. Ini lah yang telah menyebabkan PAS tewas berturut2 pada PKR yang lepas.

Pemimpin2 PAS sedar perkara ini, tetapi oleh kerana kedegilan Tuan Guru PAS ianya diketepikan sahaja. Perkongsian PAS, PKR dan DAP sebenarnya lebih banyak menguntungkan UMNO. Kaum melayu/islam yang sedar sudah kembali menyokong UMNO.

Tembok PAS yang sentiasa di serang UMNO sudah semakin retak dan remuk, kini keujudan Dato Hasan pasti tembok PAS akan terus roboh ranap menyembah bumi. Sekarang Dato sudah pun bermula sedikit demi sedikit memecahkan tembok usang PAS.

Pada PRU 12 yang lepas, pencacai2 PAS dan pemimpin2 nya riuh rendah melaungkan bahawa UMNO sudah nazak. Tetapi hari ini kita pula yang akan melaungkan bahawa PAS sudah nazak. PAS mengharaf kan sokongan dari PKR dan DAP sedangkan PKR sendiri sudah nazak.

Bagi DAP yang mendapat sokongan majoriti dari kaum cina pula berlainan gaya nya. Kaum cina bijak berpolitik. Kaum cina mementingkan kemantapan ekonomi mereka. Jika mereka terlihat cara pemerintahan BN ini boleh mendatangkan kelabaan ekonomi mereka pasti mereka akan menyokong BN.

Sekarang kerajaan BN sedang berada dalam landasan ekonomi yang sangat memberangsangkan. Kaum cina sudah dapat merasakan kebangkitan pertumbuhan ekonomi negara ini. Perniagaan mereka semakin maju, tidak ujud kemelesetan ekonomi dalam negara ini. Ini lah faktor utama yang akan menyebabkan kaum cina pasti akan terus menyokong kerajaan BN.



Isnin, Januari 09, 2012

Rehat sebentar - Cerita Kes Anwar ketepikan, tutup kan aje dulu

 Peminat ceramah PR
Kebanyakan nya dungu2 belake

Selama ni kita dah hampir terlupe tentang persiapan kita untuk menghadapi PRU 12 yang semakin hampir tibe. Bukan nya ape, kita ni terlalu giarah sesangat tentang kes liwat si Nuar tu. Yang kite tunggu2 nak tau sangat ialah keputusan tuan hakim, nah sekarang dah pun dapat - dapat kecewa sesangat tentang keputusan tu.

Tapi jangan susah hati, perkara ini sebenarnya belum muktamat dan belum berakhir. Ianya pasti akan bersambung lagi dalam mahkamah rayuan. Tok yakin pada masa itu kita akan mendapat keputusan yang muktamat dan yang se benar2 nya adil.

Sehingga pukul 4.00 ni Tok masih lagi belum jamah nasik, tak de selera nak makan. Tak tau le ape sebab nya - tak lapo kut. Tok nak ingat kan sikit, bila si Nuar ni dah bebar dari tuduhan nya kita kena jage2, dia ni sangat 'cunning' kate orang putih. Dia boleh laku kan ape saja untuk menunaikan hasrat nya menjadi PM Malaysia.

Tok ada pernah juge pergi dengar ceramah yang di anjurkan oleh PR, penceramah2 mereka ni memang handal2 belake. Manusia yang kurang panjang akal nya memang mudah terpengaruh. Tapi bagi Tok yang panjang akal ni memang tak mudah terpengaruh.

Sepatutnya kerajaan kena kawal ceramah2 PR ni, kalau perlu di haramkan saja. Pada pendapat Tok yang dah tua ni, ceramah2 PR boleh mengganggu gugat ke amanan dan ketenteraman negara. Ini kerana segala ucapan penceramah2 PR ini bertemakan menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Pendek kata kalau kerajaan terus biarkan ceramah2 menghasut ni tanpa kawalan yang berkesan, pasti kerajaan BN akan tumbang pada PRU 13 akan datang.  

Dah bebas tu bebas le, jangan le buat kerja yang bukan2 lagi

Tok cume nak pesan sikit pada si Nuar ni. Kalau le mike ni dah beno2 bebas, ubah2 le sikit perangai tu. Takut2 nanti tibe2 timboi lagi kas episod liwat 111. Perkara ni tak mustahil akan berlaku lagi, dan lagi, dan lagi. Maklumle kalau dah ketageh. Benda ni same macam dadah juge, susah bebeno nak ilangkan ketagihan nye.

Tapi Tok yakin sesangat si Nuar ni mesti dah tobat nasoha. Dah tua, umo pun dekat2 sebaye Tok juge. Bila2 mase aje kena panggei pulang mengadap yang satu tu. Tok suka juga kalau si Nuar ni di bebaskan, se tidak2 nya kita 'ada lawan' dalam PRU 13 nanti.

Kalau le si Nuar ni merengkut dalam jel, dah tentu PRU akan datang ni jadi sunyi sepi tanpa perlawanan. Deme ni setakat boleh lawan aje, menang jangan haraf. Maklum le kita dah semua tahu macam mane kedudukan PKR sekarang ni - dah nazak nak mampuh dah.

Apa idak nye, dari 32 orang pengasas dan pemimpin nya 28 dah angkat kaki lari cabut keluar PKR. Yang cabut keluar itu semua nya bukan calang2 orang, semua nya ada pangkat beso belake. Ini nandakan bahawa PKR dan tinggal nyawa2 ikan.

Nasihat ter akhir dari Tok: Wahai si Nuar! Ingat lah bahawa kaum sedang dalam perhatian semua orang!

Ahad, Januari 08, 2012

Sebatang lagi gigi PAS tercabut



Kuala Lumpur, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.



Tok dah agak dah, YB Dato' Dr Hasan ni memang 'cari pasal' untuk di pecah. Kan ke sekarang dah di pecah, itu lah yang sebenarnya kemahuan Dato' ni. Dengan terpecat nya Dato' ni maka tercabut lah sebatang gigi PAS. 

Sebenar nya ada banyak lagi gigi2 PAS yang dah goyang, berlubang dan berulat tunggu masa di cabut. Selama ini PAS sedang menderita yang amat sangat kerana kesalitan gigi ni. Pada mula nya tak nak cabut, tapi oleh kerana tidak tertahan lagi kesakitan nya, akhir nya dengan perasaan dukacita terpaksa di cabut juga.

Mungkin tak lama lagi PAS hanya tinggal dua batang gigi taring yang dah goyang2 juga. Gigi taring ni dah goyang2 kerana sudah 'tamat tempoh' dah sampai masa nya untuk tercabut  dan tertanggal mengikut hukum alam.

Tok rasa, PAS ni akan jadi macam PKR juga, bezanya PKR semakin ramai yang lompat keluar parti, Tapi PAS berbeza sikit - semakin ramai yang kena PECAT.  Tok pernah kata bahawa ramai penyokong2 dan termasuk juga pemimpin2 nya yang anti DAP. Mereka memang tak setuju PAS bersengkokol dengan DAP.

Kita sama2 tunggu aje bila tiba PRU13 nanti, pasti parti tuan guru ni terkubur.

Bloggers pro-PR longlai .................














Kebelakangan ni Tok banyak ninjau blog2 penyokong PR terutamanya yang sokong PAS dan PKR. Pada pendapatan Tok hampir semua posting yang mereka kemukakan melalut belaka, langsung tidak memberi apa2 perangsang pada para pengunjung dan pembaca nya.

Tok ada terjumpa satu blog yang dulu2 nya sangat popular menghentam pemerintah, kini dengan tiba2 dah buat posting tentang minat nya berkebun sayur pula. Memang lucu, dah kehabisan modal agaknya. Nak hentam kerajaan dah tak de point lagi.

Begitu juga dengan bab cerita tentang menunggu keputusan hakim perbicaraan kes liwat II, hampir semua bloggers yang pro-PR tersentap, tergamam dan tak tau nak buat ape2. Ada juga yang langsung tak up-date posting nya ber minggu2 atau ber bulan2, ramai pula yang dah terus close-down.

Sebenar nya hari ini kita mempunyai sebuah kerajaan yang terbaik, boleh juga di katakan salah satu yang terbaik di dunia. Bukti nya, kita dapati ber duyun2 pendatang asing yang datang ke sini untuk cari rezeki. Ini menandakan bahawa di negara mereka susah cari makan.

Penyokong2 PR yang menentang kerajaan yang memerintah ini sebenarnya terdiri dari manusia yang jahil, busuk hati dan dengki khianat. Mereka sebenarnya sedang hidup senang dan mewah di bawah pemerintahan kerajaan BN selama ini. Oleh kerana mereka ni sangat jahil dan busuk hati maka mereka tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya.

Tok sentiasa ingatkan pada semua anak2 cucu cicit Tok supaya menjauhi PR dan terus menyokong BN.

Jumaat, Januari 06, 2012

Tindakan terakhir DSAI

9 hb Jan 2012, hari penentu masa depan DSAI dan juga keujudan PKR. Memang wajar bagi DSAI menjelajah keceruk rantau tanah air untuk memberi ucap 'selamat tinggal' kepada sekelian para peminat nya. Tidak hairan mengapa begitu ramai yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau.

Tika ini juga beliau mungkin ambil kesempatan untuk ber maaf2 pan antara beliau dan penyokong2 nya. Mana lah tau jika beliau di takdirkan bersalah dan menerima hukuman penjara yang agak sedikit lama. Maklum lah macam tok yang dah tua ni nyawa akan berpisah dari jasad nya pada bila2 masa saja. 

Sebenar nya tok sendiri tidak dapat pasti sama ada DSAI didapati bersalah atau tidak pada hari Isnin 9hb Januari 2012 ini. Pun juga tok tak boleh berpendapat sama ada beliau ada lakukan atau tidak perkara yang terkutuk itu. Sebenar nya siapa pun tidak dapat mengetahi akan perkara yang sebenar nya melainkan ALLAH sahaja.

Pendirian tok sedemikian bukan nya bermakna tok menyebelahi atau sokong mana2 pehak. Cume tok sangat takut tersalah tuduh yang mana ianya boleh mendatang kan fitnah. Tok serahkan sahaja semuanya kepada pehak yang berkenaan dan berdoa supaya beliau terbebas dari tuduhan nya jika beliau benar2 tidak laku kan nya.

Jika beliau di dapati bersalah dan telah benar2 melakukan kesalahan itu maka tok hanya boleh ucapkan simpati dan sama2 bersedih keatas apa perkara yang telah di laku kan nya.

Ahad, Januari 01, 2012

Tutup kampus UPSI

Tindakan segera yang berkesan perlu di ambil segera. Sebenar nya perkara ini boleh di selesaikan dalam kampus sahaja, ianya tak perlu tindakan polis. Jika ianya sampai ke tindakan polis, inilah jadi nya. Apa yang perlu di laku kan oleh pehak pentadbiran UPSI ialah menutup kampus (cuti kecemasan) untuk beberapa minggu.

Dalam pada masa itu kutip semua penuntut2 yang terlibat, siasat sepenuhnya sehingga keakar umbi. Tuduh menuduh siapa dalang nya ada perkaran yang tidak bijak. Apa lagi menyalahkan mana2 pehak sebelum siasatan terperinci telah di buat.

Sebenarnya penuntut yang terlibat boleh di bilang dengan jari sahaja. Jika mereka berdegil dan tidak boleh dinasihat lagi, singkir kan saja, masih lagi ramai anak2 kita yang tidak berpeluang  masuk ke UPSI atau ke mana2 pusat pengajian tinggi walaupun mereka layak.