9 hb Jan 2012, hari penentu masa depan DSAI dan juga keujudan PKR. Memang wajar bagi DSAI menjelajah keceruk rantau tanah air untuk memberi ucap 'selamat tinggal' kepada sekelian para peminat nya. Tidak hairan mengapa begitu ramai yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau.
Tika ini juga beliau mungkin ambil kesempatan untuk ber maaf2 pan antara beliau dan penyokong2 nya. Mana lah tau jika beliau di takdirkan bersalah dan menerima hukuman penjara yang agak sedikit lama. Maklum lah macam tok yang dah tua ni nyawa akan berpisah dari jasad nya pada bila2 masa saja.
Sebenar nya tok sendiri tidak dapat pasti sama ada DSAI didapati bersalah atau tidak pada hari Isnin 9hb Januari 2012 ini. Pun juga tok tak boleh berpendapat sama ada beliau ada lakukan atau tidak perkara yang terkutuk itu. Sebenar nya siapa pun tidak dapat mengetahi akan perkara yang sebenar nya melainkan ALLAH sahaja.
Pendirian tok sedemikian bukan nya bermakna tok menyebelahi atau sokong mana2 pehak. Cume tok sangat takut tersalah tuduh yang mana ianya boleh mendatang kan fitnah. Tok serahkan sahaja semuanya kepada pehak yang berkenaan dan berdoa supaya beliau terbebas dari tuduhan nya jika beliau benar2 tidak laku kan nya.
Jika beliau di dapati bersalah dan telah benar2 melakukan kesalahan itu maka tok hanya boleh ucapkan simpati dan sama2 bersedih keatas apa perkara yang telah di laku kan nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,