Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Januari 01, 2012

Tutup kampus UPSI

Tindakan segera yang berkesan perlu di ambil segera. Sebenar nya perkara ini boleh di selesaikan dalam kampus sahaja, ianya tak perlu tindakan polis. Jika ianya sampai ke tindakan polis, inilah jadi nya. Apa yang perlu di laku kan oleh pehak pentadbiran UPSI ialah menutup kampus (cuti kecemasan) untuk beberapa minggu.

Dalam pada masa itu kutip semua penuntut2 yang terlibat, siasat sepenuhnya sehingga keakar umbi. Tuduh menuduh siapa dalang nya ada perkaran yang tidak bijak. Apa lagi menyalahkan mana2 pehak sebelum siasatan terperinci telah di buat.

Sebenarnya penuntut yang terlibat boleh di bilang dengan jari sahaja. Jika mereka berdegil dan tidak boleh dinasihat lagi, singkir kan saja, masih lagi ramai anak2 kita yang tidak berpeluang  masuk ke UPSI atau ke mana2 pusat pengajian tinggi walaupun mereka layak.


1 ulasan:

  1. pentadbiran upsi pun sama bodoh... nak buat macam mana.

    BalasPadam

, , , ,