Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 15, 2014

Cerama PAS menghasut dan meracuni fikiran rakyat. Perhimpunan HARAM menggugat keamanan negara.



Kerajaan BN harus bertindak segera dan tegas sebelum terlambat. Sekarang kedudukan BN dalam keadaan amat merbahaya. Ancaman dari parti lawan semakin mengugat BN terutamanya UMNO.

Ancaman yang paling merbahaya ialah ceramah2 parti lawan, setiap ceramah mereka menghasut dan menghamburkan fitnah supaya membenci kerajaan. Semua bentuk CERAMAH harus di HARAM kan. Penceramah yang telah terbukti menghasut perlu dikenakan hukuman yang setimpal mengikut akta hasutan.

Perhimpunan haram juga akan membawa padah yang sangat buruk terhadap kerajaan. Penganjur PERHIMPUNAN HARAM mesti dikenakan hukuman mengikut akta ISA.

Cara kerajaan bertindak menangani masalah ancaman yang sedang mengugat keharmonian dan keamanan negara terlalu lemah dan tidak berkesan. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak lebih berkesan dengan melaksanakan segala akta dan undang2 yang sah untuk membendung masalah ini.

Jika kerajaan gagal bertindak segera, ada kemungkinan kerajaan akan menghadapi masalah besar pada PRU14 nanti.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.

Isnin, Januari 09, 2012

Rehat sebentar - Cerita Kes Anwar ketepikan, tutup kan aje dulu

 Peminat ceramah PR
Kebanyakan nya dungu2 belake

Selama ni kita dah hampir terlupe tentang persiapan kita untuk menghadapi PRU 12 yang semakin hampir tibe. Bukan nya ape, kita ni terlalu giarah sesangat tentang kes liwat si Nuar tu. Yang kite tunggu2 nak tau sangat ialah keputusan tuan hakim, nah sekarang dah pun dapat - dapat kecewa sesangat tentang keputusan tu.

Tapi jangan susah hati, perkara ini sebenarnya belum muktamat dan belum berakhir. Ianya pasti akan bersambung lagi dalam mahkamah rayuan. Tok yakin pada masa itu kita akan mendapat keputusan yang muktamat dan yang se benar2 nya adil.

Sehingga pukul 4.00 ni Tok masih lagi belum jamah nasik, tak de selera nak makan. Tak tau le ape sebab nya - tak lapo kut. Tok nak ingat kan sikit, bila si Nuar ni dah bebar dari tuduhan nya kita kena jage2, dia ni sangat 'cunning' kate orang putih. Dia boleh laku kan ape saja untuk menunaikan hasrat nya menjadi PM Malaysia.

Tok ada pernah juge pergi dengar ceramah yang di anjurkan oleh PR, penceramah2 mereka ni memang handal2 belake. Manusia yang kurang panjang akal nya memang mudah terpengaruh. Tapi bagi Tok yang panjang akal ni memang tak mudah terpengaruh.

Sepatutnya kerajaan kena kawal ceramah2 PR ni, kalau perlu di haramkan saja. Pada pendapat Tok yang dah tua ni, ceramah2 PR boleh mengganggu gugat ke amanan dan ketenteraman negara. Ini kerana segala ucapan penceramah2 PR ini bertemakan menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Pendek kata kalau kerajaan terus biarkan ceramah2 menghasut ni tanpa kawalan yang berkesan, pasti kerajaan BN akan tumbang pada PRU 13 akan datang.  

Selasa, Jun 08, 2010

Kekuatan PAS...............

UMNO seharusnya tidak memandang rendah dan mudah tentang kekuatan PR terutamanya PAS. UMNO perlu membuat satu kajian tentang kekuatan PAS.

Jika dua tiga puluh tahun dahulu kita cuma anggap PAS cuma sebagai parti 'nyamuk' sahaja. Setiap kali mereka bertanding dalam PRK pasti calun nya akan hilang wang pertaruhan nya. Pada PRU pula jika mereka bertanding di luar Kelantan hampir semua calun nya akan hilang wang pertaruhan.

Perkara sesemikian sudah tidak berlaku lagi hari ini. Setiap PRK atau PRU calun2 PAS terus menambah bilangan penyokong nya. Sebalik nya UMNO pula yang mendapat semakin berkurangan sokongan nya. Ada kah UMNO sedar dengan perkara ini? Jika sedar, apa kah langkah2 tindakan yang telah dibuat oleh UMNO?

Sokongan rakyat terhadap PAS semakin bertambah. Ini lah hasil maksul dari ceramah2 yang tidak putus2 di buat oleh PAS diserata ceruk rantau bumi Malaysia dari dulu hingga kehari ini. Ceramah2 PAS ini telah berjaya menguatkan parti nya. Penceramah2 PAS turun padang tanpa arahan dan upah atau ganjaran dari pemimpin2 atasan nya.

Rakyat yang datang hadir pula sanggup menghulurkan sekupang dua kupang untuk membantu duit minyak dan makan penceraham2 itu. Ini lah salah satu sebab mengapa PAS semakin hari semakin bertambah kuat.

Sepatutnya UMNO harus 'meniru' cara PAS mendapat sokongan rakyat.