Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kristian. Papar semua catatan

Ahad, November 02, 2014

Ini bukti Islam semakin hilang kuase............

K'jaan akan pulangkan cakera, buku Kristian

MALAYSIAKINI

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cakera digital dan buku berkaitan agama Kristian yang dirampas di KLIA2 pada 25 Oktober lalu akan dipulangkan semula pada pemiliknya.

Katanya, KDN berpendapat bahawa kesemua 574 buah buku, 419 keping CD dan 5 keping DVD itu patut dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Tegasnya, rampasan itu dibuat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia bukannya oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Bahan itu datang dari Indonesia, transit di KLIA untuk dibawa ke Sabah. Bahan itu untuk kegunaan di Sabah. Maka KDN berpendapat bahan-bahan itu patut dipulangkan," katanya.........


Tidak mustahil di suatu hari kelak Islam akan terus hilang suare nye di Malaysia ini. Nampak nye agama lain selain dari Islam sudah menjadi semakin berani dan lantang memperjuangkan agama mereke.

Kite mengaku negare Malaysia ini sebagai sebuah negare Islam tetapi pade hakikatnye ianye hanye tinggal pade name nye sahaje. Suare Islam sudah jadi lemah di sebabkan perpecahan kuase politik orang melayu/Islam itu sendiri.

Perpecahan politik melayu/Islam ini telah menyebabkan melayu/Islam 'hilang kuase politik', UMNO tidak mampu berkuase tanpa sokongan dari kaum kafir dan begitu juge PAS tidak mampu juge berkuase tanpa sokongan kaum kafir.

Sekarang kaum kafir sudah merasekan diri nye sangat penting dan diperlukan oleh UMNO atau pun PAS, maka di sinilah mereke sudah tunjuk kan 'jual mahal' nya.

PAS terpakse 'membodek' kafir untuk mendapat sokongan dan begitu juge dengan UMNO yang terpakse mengikut segale kehendak kafir untuk mengekal kan kuase nye.

Orang melayu/Islam harus sedar dengan perkare ini, kesedaran sahaje tidak cukup, melayu/Islam harus segere bertindak untuk kembali bersatu dan menguatkan kuase politik nye dengan sendiri tanpa sokongan dan bantuan dari kaum kafir.

Ahad, Januari 05, 2014

Tanda2 awal politik melayu/islam sudah lemah...........


Tok Gajah yakin dalam mase terdekat ni melayu/islam akan kehilangan kuase politik nye. Hari ni melayu sudah tiade kuase sendirian untuk berkase dalam politik, melayu terpakse bergantung haraf dari kaum bukan melayu untuk berkuase dalam politik. Perkare ni terjadi kerane kaum melayu sudah berpecah-belah dalam politik.

Sudah jelas dan nyate kaum bukan melayu/kafir mule ambil kesempatan diatas kelemahan kuase politik melayu ni. Kaum bukan melayu/kafir semakin berani bersuare lantang 'menyergah dan menunjal' dahi orang melayu/islam. Mereke tahu bahawe melayu 'takut' kehilangan sokongan orang bukan melayu/kafir.

Dalam isu kalimah Allah ni melayu/islam sudah hilang daye kuase nye untuk mempertahan kan nye dari di gunekan oleh kristian. PKR sememang nye sudah pasti akan menyokong pehak kristian sedangkan PAS bersikap 'talam due muke' dalam menangani isu kalimah Allah ni.

Sebenar nye PAS dan PKR sudah pun menggadaikan kalimah Allah ni demi untuk mendapatkan sokongan dari kaum kafir. PAS bukan lagi sebuah parti yang benar2 memperjuangkan agama Islam. PAS sudah terusterang menyokong kristian dalam isu kalimah Allah ni.

UMNO bagaimane pule? Pade pandangan Tok Gajah, UMNO ni pun juge dalam keadaan ber hati2 juge. Same juge se akan2 macam PAS, takut kehilangan sokongan kaum kristian.

Pade pendapat Tok Gajah, melayu kerugian besar dan akan di timpe bale kerane berpecah-belah dalam politik. Melayu akan pasti akan kehilangan kuase politik nye jike terus berpecah dalam politik.

Isnin, Oktober 14, 2013

Satu tamparan hebat terhadap PAS............

Kerajaan menang rayuan


PUTRAJAYA: The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah.
Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini hari ini untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "Tuhan".

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal. - Bernama

Jumaat, Ogos 23, 2013

Dimane letaknye kedaulatan Negara Islam Malaysia...............


Pusingan kali ni nampak nye telah memehak kepade umat Islam Malaysia khasnye dan juge bagi umat2 Islam di seluruh donie am nye. Rate2 umat Islam di Malaysia berase lege dengan peputusan Mahkamah Rayuan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah bagi kaum kristian.

Sebenar nye perjuangan kite ini baru bermule, makin banyak lagi ranjau2 yang pasti kite akan menempuh nye di hari muke nanti. Kaum kristian tidak akan mudah angkat tangan mengak, mereke akan terus berusahe untuk mencapai hasrat nye dengan apecare juge.

Kite sudah tiade lain pilihan selain kembali bersatu padu untuk menentang 'musuh2 Islam' yang sudah pun bertapak dan berdiri tuguh di hadapan mate. Mereke sudah dapat menghidu kelemahan umat Islam di Malaysia yang sedang berpecah belah dalam penguasaan politik.

PAS sudah memang tidak boleh di haraf lagi, hari ini halatuju parti itu sudah jauh terpesong dari sasaran nye untuk membele untung nasib agama Islam. PAS sudah tunduk tersungkur sujud di hujung kaki kaum kafir. PAS terpakse berbuat demikian se mate2 untuk mendapat sokongan dari kaum kafir demi kepentingan parti politik nye.

Kini kite sudah tiade yang lain untuk bergantung haraf selain dari UMNO yang sudah ternyate kebenaran nye dan ke ikhlasan membele agama Islam di Malaysia ini. Perjuangan UMNO memang ternyate benar2 telah membele nasib kaum melayu dan agama Islam selame memerintah negare.

Tok sangat yakin hanye UMNO sahaje yang boleh mempertahankan kedaulatan dan maruah agama Islam dari di cemari oleh kaum laknatullah yang ujud di muke bumi Malaysia. Tanpa perjuangan UMNO Tok yakin kaum kafir ni sudah pun tercapai niat dan cite2 yang mereke idamkan, iaitu memurtad kan sebanyak mungkin orang2 Islam di Malaysia ini.

Khamis, Ogos 22, 2013


Kalimah Allah: Permohonan gereja ditolak



PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130822/ma_10/Kalimah-Allah-Permohonan-gereja-ditolak#ixzz2cgOj5Yx6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, Julai 14, 2013

PAS perlu dihapuskan demi perpaduan melayu/islam...............?

Dalam bulan pose ni Tok nak tahan kan sikit dari bercakap banyak. Tapi Tok hilang sabo sedikit bile Dute Vatican Marino tu dah sentuh tentang kalimah Allah. Bagi Tok isu kalimah Allah ni sangat sensetif bagi orang2 melayu yang beragame islam di Malaysia.

Orang melayu yang beragame islam di Malaysia memang menetang kehendak kaum kristian menggunekan kalimah itu. Bagi Tok sendiri, Tok yakin bahawe kaum kristian di Malaysia ni ade tujuan lain yang tersembunyi mengape mereke ber sungguh2 sangat mahukan penggunean kalimah Allah tu.

Sebagai contoh, di Indonesia mereke boleh di katekan dah berjaye memurtad kan ramai anak2 mude islam, kini di Malaysia mereke sedang giat menjalan kan kerje2 untuk memurtadkan anak2 mude kite pule. Jike di benarkan penggunean kalimah Allah kepade kristian make ianye sangat memudahkan untuk memesongkan akidah anak2 mude melayu yang terlalu cetek pengtahuan agame islam nye.

Kaum kristian ni sangat kuat pengaruh pertubuhan nye di seluruh dunie. Mereke sudah meyedari bahawe umat islam di Malaysia semakin lemah dari segi penguasean politik. Kuase politik melayu sudah berpecah kepade due kumpulan besar iaitu PAS dan UMNO.

UMNO yang sedang berkuase terpakse 'tunduk' kepade kafir demi untuk terus berkuase memerintah negare, sedangkan PAS juge turut terpakse 'tunduk' kepade kafir kerane teringinkan sangat untuk berkuase. Kini melayu/islam sudah tunduk kepade kaum kafir.

Untuk mengembali kan kekuasaan melayu/islam kembali teguh dan kukuh seperti asal dulu, kite sudah tiade pilihan lain lagi kecewali kaum melayu/islam bersatu - bersatu kedalam sebuah parti tunggal. PAS terpakse di korbankan, kerane sudah hampir lebih satu abad parti itu dok di takuk lame aje.

PRU13 yang lalu telah membuktikan bahawe PAS tidak di terime oleh melayu/islam. PAS cume mampu memperolehi 21 kerusi parlimen sahaje, itu pun dengan bantuan pengundi kafir! Sedangkan UMNO berjaye memperolehi sebanyak 109 kerusi yang di sokong tulin oleh kaum melayu/islam.

PAS harus di hapuskan demi perpaduan melayu/Islam.

Isnin, April 15, 2013

PAS akan mati tanpa Nik Aziz???

Ari ni Tok nak cerite sikit tentang PAS dan Nik Aziz. Tok tak nafikan tentang kehebatan Tuan Guru ni tentang ilmu agama dan politik nye. Tapi Tok rase sedikit mencurigai tentang care Tn Guru ni berpolitik. Ape yang Tok maksudkan ialah tentang perjuangan islam nye dalam PAS.

Pade asal nye PAS adelah sebuat parti islam yang sangat tulen. Semue nye yang berkaitan dengan kafir adelah HARAM. PAS berjuang untuk menegak kan sebuah negare islam dan menjalankan hukum2 islam sepenuh ni dalam undang2 dan perlembagaan negare.

Suatu ketike dahulu PAS menuduh UMNO kafir kerane bersengkokol dengan MCA dan MIC, sebab nye MCA dan MIC tu parti orang kafir. Malang nye, ari ni PAS dah pun bersengkokol dengan DAP. Adakah DAP tu parti yang mendokong islam?

PAS bukan sahaje setakat bersengkokol dengan DAP, malahan PAS sudah sanggup menggadaikan kalimah Allah yang sepatut di perjuangkan nye itu. PAS menyokong 100% bagi kristian menggune kan kalimah Allah untuk digune pakai ke dalam bible yang berbahase melayu.

Tn Guru Hj Nik Aziz tahu dan faham mengape kalimah Allah ni di gune pakai dalam bible versi bahasa melayu sahaje dan bukan nye kedalam semue bible. Tn Guru Hj Nik Aziz juge tahu bahawe tujuan kristian menggunekan kalimah Allah dalam bible bahase melayu ni se mate2 untuk memesongkan akidah orang2 islam yang lemah atau cetek pengetahun agame islam nye.

Al-kitab Bible versi bahase melayu yang hampir menyamai Al-Quran


Khamis, Januari 10, 2013

PAS semakin menghancurkan diri nye .................


Tok peratikan PAS ni semakin hari semakin melampo sesangat. Perbuatan nye menyokong kristian untuk menggunekan kalimah Allah ke dalam bible bahasa melayu amat menghine umat2 islam. Tok haraf supaye anak2 cucu Tok melihat, mendengar dan menghayati ape yang akan di sampaikan oleh Tn Guru Datuk Dr Haron Din dalam klip VDO di bawah ni.

PAS ni dah nampak sangat naik tocang nye semenjak ianye bersengkokol dengan DAP. PAS ni dah semakin lupe diri ape bile mendapat sokongan dari kaum kafir untuk menentang islam. Pemimpin2 PAS sanggup membodohkan diri ape bile presiden DAP menentang habis habisan tentang perlaksanaan hukum Hudud yang di perjuangkan oleh PAS.

Sekarang ape bile Lim Guan Eng@DAP mahukan kalimah Allah di gune pakai ke dalam bible bahasa melayu, PAS bermati matian pule menyokong nye. Tok rase umat islam akan faham maksud mengape kristian ber sungguh2 mahukan kalimah Allah di masuk kan ke dalam bible bahasa melayu setelah menonton klip VDO di bawah ni.

Rabu, Januari 09, 2013

Apa tujuan sebenar kalimah Allah diguna pakai dalam bible bahasa melayu ..........????


"Nik Aziz setuju bukan Islam guna kalimah Allah, Najib macam mana?

January 8, 2013
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.


KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

“Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.........."

Tn Guru Hj Nik Aziz tahu ape niat kristian mengune pakai kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Walau pun beliau tahu tentang niat buruk itu, malang nye demi untuk meraih sokongan dan undi dari kaum kristian beliau sanggup menyokong nye.

TGHNA tahu bahawa ramai umat islam terutame nye gulungan anak2 mude kite lemah dalam pengtahuan dan pegangan islam nye. Beliau juge tahu bahawa mubalik2 kristian akan mudah mengembangkan agama kristian dengan ade nye bible bahasa melayu yang menggune kan kalimah Allah.

Bagi yang cetek tentang pengetahuan dan pegangan agama islam, mereke mudah terpengaruh kepada ajaran kristian dengan memandangkan atau ber anggapan bahawa kristian itu same dengan islam, kerane ke dua2 nye bertuhan kan "Allah".