Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Januari 09, 2013

Apa tujuan sebenar kalimah Allah diguna pakai dalam bible bahasa melayu ..........????


"Nik Aziz setuju bukan Islam guna kalimah Allah, Najib macam mana?

January 8, 2013
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.


KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

“Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.........."

Tn Guru Hj Nik Aziz tahu ape niat kristian mengune pakai kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Walau pun beliau tahu tentang niat buruk itu, malang nye demi untuk meraih sokongan dan undi dari kaum kristian beliau sanggup menyokong nye.

TGHNA tahu bahawa ramai umat islam terutame nye gulungan anak2 mude kite lemah dalam pengtahuan dan pegangan islam nye. Beliau juge tahu bahawa mubalik2 kristian akan mudah mengembangkan agama kristian dengan ade nye bible bahasa melayu yang menggune kan kalimah Allah.

Bagi yang cetek tentang pengetahuan dan pegangan agama islam, mereke mudah terpengaruh kepada ajaran kristian dengan memandangkan atau ber anggapan bahawa kristian itu same dengan islam, kerane ke dua2 nye bertuhan kan "Allah".

1 ulasan:

  1. buat projek mengtong sampahkan bible bahasa melayu dan menentnag penggunaan kalimah Allah dan berdebat dgn mereka perihal hak Nama Allah.Di luar negara mereka siap bakar lagi Al-Quran

    BalasPadam

, , , ,