Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Timbalan Perdana Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Timbalan Perdana Menteri. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 15, 2015

Zahid: Pemimpin Umno cuba jatuhkan kerajaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka ini sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

"Saya dapat maklumat ada usaha untuk gulingkan kerajaan sedia ada yang sedang dilakukan dan didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu.
"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga (usaha) untuk menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan melalui pintu belakang," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini.

Zahid, bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku malah turut meminta pemimpin Umno di semua peringkat juga melakukan perkara sama.

Kerusi diambil kira

"Ini adalah sesuatu yang serius. Saya tidak mahu menyebut nama orang itu, tetapi perkara ini berlaku. Sebagai timbalan perdana menteri dan juga Naib Presiden Umno, saya tidak akan membenarkan ia berlaku.

“Jika ada sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan, saya minta kepimpinan, akar umbi, parti bangun bagi memastikan keadaan ini tidak akan berlaku,” tegasnya.
Dalam pada itu mengulas mengenai pembangkang, Zahid berkata meskipun Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya lalu namun mereka tetap mendakwa memperoleh sokongan majoriti rakyat.

“Mereka ini adalah pemimpin yang tewas semasa pemilihan yang lalu namun mendakwa majotiri rakyat bersama mereka.

“BN menang kerana majoriti kerusi manakala undi popular kononnya dimenangi mereka. Tapi ikut sistem (Parlimen) British bukan jumlah undi yang dianggap majoriti,” katanya.

Ujar Zahid lagi, usaha itu adalah tindakan terdesak pihak berkepentingan dengan menggunakan taktik ‘pintu belakang’.

"Peguam sedang menyediakan memorandum tujuh muka surat dengan kertas kuning dilampirkan dengan SD untuk dibentangkan menyatakan bahawa mereka mempunyai suara majoriti.

"Ini akan membawa kepada pergolakan politik negara. Mereka tidak sanggup menunggu pilihan raya akan datang, mereka mahu menggunakan cara pintu belakang," katanya.

Bagaimanapun Zahid percaya ahli-ahli BN tidak akan jatuh dengan apa-apa "taktik pintu belakang".

Khabar angin kuat sebelum ini kuat mengatakan bahawa timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin pembangkang utama didakwa berkomplot untuk menggulingkan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

[Baca berita asal]

Sabtu, Januari 31, 2015

Kesepakatan UMNO-PAS diperlukan -- Muhyiddin


KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa untuk Umno dan Pas membentuk kesepakatan dan menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang pernah disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2009.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, kesepakatan itu amat diperlukan dalam realiti semasa tatkala Islam dikecam dan diancam dengan pelbagai tohmahan

“Ancaman ini termasuklah daripada orang Islam yang liberal dan ekstremis. Bagi keadaan di Malaysia, hanya Umno dan Pas institusi politik yang dilihat mempertahankan Islam.

“Sewajarnya untuk kedua-dua parti membentuk kesepakatan. Selain itu, ia juga amat penting kerana akan membina kekuatan bangsa Melayu sebagai peneraju pembangunan negara ini,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam. - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=241822:kesepakatan-umno-pas-diperlukan-muhyiddin&Itemid=2#ixzz3QJk7R66K
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Selasa, Januari 13, 2015

Apa saja tindakan kerajaan untuk kebaikkan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara, pasti akan mendapat tentangan dari Pakatan Rakyat

Islam/Melayu akan terus menjadi lemah dengan adanya Pakatan Rakyat yang sentiasa tampil kehadapan untuk membela seseorang yang kerajaan anggap menggangu keselamatan dan keamanan negara.

Apa yang kerajaan sedang lakukan hanya lah sekadar untuk menyasat sahaja. Malang nya sudah muncul kaum pembelanya dari Pakatan Rakyat.

Muhyiddin wajib tarik balik kenyataan terhadap Eric PaulsenOleh Shamsul Iskandar


Saya rujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang berkata tweet sdr Eric Paulsen, peguam hak asasi manusia telah melabel orang Islam sebagai ekstremis dan menggesa ‘tindakan tegas’ terhadap beliau.

Ini adalah satu kenyataan yang salah dan tidak berasas oleh Timbalan Perdana Menteri.

Tweet sdr Eric Paulsen mengkritik Jakim, satu agensi kerajaan. Tweet beliau tidak mengkritik mahupun menghina umat Islam atau agama Islam itu sendiri.

Perkara ini tidak sepatutnya timbul jika Timbalan Perdana Menteri ada membaca sendiri tweet tersebut sebelum memberikan komen mengenai isu ini.


Timbalan Perdana Menteri seakan telah terikut-ikut cybertrooper pro-Umno yang telah menyebarkan maklumat palsu yang kononnya tweet sdr Eric itu menghina umat Islam atau agama Islam itu sendiri.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak wajar, tidak bertanggungjawab, dan memprejudiskan siasatan polis. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang merupakan orang ke-2 dalam kerajaan, perkara ini turut menjejaskan hak sdr Eric sebagai orang yang sedang disiasat.

Telah menjadi amalan biasa golongan cybertrooper UMNO atau NGO sayap kanan untuk memutar-belitkan tweet atau kenyataan pembangkang atau pengkritik kerajaan seperti sdr Eric Paulsen. Ini memburukkan lagi keadaan dan hubungan masyarakat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri wajib menarik balik kenyataan beliau. Sebarang siasatan wajib dilaksanakan secara profesional dan mengikut undang-undang tanpa campur tangan politik.

Shamsul Iskandar Md Kin

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

Naib Presiden KEADILAN


Press Statement

12 January 2015

I refer to the statement by DPM Muhyiddin Yassin today claiming that prominent human rights lawyer Eric Paulsen's tweet had labeled Muslim's as extremists and calling for 'stern action' against him.

This is a misconceived and baseless claim by the DPM.

Eric Paulsen's tweet criticised Jakim, which is a government agency. His tweet did not criticise or insult Muslims or Islam.

This would have been clear to the DPM if he had read the tweet properly before making statements about it.

The DPM appears to have jumped on the bandwagon of pro-Umno cyber troopers who had spread blatant lies that the tweet had insulted Muslims/Islam.

The DPM's statement is uncalled for, irresponsible and prejudices the ongoing police investigation. As the DPM is the No.2 person in government, it also undermines Eric's rights as a person being investigated.

It has become standard practice for pro-Umno cyber troopers or right-wing NGOs to twist and manipulate tweets or statements by the opposition or government critics like Eric Paulsen. This is worsening the tone of public life in this country.

The DPM must withdraw his statement immediately. Any investigation must be carried out professionally and in accordance with the rule of law without any political interference.

Shamsul Iskandar Md Kin

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

Naib Presiden KEADILAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=235162:muhyiddin-wajib-tarik-balik-kenyataan-terhadap-eric-paulsen&Itemid=2#ixzz3Oelfd7D4
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter