Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Februari 26, 2015

Anwar dalam proses mohon belas ihsan sebagai pesalah - peguam

Khairul Anwar berkata, dengan memfailkan petisyen pengampunan, ia menunjukkan Ketua Pembangkang (foto) itu menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku. - Foto fail TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 26 Februari:

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses memohon belas ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang pesalah, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Beliau berkata tindakan memfailkan petisyen pengampunan membawa maksud Ketua Pembangkang itu mengaku atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

“Ia menunjukkan Anwar menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku.

“Permohonan pengampunan itu bukannya untuk menafikan hukuman yang telah dijatuhkan. Sekarang adalah proses mohon belas ihsan bagi pesalah yang dijatuhi hukuman,” jelasnya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Pada 24 Februari lalu, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong, yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar, Khairul berkata beliau tidak menyokongnya.

“Segala hujah, perdebatan, keterangan, alibi, bukti dan pengakuan bersumpah telah dibuat di mahkamah. Apabila keputusan telah dibuat, tidak seharusnya dan sewajarnya perdebatan dibuat di luar mahkamah.

“Ia (jika dilakukan) akan menjadi perbincangan umum dengan pelbagai persepsi kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta yang berpaksikan akta dan undang-undang. Elakkan daripada persepsi.

“Saya fikir, biarlah kita bagi ruang kepada pihak-pihak mempertikai ini menerima keputusan yang ditetapkan kerana ia telah diputuskan di peringkat paling tinggi di Malaysia,” katanya.
Khairul Anwar tidak bersetuju debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong diadakan kerana ia boleh disalah erti bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan.

Selain itu, katanya hampir 16 tahun rakyat dikelirukan oleh pelbagai teori serta andaian dan kini tiba masanya untuk rakyat menerima dan menjadikan kes Anwar sebagai iktibar bahawa tiada siapa akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti bersalah.

Peguam Shaharuddin Ali juga tidak menyokong cadangan perdebatan itu kerana berpendapat ia boleh disalah erti oleh pihak luar yang menyangka keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi.

“Pihak-pihak luar boleh menyangkakan seolah-olah keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi, padahal ia tidak boleh (dipersoalkan) kerana keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

“Lapan hakim telah berkata bahawa Anwar bersalah dan hanya satu hakim sahaja iaitu di Mahkamah Tinggi membebaskannya,” katanya.

Menurutnya perbahasan sedemikian juga boleh disalahertikan sebagai menghina keputusan mahkamah.

“Kena ingat bahawa dalam kes ini, Muhammad Shafee adalah wakil peguam negara dan juga timbalan pendakwa raya, jadi dalam undang-undang, beliau adalah penjawat awam.

“Tidak elok bagi mereka yang berstatus penjawat awam untuk berentap sedemikian,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/anwar-dalam-proses-mohon-belas-ihsan-sebagai-pesalah-peguam/#ixzz3SrUoKZ8H

Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka dan Parlimen Permatang Pauh, apa kata PM Najib

UMNO tidak tanding PRK Chempaka

PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.

KUALA LUMPUR, 25 Februari: UMNO tidak akan meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar pendapat daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Menurut Najib, terdapat pelbagai faktor kukuh yang memerlukan lebih tumpuan seperti pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini telah berbincang dan kita ambil keputusan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Chempaka.

“Kita memikirkan bahawa kita melihat kepada usaha-usaha perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan ideologi politik,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di PWTC di sini.

Jelas Najib, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK bukan perkara baru dan UMNO pernah melakukannya sebelum ini seperti di PRK Bukit Gelugor.

“PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.

“Bagaimanapun kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertanding termasuk calon bebas,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata UMNO masih menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita tunggu ikut tafsiran perlembagaan.

“SPR akan menerima nasihat tafsiran tersebut dan SPR akan tentukan tarikh.

“Bila SPR tentukan tarikh, MT akan membuat keputusan kelak,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/umno-tidak-tanding-prk-chempaka/#ixzz3So7QoU00

Selasa, Februari 24, 2015

Pengasingan dispensari perlu diteliti supaya tidak bebankan rakyat

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.

KUALA LUMPUR, 24 Februari:

Cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi iaitu pengasingan dispensari perlu diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan dan menjejaskan keselamatan pesakit.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata apa jua polisi kerajaan berhubung pengasingan dispensari ini perlulah dilaksanakan secara realistik dengan mengambilkira kebersediaan negara dengan jumlah farmasi dan prasarana lain yang mencukupi

Menurutnya, pelaksanaannya juga perlulah mengambil kira sejauh mana ia praktikal kepada keadaan pesakit dan keluarga dari segi keselamatan, kemampuan serta keselesaan mereka.

“Wanita mengakui keperluan mengimbangi tanggungjawab dua entiti penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu kedoktoran yang merupakan profesion yang patut kita sanjung dan hormati namun pada masa yang sama kepakaran ahli farmasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya.

“Bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan kesihatan negara secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.

Sekiranya pindaan berkenaan diluluskan, ia bermakna orang awam yang mendapatkan rawatan doktor di klinik swasta tidak lagi boleh membeli ubat di klinik berkenaan tetapi sebaliknya perlu mendapatkan ubat yang disarankan oleh doktor di farmasi luar.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menjelaskan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara berkenaan kerana masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan pada ketika ini mengenai perkara berkenaan.

Isnin, Februari 23, 2015

Berita panas yang pasti bikin buntut PKR dan DAP berasap............

Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung. - Foto Facebook Najib Razak

KUALA LUMPUR, 23 Februari:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.

Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

“Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara,” katanya.

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/23/najib-mb-kelantan-bertemu-di-putrajaya/#ixzz3SZQxE8w8

PAS bertelinga kuali..........?


Kenyataan DAP tidak wakili semua bukan Islam
Muhammad Khalil berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.

KUALA LUMPUR, 23 Februari:

Kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan DAP mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mewakili suara semua bukan Islam di Malaysia.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan di luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan.............


Tok dah lame juga agak nye tak besorah dalam laman blog ni. Sekarang ni cuace dah panas selepas banjir yang lalu, ini yang menyebabkan tok sebuk menambah stok ternakan dan menyulam pokok tanaman yang banyak mati semasa banjir tu.

Sekarang tok nak mulekan bersorah dengan menyentuh sedikit tentang persahabatan PAS dengan DAP. Tok dah peratikan tentang 'persahabat' PAS dan DAP ni dari semenjak mereke mule2 'berjabat tangan dan perpelukan' tanda bermule nye ikatan tali persahabatan yang akrab.

Hari ini nampak nye DAP sudah menampak kan melonggarkan tali ikatan persahabat diantar mereke berdua. Sejak dari mule dulu DAP memang nye sangat phobia dengan perkataan 'Hudud'. Inilah punca utama mengape DAP bertelagah dengan PAS.

Setiap kali PAS bersuare untuk melaksanakan Hudud, pasti ianye menerime 'tentangan' keras dari DAP. Malang nye pemimpin2 PAS ni hanye mampu menepis serangan DAP tu dengan dua rangkapa kata sahaje. Ayat pertama: "Itu hanya pendapat perbadi, ayat kedue tidak semue penyokong DAP tolak hudud".

Sekarang tok nak cabar pemimpin2 PAS ni supaye menamakan seorang pemimpin parti bukan Islam yang menyokong Hudud, tak kire le dari mana2 parti pun.