Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 18, 2014

DAP menguasai PKR dan PAS Selangor


(Suara TV) – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat PKR dan PAS Selangor banyak dipengaruhi pendirian DAP di negeri itu sehingga beberapa isu Islam gagal diselesaikan dan dibiarkan tenggelam begitu sahaja.

Menyentuh penganjuran pesta arak Oktoberfest yang berlangsung baru-baru ini, Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata perbezaan pandangan di dalam PKR dan PAS juga dilihat menyukarkan keadaan.

Rakyat juga ‘keliru’ dengan kenyataan yang diberikan beberapa pemimpin PAS berhubungan penganjuran pesta itu.

“Saya tidak tahu mana satu kenyataan rasmi mewakili PAS. Itu masalah PAS.

“PKR bukan sahaja mengikut telunjuk DAP, namun pada saya isunya di dalam PKR sendiri kerana ada ahli yang bukan Islam. Jadi suara bukan Islam di dalam PKR bersatu dengan DAP dalam isu Oktoberfest.

“Orang Islam di dalam PKR kalah, dimana suara mereka tidak boleh melawan, atau yang menjadi masalah lebih besar sekiranya mereka yang Islam (di dalam PKR) merasakan Oktoberfest ini tidak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Dewan Ulama sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest ini dan mahu kerajaan negeri mengambil tindakan kepada pihak penganjur.

Pesta arak ini yang berakhir semalam di tempat letak kereta One Utama Shopping Centre.

Sehubungan itu Fauzi menggesa kepimpinan baru kerajaan negeri yang diterajui PKR menilai kembali kontroversi penganjuran pesta ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang Islam negeri.

“Dua pendirian itu tidak betul. PKR sebagai sebuah parti pemerintah negeri dan yang menguasai PBT, jika nak benarkan orang bukan Islam menjual atau minum arak secara tertutup, itu dibolehkan.

“Tetapi jika nak buat pesta secara besar-besaran dan diadakan di tempat terbuka, dengan kuasa yang ada, mereka kena faham sensitiviti orang Islam dan melaksanakan janji-janji berkenaan perlembagaan, kedudukan Islam,” ujarnya.

Pesta arak yang mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak turut dihadiri seramai 5,000 pengunjung termasuk pemimpin dari PKR dan DAP.

Sebagaimana dilaporkan Mingguan Malaysia semalam, dilihat pengunjung yang hadir bersuka ria meminum minuman keras dengan latar muzik yang kuat.

Hadir ke pesta arak itu ialah exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong, ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, pemimpin PKR , R Sivarasa, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan kenyataannya bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan untuk orang bukan Islam tidak boleh dihalang, kerana syariat Islam menjamin kebebasan beragama dan berkata bahawa ia tidak boleh dihadiri orang Islam.

Namun ia disanggah beberapa pemimpin parti Islam itu termausklah Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dengan menyifatkannya sebagai mencabar sensitiviti penganut Islam di negara ini.

Selain kegagalan kerajaan negeri menangani isu pesta arak Oktoberfest, isu rampasan kitab Bible pada awal Januari lalu juga masih belum diselesaikan.

Rabu, April 09, 2014

Bijaknya kaum cina berpolitik



Kaum cina adalah terdiri dari kaum paling bijak berniaga dan berpolitik. Kebijaksanaan nya berpolitik ini telah terbukti apabila mereka berjaya dapat menguasai Singapura sepenuhnya tanpa masalah besar.

Orang melayu harus sedar dan insaf mengapa pulau Temasik ini terlepas ketangan cina. Adakah ianya disebabkan kebebalan orang melayu berpolitik?

Kini dengan jelas mereka sudah mula memainkan peranan nya untuk menguasai politik ditanah air kita pula.

Semenjak negara merdeka kaum cina ini berganding rapat dengan UMNO dalam BN. Kini mereka telah dapat menguasai ekonomi negara ini. Kini sudah tiba pula masanya untuk mereka menguji kebolehan nya dalam menguasai politik pula.

Ujian ini telah mereka tunjulkan pada PRU12 yang lepas, hasilnya mereka berjaya menawan P Pinang.

Sekarang orang melayu sudah tiada pilihan lain selain dari BERSATU, jika orang melayu gagal disatukan, pasti orang melayu akan kehilangan kuasa politiknya secara total.

Selasa, Mei 28, 2013

Anwar Ibrahim kate di kote...........

Kali ni Tok nak ulas sikit tentang pengunduran Anwar Ibrahim jike Pakatan Rakyat gagal pade PRU13. Nah! Sekarang dah pun terbukti dengan nyate PR sudah gagal untuk menewaskan BN. Ape macam saudare Anwar? Bile lagi mau undur? Pelihare kan maruah diri ande!

Ade kah kate2 ande mahu berundur itu hanye kate2 'ugutan' sahaje supaye rakyat akan memberi sokongan pade terhadap perjuangan ande? Jike inilah hasrat tujuan ande untuk mengeluarkan kate2 'ugutan' itu ande tersilap besar.

Ande jangan lah terlalu terpengaruh dan teruje dengan sambutan ratuas ribu rakyat di setiap perhimpunan dan ceramah2 anjuran PR. Keramaian yang hadir itu sedikit pun tidak boleh di jadi kan kayu ukuran untuk menetukan sokongan terhadap PR.

Ande harus sedar bahawe di bahagian akar umbi, rakyat terutame nye kaum melayu masih lagi belum mempercayai tentang keikhlasan perjuangan Pakatan Rakyat. Kaum melayu semakin hilang kepercayaan nye terhadap PAS dan PKR kerane persengkokolan nye dengan DAP.



Isnin, Ogos 31, 2009

Sejarah Masjid Babar di India

Di India, kaum Islam sanggup mati kerana memepertahan kan maruah agama Islam. Lebih 2000 nyawa terkorban demi untuk memepertahankan Masijd Babar di robohkan oleh kaum hindu.

Di Malaysia pula kaum Islam sanggup berbalah sesama Islam kerana mempertahankan sebuah kuil. Kuil yang hanya berasal dari seketul batu di letak kan di bawah sepohon kayu besar.

Ini berlaku se mata2 kerana politik. Masing2 mahu mendapat sokongan dari kaum kafir ini. Segala kehendak dan kemahuan mereka perlu di ikuti dan ditunaikan. Sudah nampak jelas bahawa kaum Islam sudah tunduk mengikut perintah kaum kafir.

Jika kaum Islam bersatu dalam kuasa politiknya, perkara sebegini tidak akan berlaku. Selagi kaum Islam tidak mahu bersatu, kaum kafir ini akan terus mempermainkan kaum Islam sehingga mereka dapat berkuasa memerintah sepenuhnya.

Jangan lupa sejarah 'Andalusia'.

Andalusia (bahasa Sepanyol: Andalucía) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Ia merupakan komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling banyak.

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.


Akhirnya melayu/Islam juga yang akan menerima bale kehancuran nya.