Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 28, 2014

Kenape DAP dan PKR berdegil mahu kemukan satu name sahaje bagi pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor


"Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar.

Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua
nama.

Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang
diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.

Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.........."


Tok pun pelik juge dengan perangai DAP dan PKR ni yang hanye mahu kemukekan satu sahaje name pencalonan bagi mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor. Sedangkan Baginda Sultan Selangor bertitah supaye di kemukekan lebih dari due nama calon.

 Ape salah nye jike dituruti kehendak Baginda Sultan tu? Berilah peluang Baginda untuk memilih ikut citerase rakyat2 nye supaye ianye nampak lebih adil. Susah sangat ke nak menuruti perintah Baginda tu? Atau pun dah tak ade lain2 calon lagi yang layak dalam Pakatan Rakyat tu?

Tok rasekan ade susuatu yang tak kene atau pun ade sesuatu muslihat yang tersembunyi kenape DAP dan PKR ber sungguh2 sangat mahukan isteri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor tu. 

Bukan saje Tok seorang yang berase curige tentang perkari ni, malahan seluruh rakyat Malaysia juge berase curiga tentang perkare ni. Tambah2 lagi bagi rakyat negeri Selangor tu.

Tok yakin kekecuhan yang berlaku di Selangor ni tidak mungkin akan berakhir dengan begitu mudah kerane terdapat ramai yang masih tidak puas hati dengan cara perbuatan pemimpin2 Pakatan Rakyat di Selangor.

Selasa, Julai 22, 2014

Ini sababnya Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor........


Agak dah lame juge Tok tak aktifkan blog Pejuang Tok Gajah46 ni. Sebeno nye Tok kurang sihat menjelang bulan pose ni dengan di bebani dengan tugas2 harian di ladang.

Ketike ni Tok peratikan keadaan politik di negeri Selangor ni semakin menjadi panas dengan berite pengguguran MB Tan Seri Khalid. Berite ni semakin jelas menunjuk kan bahawe Tan Seri Khalid pasti akan di gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah pule.

Make jelaslah mengape Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari memegang jawatan Penasihat Ekonomi negeri Selangor tu. Sebab nye isterinye memegang jawatan Menteri Besar. Kalu die tak berundur make nampak sesangat le macam negeri Selangor ni dah di perintah oleh suami isteri pule.

Setelah kite same2 melihat perkare ni berlaku, marilah kite same2 fikirkan dengan fikiran yang terbuke tentang beberape persoalan ini-

i. adekah tidak ade langsung anak jati negeri Selangor yang layak untuk mengantikan Datuk Tan Seri Khalid?

ii. mengape Anwar Ibrahim mahukan sesangat isteri nye menjadi MB Selangor?

iii. adekah lantikan Wan Azizah ni telah mendapat sokongan akar-umbi Pakatan Rakyat negeri Selangor?

Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?

Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.


Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR.


Khamis, Mei 09, 2013

Kan atuk dah kate...........




Ini baru nak pilih jawatan Menteri Besar, dah pun ribut kecuh di buat nye. Memang tok dah kate, PR ni mane de pakat nye. Buat malu kompeni aje, berkelahi merebut jawatan. Bayangkan aje kalu le jawatan tu jawatan Perdane Menteri lagi haru biru di buat nye.

Perebutan jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat di negeri Selangor ni boleh lah di jadi kan satu contoh teladan tentang kecuh nye parti Pakatan Rakyat jike di beri mandat berkuase. Tok bersyukur kerane mereke tu tekah kalah, jadi terselamat lah kite dari bale bencane.