SPR syor jumlah bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak ditambah 11
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.
Syor itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014, demikian menurut Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh Ahad.
"Bagi maksud Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Abdul Ghani menjelaskan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.
"SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Januari (Isnin) hingga 4 Februari 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Januari.
"Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 April 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini," kata Abdul Ghani.
Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.
Pemeriksaan adalah semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan.
Menurutnya lagi, untuk bantahan terhadap syor-syor tersebut hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh berbuat demikian.
Mereka ialah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu.
Satu lagi pihak yang dibenarkan ialah seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan, kata Abdul Ghani.
Katanya, setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93728 Kuching.
Representasi tersebut mestilah sampai kepada SPR di alamat berkenaan dalam masa sebulan dari tarikh penyiaran notis.
Tahun lepas media melaporkan Persidangan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - BERNAMA
Facebook Atuk Banjar Masin
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Isnin, Januari 05, 2015
Sabtu, September 27, 2014
PAS, idung tak mancung pipi ter sorong2.......
DAP Sarawak putuskan hubungan kerjasama dengan PAS
- Saturday: 2014-09-27 08:00:13'.
Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.
Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.....
PAS: bak pepatah melayu, "idung tak mancung pipi ter sorong2. Pade peratian atuk PAS ni dah jadi macam 'peminte sedekah' aje. Pade hakikat nye ade juje kebenaran nye, kini nyawe PAS hanye tumpang bergantung pade DAP dan PKR sahaje.
Pemimpin2 PAS sedar bahawe nyawe nye di luar Kelantan hanye bergantung kepade PKR dan DAP. Di Pulau Pinang PAS di layan seperti kucing kurap oleh DAP. Walaupun PAS memiliki satu kerusi DUN tetapi ianye tidak terpilih kedalam EXCO.
Kini di Selangor pule PAS mendapat layanan seperti layanan DAP P Pinang. Walaupun di layan sedemikian rupe, PAS terpakse tetap patuh dan setie terhadap DAP dan PKR. Keadaan ini telah memberi gambaran bahawe PAS adelah parti 'second-class' di luar Kelantan.
Seterusnye keadaan PAS bertambah buruk apebile parti itu di tolak bulat2 oleh DAP di Sarawak. PAS memang jenis 'tebal kulit muke' nye. Langsung tak sedar diri dan tak tau malu.
Sekarang kedudukan PAS semakin bertambah buruk lagi apebile menerime kekalahan teruk di Pengkalan Kubur. Kawasan majoriti kaum melayu/Islan dan di negeri yang di perintah nye. Ini telah memberi isyarat bahawe melayu/Islam sudah mule menolak PAS.
Langgan:
Catatan (Atom)
