Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan

Isnin, Januari 05, 2015

Pilihan Raya : Negeri Sarawak tambah 11 bahagian lagi

SPR syor jumlah bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak ditambah 11

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.

Syor itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014, demikian menurut Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh Ahad.

"Bagi maksud Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Ghani menjelaskan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.

"SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Januari (Isnin) hingga 4 Februari 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Januari.

"Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 April 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini," kata Abdul Ghani.

Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.

Pemeriksaan adalah semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan.

Menurutnya lagi, untuk bantahan terhadap syor-syor tersebut hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh berbuat demikian.

Mereka ialah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu.

Satu lagi pihak yang dibenarkan ialah seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan, kata Abdul Ghani.

Katanya, setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93728 Kuching.

Representasi tersebut mestilah sampai kepada SPR di alamat berkenaan dalam masa sebulan dari tarikh penyiaran notis.

Tahun lepas media melaporkan Persidangan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - BERNAMA

Isnin, Jun 24, 2013

Kah! Kah! Kah! Kah!............... nilah kali pertame Tok ketawe beso dalam sejarah hidup...........

 Yang ni kesah Anwar Ibrahim dalam Parlimen.....................

Panas: Foto Najib & Anwar Minum Di Parlimen Tersebar


Ramai yang pasti terkejut dengan adengan yang disaksikan ini. Di kala beberapa orang aktivis Black 505 berhadapan dengan pihak polis di luar bangunan parlimen, tetapi dua pemimpin utama politik negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Daruk Seri Anwar Ibrahim kelihatan asyik bersarapan bersama pagi tadi. Mungkin bagi sesetengah pihak, ia dianggap perkara biasa apabila seorang Ketua Pembangkang dijemput bersarapan dengan Ketua Kerajaan yang memerintah. Namun, bagi mereka yang hadir ke parlimen untuk menghantar memorandum mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan, pasti akan benci melihat adengan ini. Ternyata ia satu senario biasa dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. 



Apapun, apa salahnya para pemimpin pembangkang yang berada di dalam dewan turun melihat aktivis yang ditahan ketika berhadapan dengan pihak polis. Kini ramai yang musykil apabila Anwar awal-awal lagi mengatakan tiada lagi himpunan membantah SPR akan diadakan selepas ini. Apakah ia bermakna Pakatan Rakyat kini sudah sedia menerima kenyataan bahawa BN menang pilihanraya umum ke-13 lalu secara sah?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang sebenarnya. Apa yang jelas, selain Anwar beberapa orang lagi pemimpin pembangkang turut kelihatan mesra dengan barisan pemimpin kerajaan. Sepatutnya adengan sebegini ditangguhkan terlebih dahulu bagi menghormati aktvivis yang sedang berjuang untuk menuntut keadilan PRU-13 di luar parlimen. Kenapa perlu bermuka-muka ketika mereka tersiksa?.


TERKINI ! 26 AKTIVIS BANTAH SPR DITAHAN SEKITAR PARLIMEN


Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan

Sekumpulan kira-kira 300 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.




Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.





Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.



Ahad, Jun 23, 2013

Bertambah jelas terpancar cahaye kekecewean di wajah2 pemimpin Pakatan Rakyat............

 Sungguh jelas terpancar cahaye kekecewaan di raut wajah Mat Sabu dan Anwar Ibrahim

Banyak kali Tok dah kate, sekarang ni rakyat jelate dah kijak2 belake. Sebeno nye kite ni semue nye dah hidup senang lenang belake, buat ape tak pase2 nak cari susah. Sekarang ni bab perhimpunan2 dan berdemo2 ni dah tak laku lagi. Seperti yang Tok dah kake, bersyukurlah pade yang dah ade.

Yang di ateh tu tadi cume kate2 mukadimah nye aje, sekarang Tok nak beri sedikit ulasan tentang perhimpunan 'blackout 505' yang pasti nye telah gagal 100%. Pade anggaran kire an mate rambang Tok, kehadiran nye cume lebih kurang 20,000 aje.

Bilangan kehadiran yang sangat ciput ini lah yang tersangat mengecewe kan pemimpin2 PKR. Mereke berdegil mahu buat perhimpunan di Padang Merbuk kerane mengagak kan kehadiran penyokong2 nye pasti akan melebihi berjute orang. Malang nye hanye lebih kurang 20,000 orang sahaje yang hadir.

Seterus nye pemimpin2 PKR ni mengharafkan perhimpunan ni berterusan sehingge segale tuntutan nye di makbulkan, malang nye apebile habis aje ucapan Anwar Ibrahim, semue penyokong2 bersurai dan cabut lari balik kerumah masing2, yang tinggal hanye beberape orang dungu yang sanggup berkemah di tengeh padang tu.

Tok yakin kalu si Anwar Ibrahim ni masih lagi berhati perut, cukup lah setakat ni aje berdemo dan berhimpun untuk menyesahkan pelbagai pehak aje. Adelah lebih baik mase, tenage dan wang ringgit yang di belanjaekan bagi tujuan perhimpunan dan demo tu di gunekan untuk kebajiakan rakyat aje.