Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu.
"Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu.
Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292002:krisis-pakatan-mungkin-lebih-awal-jika-ia-menang-pru13-kata-kit-siang&Itemid=2#ixzz3df0VoMCU
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,