Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Jun 21, 2015

Terowong bawah dasar laut P Pinang RM6.3 bilion disifat bazir, ancam alam sekitar

Pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya menegur anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akan melaksanakan projek mega membina terowong bawah dasar laut dengan kos lebih RM6.3 bilion.

Awang Selamat berkata pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar.

Malah katanya, alangkah baiknya jika wang sebanyak itu dibelanjakan untuk membina rumah rakyat.

“Sudah ada dua jambatan selain perkhidmatan feri menghubungkan pulau dan Seberang Prai, untuk apa lagi terowong itu?

“Pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar tetapi Guan Eng tetap mahu meneruskan,” katanya yang dipetik dalam Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Awang berkata Biro Tatanegara (BTN) sekali lagi menjadi sasaran DAP.

Kali ini, Kit Siang mahu BTN dimansuhkan kerana didakwa hanya membazirkan wang dan menyemai sentimen perkauman.

“Awang sekadar senyum. Ini taktik lama DAP untuk memberikan gambaran buruk mengenai BTN kepada masyarakat.

“Untuk apa takut dengan biro tersebut yang peranannya memupuk perpaduan kaum dan mendukung Perlembagaan negara? Menggunakan alasan pembaziran juga sangat rapuh,” ujarnya.

Jelasnya, memandangkan Kit Siang menyentuh soal BTN, beliau mencadangkan biro itu diberi lebih peruntukan bagi diperkasakan lagi dan diperluaskan peranannya melahirkan rakyat Malaysia berjati diri tinggi dan cintakan negara.

“Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/terowong-bawah-dasar-laut-p-pinang-rm6-3-bilion-disifat-bazir-ancam-alam-sekitar/#ixzz3df5k3kbt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,