Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Disember 18, 2013

Hari ini dimane kedudukan yang sebenarnye kuase politik melayu/Islam......?

Kuasa Politik Melayu Semakin Terhakis


Gambar hiasan: ehsan dari; jintayu001.blogspot.com

Kuasa politik melayu semakin menjadi lemah kerana ke dangkalan pemikiran melayu itu sendiri. Kebanyakan melayu cuma boleh berfikir satu hala sahaja. Yang paling malang cara berfikir satu hala ini telah didorong pula hala tujunya kearah yang salah.

Sebenarnya melayu jenis ini memiliki daya berfikir yang sangat lemah. Hinggakan boleh dibentuk dengan mudah oleh penceramah2 PAS dan PKR. Mereka sanggup pergi kemana saja bila terdengar ada ceramah. Manusia dalam golongan ini sudah menjadi seperti penagih dadah yang tegar terhadap ceramah2.

Sebenarnya Tok pun selalu menghadiri ceramah2 PAS dan PKR ini. Kebanyakan pencerama2 ini dengan bijak telah meracuni fikiran rakyat. Mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Rakyat yang mempunyai daya fikir yang lemah sangat mudah terpengaruh dengan hasutan mereka.

PAS dan PKR adalah parti yang memecah belahkan kuasa politik melayu. Jika dibiarkan, kuasa politik melayu akan hancur.

Kerajaan sepatut nya memantau semua ceramah2 ini. Jika tiada kebenaran dari pehak yang berkuasa - terus tangkap, dan jika ada kebenaran, rakam semua percakapan nya dalam ceramah itu. Jika terdapat ayat yang menghasut kena kan tindakan yang berat - ISA.

Jika kerajaan tidak bertindak segera, mungkin negara akan ditimpa bale petaka.

PRK Manik Urai adalah tempat membuktikan bahawa melayu sayangkan kuasa politiknya. Melayu mesti kembali bersatu mempertahankan kuasa politik nya.

Melayu mesti tolak PAS dan PKR yang bersengkokol dengan DAP@PAP yang sedang berusaha untuk menghancurkan kuasa politik melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,