Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Oktober 22, 2012

Undi bukan melayu belum tentu membawa PAS ke Petrajaya


PAS cume mengharaf kemenangan dengan sokongan dari kaum bukan melayu. PAS sedar bahawa majoriti kaum melayu masih kuat menyokong UMNO. PRU12 yang lepas telah membukti kan bahawa orang melayu   masih kuat menyokong UMNO. Ini terbukti apabila UMNO meraih 29.59% undi.

Jika dibanding kan dengan PAS yang hanya meraih 14.05% sahaja. 14.05% yang di perolehi oleh PAS ini sebenar nye bercampur dengan undi dari penyokong nye bukan melayu, Jika di tolak peratus undi dari bukan melayu, mungkin PAS cume mendapat sokongan kurang dari 10% sahaja.

Sebenar nye selepas PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR sokongan orang melayu terhadap PAS telah merosot dengan drastik nye. Kebanyakan penyokong2 dan ahli2 PAS sebenar nye TIDAK suke PAS bersengkokol dengan PKR terutame nye DAP yang jelas dan nyata anti Islam nye.

DAP ni bijak, mereka memang tidak pernah bersuara secara lantang dan terbuke menentang PAS dalam misi nye untuk mengujudkan negara Islam dan menjalankan hukum Hudud. Dalam pade itu presiden nye Karpal Singh telah bersuara dengan jelas dan nyata tentang pendirian DAP yang langsung tidak bersetuju negara Islam di ujudkan apabila Pakatan Rakyat berkuasa.

PKR pimpinan Anwar Ibrahim lagi bijak, parti ni tidak pernah bersuara sama ada ianye menyokong atau pun menentang negara Islam dan hukum Hudud yang di perjuangkan oleh PAS. Akan tetapijika di ikuti ceramah2 yang di sampaikan oleh pemimpin PKR ianye lebih menjurus kepada kecenderungan nye kepada negara sekular atau librel demokrasi. Negara Islam dan undang2 Hudud ngak mungkin!

Dalam Pakatan Rakyat cume PAS saja yang mahukan negara ini menjadi sebuah negara Islam yang menjalankan undang2 Islam, sedangkan PKR dan DAP menolak nye. Jadi jawapan nye, PAS pasti akan gagal dalam cita2 nye mengujudkan negara Islam.

1 ulasan:

  1. Setiap parti dlm Malaysia mempunyai kuasa untuk membentuk pemerintahan.
    Kekurangan gabungan parti yg mempunyai kerusi parlimen akan menghilangkan peluang untuk membentuk kerajaan.
    Ketika inilah suara dari parti yg kecil akan menjadi kuasa pembentuk pemerintahan. Dan akan berlakulah kuasa tawar menawar.

    BalasPadam

, , , ,