Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Ogos 26, 2009

UMNO perlu Berubah atau Bubar!

Tok terasa sungguh sedih dan kecewa setiap kali PRK di adakan. Apa tidak nya. UMNO kalah sesaje - 7 kali kalah sekali mengaku kalah.

Mengapa pemimpin2 UMNO nampak masih tido aje lagi. Setelah kekalahan pertama, kedua dan ketiga ape mereka dah buat? Hingga hari ini pun masih kalah juga lagi, ape nak jadi?

Sebenar nya pada pendapat Tok yang bodo bengap ni senang aje, UMNO perlu di bersihkan keseluruhan nya.

Buangkan semua pemimpin2 yang dikira rasuah dan yang telah tewas dalam PRU atau PAU. Kekalkan pemimpin2 yang bersih dan boleh diterima semua gulungan rakyat.

Kita tidak kekurangan pemimpin2 muda yang bersih dan boleh diharaf oleh semua rakyat. Selagi pemimpin2 yang 'kelabu asap' ini masih berada dalam pucuk pimpinan UMNO rakyat akan pandang serong terhadap UMNO.

Satu masa dulu kita di canangkan bahawa kelemahan UMNO kerana kepimpinan Tun AAB, beliau telah dengan sukarela berundur, sekarang macam mame? UMNO dan kuat? Makin bertambah tak kuat ada le.

Tok sangat berharaf PM dan TPM segera bertindak sebelum terlambat. Bertindak lah dengan berani dan tegas - Ujud kan barisan kabinet yang baru - gugurkan SEMUA pemimpin2 yang 'kelabu asap'.

Jika tidak, UMNO pasti akan kecundang pada PRU13 nanti.

Ini hanya lah nukilan ikhlas dari Tok Gajah yang terlalu sayangkan UMNO.

8 ulasan:

  1. elok pun bubar umno nie...dah tak relevent dan lagi lama aku tenggok lagi nyanyuk dah...

    cakap berbelit sekejap betul sekejap salah macam orang mabuk todi

    kata negara islam tapi tak pernah pulak nak buat demo bila arak senang di jual pusat judi melambak dah tu rumah pelacuran pun bersepah macam tak nampak ajer yer..

    memang umno nie dah buta takut kat MIC dan MCA...tak ada bezanya nak ngata PAS

    BalasPadam
  2. tak payah bubar...join je pakatan jadi komponen.MIC MCA sudah tidak memberi kekuatan

    BalasPadam
  3. Salam Tok Gajah,

    Selagi kepimpinan dan ahli UMNO setampat tidak memperakui kelemahan, masing-mssing menunjuk kekuatan sesama sendiri, kerat mengerat sesam sendiri dan rakyat diabaikan, begitulah yang patut dilakukan.

    Kita lihat kekalahan Permatang Pasir, puncanya UMNO Permatang Pauhlah yang sebenarnya menjadi punca segala kekuatan Anwar, sebenarnya Anwar tidak kuat kalau sipetualang-petualang dalam UMNO itu tidak disingkirkan....

    BalasPadam
  4. UMNO tinggalkan saja BN.Join PR membentuk kerajaan.Melayu islam semua dapat bersatu.

    BalasPadam
  5. BUBAR SAJA UMNO, TUBUH PARTI BARU...

    BalasPadam
  6. bukan UMNO perlu berubah tetapi ahli UMNO perlu berubah...

    sebab amalkan rasuah semasa pemilihan jawatan dalam parti.

    dari peringkat akar umbi sampai ke pucuk pimpinan..

    nak menang guna kuasa duit..sebab tu UMNO dah tak ada pemimpin yang bagus dan boleh diharap..


    UMNO ni dah kena penyakit AIDS, payah nak diubati lagi..tunggu masa je nak kojol...

    kesimpulannya UMNO parti yahudi

    BalasPadam
  7. Apa bezanya dengan PAS - dalam perhimpunan pun sama seperti UMNO, beri dan terima rasuah juga. Tapi dalam bentuk 'hadiah'.

    Kalau UMNO yahudi, PAS lebih yahudi dari yahudi - kerana bersengkokol dengan DAP yang anti-Islam.

    BalasPadam
  8. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    BalasPadam

, , , ,