Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, April 27, 2010

UMNO jangan syok sendiri.

Setelah tamat episod PRK P94 HS, berbagai analisa telah dibuat oleh semua yang berminat dan menceburi politik secara mendalam. P94 HS telah banyak merungkai apa yang tersurat dan tersirat dalam senario politik tahan air masa kini.

Kita telah menang dan berjaya menawan semula P94 HS dari genggaman PR. Kemenangan ini tercapai setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas siang dan malam. Tidak terkira juga segala jenis senjata yang ada telah digunakan semasa menentang lawan.

Sebenarnya hasil kemenangan yang kita perolehi itu tidak lah besar sangat yang boleh kita teriak kan atau di laung kan kesana sini. Sebalik nya kita ber musibah diri dan menginsafi melihat hasil yang diperolehi.

Musuh(PKR) yang kita tentang itu boleh dianggap sebagai ayam sakit yang menunggu masa sahaja untuk mati. Sepatutnya kita telah menang dengan majoriti yang besar sekurang2 nya lebih dari 5,000 undi dan bukan nya 1,725 sahaja, dan kita juga hampir tumbang di gasak oleh penyokong2 'ayam sakit' ini.

Dalam keadaan yang bermasalah dan dilanda ber bagai2 krisis, PKR masih berjaya meraih lebih dari 23,000 undi. Siapakah sebenarnya yang telah memberi sebegitu besar jumlah undi kepada parti yang kita anggap akan mati ini?

Kita dengan bangganya menyatakan bahawa BN sudah pulih dan diterima oleh semua kaum di Malaysia. Konsep '1 Malaysia' telah berjaya menyatukan semua kaum ke dalam BN. Adakah cerita ini benar?

Jika ianya benar, mengapa BN mengalami kekalahan di hampir semua peti undi di kawasan majoriti kaum cina.

Sokongan kaum india terhadap MIC juga sangat diragukan. Kaum india menyokong MIC kerana P94 HS masih dikekalkan dalam genggaman MIC. Fikir kan jika P94 HS diserahkan kembali kepada UMNO apa akan jadi.

Kita mesti akui bahawa kita masih lagi gagal untuk menarik kembali sokongan kaum cina dan india kedalam BN. Kita juga telah gagal dalam usaha kita untuk melemahkan perjuangan PR.

Pemimpin2 agung BN/UMNO harus bertindak segera mencari formula yang berkesan dalam menangani masalah ini sebelum PRU13 yang semakin hampir tipa.

BERUBAT SEBELUM TERLAMBAT