Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label anjing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anjing. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 23, 2014

...mengape PAS minta Nurul Izzah bertaubat.......?

Dari sini punca nya......


Dewan Ulama PAS Seru Nurul Izzah Bertaubat


Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang ramai yang menjayakan kempen kontroversi ‘saya mahu sentuh anjing’ yang berlangsung pada 19 Oktober lepas sebagai idea pelik oleh golongan yang tak berotak yang ada cuma ulat dalam kepala, kali ini giliran Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pula menyuarakan bantahannya.

Dalam kenyataan rasminya, DUPP menyimpulkan penganjuran program seumpama itu sebagai sebahagian dari agenda halus untuk meliberalkan amalan syariat dan pemikiran umat Islam dan lebih menarik lagi turut menyeru kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin politik beragama Islam yang menyokong kempen itu supaya segera bertaubat.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam,” demikian penegasan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2014 itu disampaikan oleh Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri dan hari ini sebahagian point utamanya turut disiarkan dalam liputan Utusan Online.

Nurul Izzah - I Want To Touch A Dog

Seruan supaya bertaubat itu walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, mungkin untuk menjaga sensitiviti rakan sepakatan dalam PR atau yang berkaitan barangkali.

Namun bagi kebanyakan khalayak umum yang mengikuti isu ini ramai yang menjangkakan ia berkait rapat dengan sokongan terbuka anak perempuan Ketua Umum PKR terhadap penganjuran program tersebut.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Bt Anwar Ibrahim dalam laman twitternya dipetik sebagai berkata, “Islam juga adalah tentang kasih sayang. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang hadir”.

Kenyataan itu difahami umum sebagai manifestasi sokongan Nurul Izzah terhadap kempen tersebut. Dan sokongan itu nampak lebih jelas bila dikaitkan pula dengan kenyataan bersifat promosi oleh Nurul Izzah juga melalui satu lagi tulisannya di twitter sehari sebelum kempen berlangsung.

Penganjur program, Syed Azmi turut berkongsi rasa seronok dan bangga dengan sokongan Nurul Izzah dan dari gaya bahasa yang digunakan di laman sosial facebooknya seperti menceritakan Nurul Izzah pada awalnya ingin turut serta memeriahkan program tersebut namun dibatalkan kemudiannya kerana ada urusan lain di Johor.

Selepas kempen ini menjadi kontroversi besar-besaran sehingga mengundang kritikan ramai pihak termasuk diseru bertaubat oleh Dewan Ulama PAS Pusat, belum dapat dipastikan apa respon Naib Presiden PKR itu mengenainya. Persoalannya, sanggupkah Nurul Izzah menyahut seruan?

 - sumber MYKMU

"Ancaman Bunuh" kunun nye............

Sayap KananSayap kanan

TAKTIK LAPUK TAGIH SIMPATI... JANTAN LEMBUT TERGEDIK YANG ANJUR MARI SENTUH ANJING, MENGADU ADA ORANG NAK BUNUH DIA PULAK..

Dengar kata.., penganjur program sentuh anjing di ibukota tu sekarang ni berada didalam ketakutan ekoran dari ancaman bunuh yang di keluarkan dalam laman media sosial terhadap dirinya.. Mengikut berita dari sebuah portal, penganjur tu sekarang ni dah sembunyikan diri dari orang ramai..

Tahu pulak dia takut ye.. Ingatkan penganjur tu jenis melayu yang berani mati sebab dia sanggup anjur program sentuh anjing untuk orang Islam didalam negara yang agama rasminya adalah Islam.

Tapi kann.., rasanya penganjur tu mungkin sengaja nak cari simpati dari rakyat Malaysia khususnya kaum lain.. Mana taknya.., hidup dia mesti penuh kerisauan selepas program sentuh anjing tu menerima kecaman hebat dari orang melayu seluruh negara..

Malah, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pun kutuk penganjur tu.. Cuma tinggal Anwar je yang tak keluarkan kenyataan apa-apa.. Mungkin Anwar sibuk buat persediaan nak masuk dalam penjara gamaknya kot..

Berbalik pada kisah penganjur tu tadi.., dikhabarkan kini dia sedang mengasingkan diri selepas menerima banyak kecaman dan ugutan didalam laman Facebook. Hidupnya kini dikatakan tidak tenteram dan kucar kacir dek kerana program "mulia" yang dianjurkannya..

Satu nasihat buat penganjur program tu.., jangan lah takut sangat ye.. Buat biasa dah la sebab tak pernah lagi ada rakyat Malaysia yang kena bunuh hanya kerana anjur program hina Islam..

Lain la kalau penganjur tu buat program sedemikian di Pakistan atau negara-negara arab.., itu sudah pasti akan dicari hingga ke lubang cacing dan akan direjam secara berjemaah oleh orang-orang muslim di negara berkenaan..

Di Malaysia ni orang melayu hanya bersemangat hangat-hangat taik ayam je.. Marahnya cuma dua tiga hari.. Tak percaya? Cuba tengok isu Alvin Tan dan juga Namawee.. Elok je hidup kaya raya sampai sekarang.. Jangan kata bunuh.., jentik pun melayu tak berani tauu...kehkehkeh

Rabu, Oktober 22, 2014

Atuk cume nak cakap aje.......


Screen shot yang kat atas ni atuk terjumpe dari salah satu laman FB sahabat2 atuk. Pade mulenye atuk agak terkejut apebile ade melayu yang nyokong kempen belai anjing tu.

Setelah atuk amati dengan teliti, rupe2 nye melayu tu sekan2 name seorang pemimpin atau ahli politik yang agak terkenal jugu, maklum le die ni pemimpin parti, ibu bape nye juge pemimpin parti yang agak hebat juge.

Sebenar nye atuk pun tak dapat nak nentukan same ade kempen belai anjing bagi kaum melayu ni sesuai atau pun tidak di Malaysia yang dah termaktup sebagai Negare Islam.

Bagi atuk kalau nak kempen bab anjing ni cukup le dengan sekadar mengesehani dan menyayangi anjing tu sebagai makhluk ciptaan Allah sahaje dan bukan nye sampai memeluk cium anjing tu.


Selasa, Oktober 21, 2014

Ape kate Ustaz Kazim tentang belai anjing oleh muslim.........


Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.


Sabtu, Mei 12, 2012

PASti tersungkur....................


Tok tabek same PM kite. Memang hebat ucapan nye. Sape yang makan cili tentu terasa pedas. Tidak di ragui lagi, UMNO tetap unggul. Sokongan rakyat terutame nye melayu terhadap UMNO sedang berada di kemuncak nye. Kejayaan UMNO menerajui pemerintahan negara tidak boleh di pertikaikan oleh sesiapa.

Malang nye Tok cune dapat lihat dan dengan melalui kaca TV saje, sepatutnye Tok berada bersama2 dengan ratusan ribu manusia di stadium Bukit Jalil tu. Walaubagaimane pun menitis juge air mate Tok di sebab kan kegembiraan yang tak terhingga melihat sambutan dan semangat pemimpin2 dan penyokong2 UMNO tu.

Tok tidak ragi2 lagi, PRU13 pasti akan memehak pade kite. Tok yakin sangat UMNO sudah pulih sepenuh nye. Ape yang berlaku pada UMNO dalam PRU 12 yang lepas tidak mungkin berlaku lagi. Kesedaran rakyat dah kembalikan sokongan terhadap UMNO.

Tentang Pakatan Rakyat ni Tok susah sikit nak komen. Tau2 aje le, boleh dikatekan dalam semua sudut keadaan nye sangat kusut. Rakyat sudah bijak untuk menilai yang mane intan dan yang mane kaca. PAS, PKR dan DAP tu mane boleh berkerjasama, dalam kepale hotak mereka tu fikiran nye masing2 berlainan, kucing, anjing dan babi mane boleh berkawan.

Jumaat, Mac 16, 2012

PAS Kedah Darul Aman dan 'pemandu nye'


Itu le, Tok dah pun banyak kali kate PAS ni memang susah sikit nak perintah negara. Tengok le ni, baru perintah negeri dah kecoh mecoh di buat nye. Tok tau sangat PAS ni memang tak boleh haraf. Depe kate kita UMNO ni gile kuasa le, tamak harte le dan macam2 lagi. Sebeno nye depe tu le yang betoi gile kuasa dan tamak harte.

Oooo, kat Kelantan tu elok aje pun, tak de kecoh2 langsung. Bab ni Tok nak cerita sikit. Kita tunggu aje le kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz dah tak de, pasti ribut beso macam kena tsunami kat Kelantan tu. Itu le sebab2 nye mengape Tuan Guru tu takut nak turun tahte kerajaan Kelantan tu.

Akan tetapi sampai bile ye beliau ni boleh bertahan? Boleh ke umo nya nongkat langit? Tok pasti, bila aje Tuan Guru berundo rebutan kuase akan terjadi. Situ le baru kite manpak betape huduh nye pemimpin PAS ni. Same macam ape yang sedang berlaku di Kedah Darul Aman - Tak Aman di buat nye negeri Kedah.

Sekarang Tok nak sebut sikit tentang 'pemandu' ni. Bab pemandu2 ni ada macam2 jenis pemandu - ada pemandu kereta, bas dan lori di jalan raye. Ade juge yang sebut nye 'dereba'. Pemandu di udara dan di lautan tu kalau tak silap Tok ianya di panggil pelot. Bukan aje kereta ada pemandunye pelancung pun ada pemandu nye.

Jadi pemandu ni bukan nye mudah, silap2 pandu boleh jadi kemalangan lango tiang letrek ke lango manusia atau benatang ke paling2 elok sikit masok langkan. Masuk bab jadi 'pemandu negeri' ni, Tok susah sikit nak perjelaskan, sebab nye bende ni jarang2 di buat orang. Ianye terjadi apa bila pemerintahan negeri/negaara tu dah jadi kaco - tak tentu hale dan lintang pukang.

Yang ni ada sikit lagi bab cerita 'pemandu' tapi cerita nye lain sikit - tak de kena mengena dengan cerita2 kat atas tu. 

Tok ada juge pernah dengo hewan jadi pemandu. Hewan jeneh anjen  - memandu orang2 buteeeee!  Tapi anjing ni terpaksa di lateh sungguh2 silap2 latih masuk longkang di buat nye si bute tu. Selalu nye pemandu anjing bukan nye reti bahasa sangat, al maklum le ianye jenis binatang. Buat aje le kalau tengah memandu si bute tu dia tertembung anjing betine, kaco di buat nye.

Ape idak nye, kalo di kejo se betine tu, lintang pukang di buat nye si bute tu.

Tok agak cukup le kat ni aje cerita dongengan 'pemandu'.