Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Agung UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Agung UMNO. Papar semua catatan

Khamis, Disember 11, 2014

Kalau masih sayangkan UMNO akui segala kesalahan dan kesilapan........




Ini adalah posting yang pertama Atuk tulis selepas PAU yang baru lepas. Atuk rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan tentang PAU tersebut.

Jika di pandang-dengar segala ucapan2 dari para perwakilan dan pemimpin2 Atuk dapati ianya sangat kurang daya usaha yang boleh menjurus kepada kebangkitan UMNO yang mungkin dianggap semakin layu.

Sejak dari PRU 11 permulaan kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tidak ada nampak usaha2 yang ber sungguh2 dan yang berkesan untuk memulihkan kemerosotan itu.

Hingga kini UMNO/BN boleh dikatakan seperti "telur di hujung tanduk". Ini telah diakui sendiri oleh TPM dalam ucapan nya -jika undi/sokongan terhadap UMNO/BN menurun 2% maka kerajaan yang di terajui oleh UMNO ini boleh tumbang.

Pada hemat atuk, UMNO sukar untuk kembali gemilang selagi masih ada pemimpin2 yang 'bermasalah' berada dipucuk pimpinan UMNO. UMNO harus dibersihkan dengan cara mengeluarkan semua pemimpin2 yang 'bermasalah' ini secara total.

Tugas paling berat seterus nya ialah mengembalikan sokongan dari kaum bukan melayu terutamanya kaum cina dan india untuk bersama Barisan Nasional. UMNO/BN akan terus menghadapi jalan sukar jika masalah2 ini masih gagal diatasi.

Selasa, November 18, 2014

Perwakilan UMNO harus berani bersuara, jangan jadi kaki bodek - Penganalisa Politik

Oleh Salawaty Supardi

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti.

Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar mendasari keperluan masyarakat.

Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek".

"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.

"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman (ulang: Sualman) berkata perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin.

"Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti.

"Sudah sampai masanya anggota Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya.

Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk anggota Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu.

"Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup.

Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama.

"Buktkikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

-- BERNAMA