Imej yang memperlihatkan perbandingan era pentadbiran Tun Mahathir lebih banyak menumpukan kepada pembangunan moden dengan pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) disamping Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Litar Antarabangsa Sepang (SIC) lantas memberi gelaran kepadanya sebagai Bapa Pemodenan.
Bagaimanapun, menurut sebuah portal, ekonomi Malaysia sewaktu pentadbiran Tun Mahathir jauh lebih mundur berbanding kini sehingga 17 kali ganda saiz ekonomi sehingga 30 Jun 2016.
Malah, menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama beberapa tahun – terutama sejak tahun 2009 – Sehingga 30 Jun 2016, KDNK tahunan semasa negara diunjur pada RM1.2 trilion.
“Ini adalah kira-kira 17 kali saiz ekonomi negara pada tahun 1986 dan sekitar 3 kali saiz ekonomi pada tahun 2003.
“Logiknya jika pendapatan negara meningkat, kita mampu menanggung hutang yang lebih besar berdasarkan syarat-syarat mutlak berbanding ketika pendapatan negara tidak begitu tinggi pada masa lampau,” kata
Abdul Rahman yakin Najib dan kerajaan semasa akan memastikan rakyat sejahtera dengan pertumbuhan ekonomi dan terus membangunkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
Mengulas mengenai kadar hutang negara kini pada kadar 53.4% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kononnya kata pembangkang akan menjerumus negara ke arah bankrap, beliau menegaskan jumlah tersebut masih terkawal dan jauh lebih rendah sewaktu Dr Mahathir menggalas jawatan Perdana Menteri pada 1980-an.
“Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara tahun 1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun 1994.
“Justeru, adalah tidak logik untuk Malaysia menjadi ‘bankrap’ atau ekonomi negara berdepan masalah sekiranya nisbah hutang berbanding KDNK melepasi had 55% seperti yang didakwa pihak tertentu.
“Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%?,” katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menjawab tuduhan wartawan senior Datuk Kadir Jasin bahawa kononnya negara diambang muflis.
Johari berkata, KDNK Malaysia terbaik asean dengan kadar USD 9,700 per kapita lebih tinggi dari Filipina (USD 2,900), Indonesia (USD 3,300) dan Vietnam (USD 2,100).
Katanya, fakta tersebut dibentangkan pada tahun 1998 KDNK negara kita hanya berada pada tahap RM288 billion.
“Pada 2008 ianya telah meningkat kepada RM924 billion dan pada 2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion.
“Ini menunjukkan bahawa perancangan ketumbuhan ekonomi negara ini selari dengan hasrat yang diimpikan oleh kepimpinan kita terdahulu untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,” kata Johari.
Tambahnya lagi, KDNK negara pernah berada pada kedudukan negatif 7% sewaktu Dr Mahathir memacu negara ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998 – lebih teruk sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menguruskan negara menghadapi Krisis Kewangan Global pada 2008.
“Pada 1998 sewaktu berlaku Krisis Kewangan Asia , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Krisis Kewangan Global KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%.
“Pada 2015/2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positive iaitu 6% – 2014, 5% – 2015 dan 4.1% – 2016 (6 bulan),” ujarnya.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri berkata, projek 1Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, dimana kerajaan menerusi ETP juga tidak meminggirkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai salah satu usaha pelengkap mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.
Tambahnya, objektif RTC dibawah program Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan program-program pengingkatan pendapatan disamping pengurangan kos hidup.
“Berdasarkan rekod pencapaian bagi tahun 2015, jumlah terkumpul nilai jualan di tujuh buah RTC iaitu RTC Perak, RTC Kelantan, RTC Pahang, RTC Johor, RTC Kedah, RTC Terengganu, RTC Sarawak (Miri) mencapai sehinggai RM454 juta dengan jumlah bilangan pengunjung ke RTC seramai 9.73 orang,” ujarnya.
RTC merupakan sebahagian daripada projek 1Malaysia yang memberi pulangan terus kepada rakyat sepertimana agihan subsidi lebih adil kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang nilainya ditingkatkan mengikut pertumbuhan ekonomi semasa.
Antara projek 1Malaysia lain termasuk Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,