Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, November 03, 2012

Negara Islam PAS....................

                                                   Bakal pemimpin Negara Islam PAS
Kalau Tok tak silap, Indonesia yang mempunyai keramaian penduduk islam nya lebih 80% pun tidak mampu ujudkan negara islam. Sedangkan kite di Malaysia cuma ada penduduk islamnya lebih kurang 50% sahaja, itu pun sudah berpecah kepada dua kumpulan fahaman politiknya. Tok tak kate ianye satu perkare yang mustahil, tapi ianye sangat sukar untuk di amalkan.

Kalau dikira anggaran penyokong yang beragama islam terhadap PAS ianye cuma ada lebih kurang 15% sahaja. Yang 35% lagi tetap menjadi penyokong UMNO. Boleh kah PAS mengujudkan Malaysia sebagai negara islam dengan sokongan nya sebanyak 15% sahaja. Cume PAS sentiasa ber angan2 supaya lebih ramai penyokong2 dari UMNO berhijrah menyokong PAS.

Harapan PAS mengharaf penyokong dari UMNO pula menyokong mereka, ini sangat sukar berlaku kerana PAS sudah anggap UMNO sebagai kafir dan tidak akan menerima UMNO sebagai rakan nya. Penyokong2 UMNO memang ade kekuatan jatidiri nye terhadap parti UMNO yang dah terlalu banyak berjasa kepada bangsa melayu dan agama Islam.

Halangan paling besar bagi PAS untuk mengujudkan negara islam nya ialah dari rakan kongsi nya sendiri iaitu PKR dan DAP. PKR mendapat sokongan dari kaum cina dan india kerana fahaman politik nya akan mengujudkan kesamarataan bagi semua kaum dan tanpa perjuangan untuk negara islam. Anwar Ibrahim tidak pernah menyatakan sokongan nye terhadap negara Islam PAS secara terbuke.

Cuba alihkan pandangan anda ke Sabah dan Sarawak pula. Mengapa PAS langsung tidak boleh hidup disana? Ini kerana penduduk disana majoriti nya bukan islam dan beragama kristian pule, itu sebab mereka sudah tolak PAS. DAP memang sudah disahkan anti negara islam PAS. PAS kena langkah mayat Karpal Singh kalau mahu ujudkan Malaysia sebagai negara islam.

PAS sekarang berharaf DAP (cina dan india) sokong negara islamnya, sebenarnya sokongan DAP (cina dan india) kepada PAS bukan untuk bantu PAS ujudkan negara islam. DAP (cina dan india) ini ada agenda tersembunyi mereka, iaitu untuk pecahkan dan lemahkan kuasa politik melayu.

Tok sangat hairan mengapa penyokong2 PAS ini terlalu berfikiran sempit hinggakan tidak boleh fikir perkara kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,