Perayaan Halloween biasaanya diadakan setiap tahun pada 31 Oktober |
Biasanya tidak ramai anak Melayu Islam menyertai perayaan Halloween yang mempunyai unsur kristian, tetapi Pas sedang berusaha untuk menjadikan hal ini sebagai suatu isu besar yang akan mendorongkan kepada bantahan umat Islam yang akan menimbulkan kemarahan bukan Islam.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut berkata, peserta perayaan Halloween yang memerlukan mereka berpakaian pelek-pelek seperti hantu, iblis dan sebagainya adalah menjurus kepada pemujaan terhadap syaitan.
Mulanya bantahan ini disuarakan oleh Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, katanya Pas tidak membantah budaya asing, tetapi kawalan peraturan mesti diwujudkan bila melibatkan budaya luar terutamanya dari Barat, Jepun dan Korea.
Sementara itu Naib Pengerusi Sabah MCA Chew Kok Woh, pening kepala dengan bantahan Pas ini dan beliau tidak memahami kenapa Pas membantah pembukaan panggung wayang di Bangi yang mana sebelum ini mahu mengasingkan perempuan dan lelaki dalam panggung wayang.
Sebenarnya Pas membuat bantahan ini adalah untuk menunjukkan bahawa ia masih parti Islam, kerana orang ramai terutamanya orang Islam dan pengikut-pengikutnya sendiri dalam kebingungan dan kekeliruan sama ada Pas masih parti Islam atau ada kena mengena dengan agama Islam.
Poster besar di ruang legar utama sebuah pusat membeli-belah di Kuantan yang mencetuskan rasa kurang senang pengunjung umat Islam |
Bantahan Pas itu tidak lagi sezaman dengan dasar dan imej barunya sebaliknya menampakkan sikap hipokrasi atau talam dua muka. Tidakkah bersekongkol dengan pemimpin yang mengamalkan homoseksual dan mempejuangkan pluralisme agama, adalah memberikan sokongan moral kepada usaha untuk menjadikannya sebagai budaya Malaysia. Tidakkah ini lebih merbahaya kepada umat Islam seluruhnya.
Selama ini Pas tidakpun menghiraukan Hallowen tetapi telah mengenalinya sejak berkawan dengan DAP dan PKR yang menganggap perayaan ini sebagai amalan biasa. Maka itu untuk kepentingan politik, Pas perlu menunjukkan ia tidak sebati dengan sikap mereka itu.
Bantahan Pas terhadap perayaan Halloween itu adalah sebenarnya suatu percubaan untuk merampas kebebasan bagi anak-anak muda bukan Islam dan merupakan suatu permainan politik untuk menutup mata ramai, bahawa Pas bukan lagi Islam.
Bodoh ke apa orang yang tulis artikel nie? Cetek penilaian hidup berasaskan Islam ke? At least PAS tu berusaha jugak perjuangkan Islam, menghalang yang mungkar dan mengajak ke arah keberkatan Allah. UMNO...ada dia buat apa-apa bantahan pun dari dulu, kini dan selamanya terhadap benda-benda yang menentang Islam, or dalam kes nie...benda-benda yang boleh memudaratkan Islam? TAKDER! TAK PERNAH!
BalasPadamSatu lagi...kat Malaysia nie mana pernah ada orang merayakan Halloween secara terang-terangan or besar-besaran sebelum nie? Kat TV jer banyak tayang citer hantu, tapi kat luar tak pernah ada perayaan besar-besaran. Sebab tulah PAS senyap jer sebelum nie. Tapi sekarang, terutamanya tahun nie, ramai orang nak tiru artis-artis Hollywood pakai costume berbagai...media Malaysia yang ditaja UMNO/BN pulak pergi highlight-kan lagi sambutan Halloween nie. Itu maknanya kerajaan Najib nie MENGGALAKKAN perayaan pemujaan syaitan nie! So...back to the 1st question...PERNAH ke, ADA ke, UMNO/BN menolak dan menentang perayaan-perayaan yang bertentangan syariat Islam? TAK PERNAH n TAKDER, kan? Menggalakkan lagi ada! p/s: the fact that Ayah Pin pun tak ditangkap lagi says much about the current government & UMNO! Ptuiii!!!
"PAS bukan lagi Islam"
BalasPadamCakap jelah yang PAS, or orang-orang PAS nie dah kafir. Kan senang? Ke takut ludah yang ko ludah dulu kene kat batang hidung sendiri?
Kalau PAS sekarang nie bukan lagi Islam sedangkan diorang masih lagi memperjuangkan Islam dan cuba menegakkan nilai-nilai Islam kat bumi Malaysia nie...UMNO yang tak pernah buat apa-apa langsung tu (macam komenter sblm aku ni cakap) apa pulak? Munafik?? Murtad??! Nauzubillah. Lu pikirlah sendiri...