Orang2 melayu dah tak suka UMNO. Inilah yang Tok nampak dalam tulisan dari blogers yang pro Pakatan Rakyat. Jika kita imbas sekali pandang ianye menggambarkan se olah2 UMNO sudah di tinggalkan oleh kaum melayu. Gambaran yang di tayangkan mereka juga memapar kan se olah2 melayu ni sudah sanggup menyokong DAP.
Sepengatahuan Tok, parti PAS ni telah nampak termaju sedikit tu bukan lah kerana sokongan melayu telah bertambah menyokong nye. Pertambahan itu ialah se mate2 dari sokongan kaum cina sahaja dan sedikit sokongan dari melayu yang berada dalam PKR. Orang melayu UMNO tetap masih kekal berada menyokong UMNO.
Tok tidak menafikan bahawa terdapat segelintir bekas orang2 kenamaan yang menyokong PAS, itu sedikit pun tidak akan menggugat kakuataan UMNO. UMNO dan melayu sudah menjadi darah daging dalam kehidupan melayu. Buruk baik pemimpin2 UMNO itu sudah menjadi asam garam bagi orang melayu.
Jika Tok kate UMNO sudah terlalu banyak jasa nye kepada orang melayu, ade barang sesiapa berani kate Tok pembohong? Tok berani kate demikian kerana Tok sendiri telah merasai dan menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di bawah maungan pemimpin2 UMNO.
Tok masih lagi ingat semasa kecil2 dulu, atok saya cume berjalan kaki kesana kemari kerana tidak mampu beli basikal, ketika tu juga ayah cume mampu miliki sebuah basikal buruk sahaja. Tetapi selepas merdeka hidup kami telah berubah.
Hari ini semua anak2 dan cucu2 Tok boleh lah dikatakan hidup nye mewah juge. Mereka mampu miliki kereta dan rumah sendiri. Hidup berkeluarga dengan aman dan damai. Sebenar nye apa lagi yang kita mahukan? Kita patut bershukur kepada Allah terhadap segala pemberian nye.
Tok bukan nye hendak berbangga dengan kekayaan dan kesenangan yang tok miliki, tapi cume mahu mengingat dan mengenang kan jasa2 kerajaan yang memerintah negara. Jika kita di perintah oleh pemimpin seperti di negara2 jiran belum tentu lagi melayu boleh hidup sebegini bebas, aman dan makmur.
Lihat saja tentang kehidupan melayu di Singapura ayau di Pattani Selatan Thai, adakah mereka sama bebas, aman dan makmur dengan kehidupan kita di Malaysia? Orang2 melayu yang kurang akal fikiran saja yang masih tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO.
tepat sekali
BalasPadam