Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Mac 16, 2012

Pakatan Rakyat, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi

 Pakatan Rakyat menghancurkan perpaduan kaum melayu/Islam

Agak dah lame juge Tok tak sempat jenguk2 blog. Ni baru ada mase lapang sikit, Tok ni bukan nye sebuk pasal bisnes atau pun mengurus kan ladang. Tok cume sebuk ke sane sini melawat anak cucu yang tinggal jauh2. Selain dapat jenguk anak cucu, dapat juge jalan2 tenguk negeri orang.

Sekarang Tok nak mula kan cerita bab tentang parti politik pule. Kebelakangan ni Tok peratikan kedudukan kerajaan sudah stabil dan bertambah mantap. Boleh di kata kan di setiap ceruk rantau negara, rakyat nya sudah berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan BN.

Pendek kate, segala kehendak rakyat sudah ter tunai. Di negara Malaysia kita tidak pernah ada rakyat nye yang hidup merempat atau yang mati kebuluran. Segala kemudah dan bantuan pasti di utamakan, ini untuk memastikan rakyat hidup senang dan selesa.

Di satu ketike dulu, kita dapati jalan2 di kampung dan bandar di penuhi dengan basikal, hari ini kita sukar pula terjumpa orang berbasikal. Paling2 koman pun mereka ada 'kapcai' untuk sesane ke mari. Kita peratikan juge ketika cuti2 hari perayaan, penuh sesak laman2 rumah dek kereta2 anak cucu kite.

Ini lah petande2 yang menyatakan kita sedang berada dalam hidup kesenangan dan kemewahan. Kalau di zaman dulu sebelum kita merdeka, nak tengok motosikal pun susah, apatah lagi kereta. Tok pun pada tahun enam puluhan cume mampu pakai skuter saje walaupun kerja guru sekolah kerajaan.

Hari ini anak2 Tok yang kerja guru sudah mampu pakai kereta. Kalau lah tuan2 dan puan2 ni pernah merasai kehidupan sezaman dengan Tok, baru lah tahu betape susah nya hidup di zaman sebelum merdeka dahulu. Rakyat sudah bijak, tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan fitnah yang sedang di taburkan oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat cuma boleh bersuara sahaja, mereka tidak pernah menaburkan apa2 jasa baik nya terhadap rakyat Malaysia. Bahkan mereka juge telah memecah belah kan kaum melayu dan melemahkan kedudukan agama islam kita. Kalau Tok nak cerita kan tentang keburukan Pakatan Rakyat ni tujuh hari tujuh malam pun tak habis.

Kita sedar bahawa segala kesenangan, keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi ini semuanya berkat dari daya usaha pemimpin negara kita. Memang tidak boleh di nafikan bahawa rezeki kita di tangan Allah, akan tetapi jika tidak berusaha rezeki itu tidak akan datang menggolek ke hadapan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,