Apa yang di suarakan oleh YB Datuk Dr Zahid ada rasional nya dan patut diambil iktibar oleh semua pemimpin2 melayu. Apa perlunya dikekalkan jawatan Pengerusi BN kepada parti Gerakan, sedangkan parti itu 'sudah mati' - mati terkena pukulan DAP pada PRU12 yang lepas.
Sepatutnya pemimpin2 Gerakan sedar-diri bahawa parti Gerakan sudah ditolak oleh kaum cina dan india secara terang-terangan. Dr Toh Tsu Koon sepatutnya berundur diri atau letak jawatan sahaja sebagai presiden Gerakan. Parti Gerakan telah tewas dalam SEMUA kerusi DUN P Pinang. Kekalahan yang sangat memalukan BN!
Kini sudah ada beberapa cawangan dan bahagian Parti Gerakan sudah mula dibubarkan. Mereka sudah sedar dan tahu bahawa parti Gerakan TIDAK ada harapan lagi untuk hidup di P Pinang.
Cadangan yang dikemukakan oleh YB Datuk Dr Zahid itu sudah memang kena pada tempatnya. UMNO MESTI AMBIL ALIH PENGERUSI BN P PINANG.
Betullah begitu kalau bagi orang terhormat yang ikhlas hati budi. Tetapi masaalahnya ikhlas hati orang terhormat itu mana ada dalam talian hubungan manusia diakhir zaman ini.
BalasPadamCuma kita yang masih tegoh berpegang kepada nilai nilai ugama yang benar ini, kenalah menanganinya dengan bijaksana yang mana terlalu payah di cari; apa lagi ditemui.
Kewajaran yang jelas pada rasional jelujur pun masih boleh dicarikan rasional yang lain. Burung ostrich yang menyorok kepalanya dalam lubang pun tidak mengaku dia salah.
Kalaulah ostrich itu teman kongsi kita apa kita nak buat. Sedang helang dan garuda tetap berlegar diudara menunggu kesempatan untuk meragut.
Membiarkan ia disambar helang garuda sudah tentu merugikan kita kerana kehilangan satu teman kongsi. Membelanya pun belum tentu ia tidak akan disambar helang garuda sebab dia masih tidak mahu sedar bahawa badan dan punggungnya terdedah kepada bahaya.
Lainlah kalau kita benar benar percaya bahawa ostrich itu memang bersubhat untuk menyuburkan helang garuda sambil menarik perhatian kita kepada ladang dibumi ini untuk melupakan ancaman sedang berlegar di udara itu.
Barangkali kita kena kembali melihat pengalaman masa lalu untuk siapa berada di mana. Mungkin juga pandangan kita akan menjadi lebih menembusi.
Hikayat ini dikarang khusus untuk mereka yang pandai memahami dan ada cara menyediakah diri serta kawan kawan untuk penyelesaiannya.
SALAM PERJUANGAN....dan teruskan perjuangan TOK GAJAH
BalasPadam